Wetex dan XOX Mengembangkan Pembiayaan Mikro Secara Bersama Di Asia Tenggara

Wetek Technology (M) Sdn Bhd mengembangkan perniagaan pembiayaan mikro di Asia Tenggara (SEA) dan menjadikan XOX Bhd sebagai rakan kongsi untuk usaha ini. Usahasama ini secara tidak langsung membantu XOX mengembangkan perniagaannya di luar Malaysia untuk pertumbuhan jangka panjang.





Dua pengarah Wetek iaitu Howard Leung Hao dan Liang Zeng mempunyai latar belakang kewangan yang sangat kuat.
Leung Hao adalah ketua dan CEO Brilliant (Hong Kong) Holdings Ltd dan beliau membuat perancangan dalam memperluaskan perniagaan secara strategik dan antarabangsa untuk syarikat itu. Leung telah memulakan kerjayanya pada tahun 1990-an di industri IT dan internet mudah alih. Kini beliau merupakan pengasas Beijing Ruidong Technology Co. Ltd pada tahun 2013.

Memiliki pengalaman yang luas, Leung Hao dan pasukan pengurusannya sentiasa mencari peluang untuk memperluaskan syarikatnya ke pasaran global. Leung juga sangat percaya dengan bakat anak muda dan mereka yang mempunyai idea yang hebat.

Oleh demikian, ketika beliau melihat adanya peluang untuk membina perniagaan pembiayaan mikro di Malaysia, beliau berebut peluang untuk bergabung dengan XOX Bhd sebagai rakan kongsi bagi memberikan pembiayaan mikro berjumlah RM1 bilion kepada rakyat Malaysia.

Anak syarikat XOX iaitu XOX Media Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian perkongsian dengan Wetek yang telah bersetuju memberikan pembiayaan sebanyak RM1 billion.

Kenapa XOX?

Pertamanya kerana anak syarikat XOX iaitu  XOX Media Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian perkongsian dengan Wetek untuk memberikan pembiayaan mikro berjumlah RM1 bilion kepada rakyat Malaysia.

XOX merupakan salah satu pemegang lesen e-dompet teratas di Malaysia. Memiliki pelanggan 2.2 juta dan dijangkakan jumlah ini boleh melebihi 4 juta pada akhir tahun ini memandangkan syarikat ini sedang berkembang pesat.

Setahun yang lalu XOX telah mengemukakan isu hak dengan waran percuma untuk mengumpulkan hingga RM66 juta bagi membiayai pengembangan perniagaan e-dompet dan SIM elektronik (e-SIM).

XOX memperuntukkan sejumlah RM33 juta hasil yang diperoleh dari terbitan hak untuk memperluaskan fungsi e-wallet melalui pengembangan aplikasi mudah alih baru bagi menyokong pembayaran mikro, penerbitan Mastercard dan transfer e-money peer-to-peer.

Sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan untuk pengembangan e-SIM sebagai alternatif kepada kad SIM tradisional.

Sumber dari NST di mana Ketua Pegawai Eksekutif XOX Ng Kok Heng menyatakan bahawa syarikat telah menyediakan pembiayaan mikro kepada pemilik perniagaan kecil danmodal kepada  individu bagi tujuan pemgembangan.

Wetek mahu bekerjasama dengan XOX kerana kami mempunyai lesen e-wallet untuk menjalankan pembiayaan mikro. Pembiayaan Mikro akan menjadi perniagaan hebat untuk kedua-dua XOX dan Wetek. Kami juga berharap dengan akhir tahun ini XOX dapat menggandakan bilangan pelanggan yang ada dan ini akan memberi lebih banyak peluang perniagaan untuk kita mengembangkan pembiayaan mikro. Kami mempunyai beberapa inisiatif yang sedang berjalan dan dinafikan  jumlah pelanggan kami meningkat dari hari ke hari.
Liang Zeng, sementara itu, adalah usahawan internet dan venture capitalist. Beliau telah melabur dan melibatkan syarikat dalam pemasaran digital, artificial inteligence dan perkhidmatan perusahaan. Beliau pernah memegang jawatan kanan sebagai naib presiden kanan (VP) Kingdee International Software Group, VP Microsoft Greater China, VP Baidu Inc. dan CEO Baidu Nuomi. Liang Zeng juga berperanan sebagai lembaga pengarah dan penasihat strategik untuk pelbagai syarikat pemasaran dan teknologi digital.

Melihat kepada profil kedua-dua pengarah ini sangat menyakinkan, ternyata perniagaan pembiayaan mikro yang diperkenalkan secara bersama-sama dengan XOX memberi peluang kepada rakyat Malaysia terutama kepada mereka yang tidak dapat mendapatkan pinjaman dari bank.
Wetex dan XOX Mengembangkan Pembiayaan Mikro Secara Bersama Di Asia Tenggara Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.