Terdapat Institusi Dana Yang Sedang mengintai Anzo?

Info terkini yang saya dengar mengenai Anzo Holdings Bhd bahawa terdapatnya institusi dana berminat untuk mendapatkan mereka. Tetapi persoalannya siapakah institusi dana ini? Ini kerana kita sedia maklum terdapat dana global dari China atau Hong Kong yang telah membeli saham syarikat beberapa minggu lepas. Dan berita di pasaran juga ada menyatakan tentang institusi dana yang lain juga sedang meninjau Anzo.



Anzo Holdings Bhd. kini menjadi salah satu syarikat meningkat naik yang tersenarai di Bursa Saham. Selain itu Anzo juga mempunyai saham yang paling aktif diniagakan di Bursa. Saham ditutup pada harga 4.5 sen atau 25 peratus lebih tinggi kepada 22.5 sen hari ini pada 12.30 tengah hari. Didapati juga terdapat 217 juta saham yang diperdagangkan.

Persoalannya siapa, apa, bila, bagaimana dan mengapa begitu berminat dengan Anzo Holdings? Adakah kerana kenaikan Anzo dan siapa pelabur yang sedang mengintai syarikat itu? Seperti yang diketahui, penglibatan Anzo dalam industri pembuatan sarung tangan menarik perhatian ramai pelabur. Ini kerana industri sarung tangan antara yang paling menguntungkan di dunia ketika ini dek kerana pandemik Covid-19. Jadi apabila Anzo menceburi perniagaan inu secara tidak langsung dapat menarik minat pelabur runcit dan institusi dana asing yang lain.

Sepertimana yang kita ketahui syarikat ini telah membeli kilang pembuatan sarung tangan perubatan di Manjung, Perak dengan harga RM55 juta. Kilang ini dikatakan dapat menghasilkan hingga 1.2 bilion sarung tangan perubatan dan sarung tangan nitril setahun sekaligus menghasilkan pendapatan sekitar RM400 juta.

Sebelum pengumuman ini, Anzo juga ada menyatakan telah memenangi kontrak bernilai RM1.3 bilion untuk membekalkan material tembaga kepada pembuat keluli besar di Korea Selatan. Kedua-dua perniagaan ini akan meningkatkan pendapatan Anzo dalam jangka masa terdekat dan dapat mengukuhkan lagi kedudukan kewangannya pada tahun akan datang.
Anzo mencapai peningkatan pendapatan lima kali ganda sebanyak RM8.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 April 2020. Ini berbanding dengan tahun sebelumnya pada suku yang sama. Ianya juga kesan daripada bahagian pembinaan yang telah memberikan perolehan RM7.5 juta pada suku tersebut.

Walaubagaimanapun bahagian sektor kayu Anzo terjejas kesan daripada perintah kawalan pergerakan pada bulan Mac 2020 dan hanya menyumbang perolehan sebanyak RM900,000 (2019: RM1.5 juta) dalam tempoh tersebut. Namun dengan hasil operasi yang lebih baik, ianya mencatatkan kerugian kecil iaitu hanya RM2,000 berbanding dengan kerugian RM1.03 juta pada suku tahun sebelumnya.

Untuk sembilan bulan hingga kini, pendapatan dan keuntungan kasar syarikat masing-masing meningkat kepada RM15.51 juta dan RM1.38 juta. Dan ini bermakna kerugian sebelum cukai berkurang hampir separuh iaitu dari RM2.7 juta pada 2019 menjadi RM1.39 juta pada tahun 2020.
Terdapat Institusi Dana Yang Sedang mengintai Anzo? Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.