Permaju Dan Anzo Bekerjasama Bagi Mengembangkan Perusahaan Sarung Tangan Di Manjung Perak

Kedua syarikat Permaju Industries Bhd dan Anzo Holdings Bhd akan bekerjasama dalam usaha mengembangkan perusahaan pembuatan sarung tangan di kilang mereka yang terletak di Manjung, Perak. Ini bagi menghasilkan pendapatan lebih dari AS $ 400 juta untuk jangka masa setahun.

Anzo perlu kerjasama ini memandangkan permintaan terhadap sarung tangan kepada syarikatnya semakin meningkat. Dijangkakan tempahan yang bernilai AS $ 200 juta yang diterima oleh Anzo akan meningkat dua kali ganda menjadi lebih AS $ 500 juta.

Dilaporkan juga Anzo telah menerima tempahan daripada Amerika Syarikat dan Eropah bagi membekalkan lebih dari 2 bilion sarung tangan perubatan yang bernilai sekitar US $ 200 juta. Tempahan kepada Anzo ini akan meningkat apabila jumlah kes jangkitan virus karonan di seluruh dunia semakin meningkat.

Pada 12 Julai 2020, jumlah kes virus korona adalah sebanyak 12.39 juta sementara jumlah kematian dilaporkan adalah 557.395. Jumlah kes di Amerika Syarikat adalah 3.22 juta dan jangkitan virus ini terus meningkat di negara tersebut. Amerika Syarikat juga mencatatkan jumlah kematian sebanyak 135.822 orang.
Beberapa negara lain di seluruh dunia juga dilanda wabak pandemik global ini, termasuklah Eropah dan India yang juga menghadapi masalah kekurangan sarung tangan perubatan. Tempahan volume yang besar telah diterima oleh pengeluar sarung tangan Malaysia.

Malaysia yang merupakan pengeluar sarung tangan perubatan terbesar di dunia menyediakan hampir 70 peratus permintaan global. Pengilang sarung tangan tempatan permintaan stok juga telah meningkat sejak awal wabak penyakit Covid-19. Dijangkakan syarikat-syarikat ini juga akan mendapat lebih banyak tempahan.

Setelah AS mengumumkan jumlah terbaru kes virus korona, pengeluar sarung tangan di Malaysia seperti Top Glove Corp Bhd, Supermax Corp Bhd dan Hartalega Holdings Bhd  telah mendapat tempahan yang terus meningkat tinggi. Walaupun syarikat ini merupakan pengeluar yang terbesar, namun kapasiti pengeluaran mereka sekarang tidak cukup untuk memenuhi permintaan global.  Ini menyebabkan pemain baru industri iaitu Anzo turut berminat memasuki industri ini.

Anzo dan Permaju sememangnya sedang diperhatikan. Dijangkakan beberapa langkah terbaru akan diambil oleh syarikat mereka. Seperti yang telah dijangkakan sebelum ini bahawa saham Anzo pasti mencapai had. Ini berdasarkan analisis yang sering dibuat oleh penganalisis yang arif dalam bidang ini.
Boleh dikatakan saham diniagakan Anzo hampir mencapai had kerana saham telah melonjak dari paras rendah 2 sen lebih dari sebulan yang lalu kepada 23 sen pada awal minggu ini. Malah syarikat Permaju juga semakin meningkat minggu ini. Pergerakan dari 24.5 sen pada hari Isnin hingga mencapai 36 sen pada hari Rabu (8 Julai).

Walaupun pasaran agak diam hari ini, namun jika dilihat pada Bursa menunjukkan kedua-dua saham dari syarikat tersebut mempunyai jumlah diniagakan agak tinggi hari ini. Tidak sabar menantikan bagaimana pemcapaian Permaju dan Anzo setelah bursa saham niaga ditutup pada pukul 5 petang nanti.
Permaju Dan Anzo Bekerjasama Bagi Mengembangkan Perusahaan Sarung Tangan Di Manjung Perak Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.