Syarikat Permaju Memenangi Projek Pembinaan Bernilai RM1.2 Billion Dari Pemaju Terkemuka

Permaju Industries Bhd sejak akhir-akhir mendapat tumpuan yang hebat. Terbaru New Straits Times (NST) melaporkan bahawa Permaju telah memenangi kontrak pembinaan bernilai kira-kira RM1.2 bilion untuk melaksanakan projek pembangunan harta tanah secara besar-besaran di Selangor.

NST memetik sumber dalam industri pembinaan mengatakan kontrak itu diberikan oleh pemaju yang mempunyai sebidang tanah besar di kawasan Seri Kembangan / Serdang. Kontrak ini adalah untuk membina lebih dari 7,000 unit pangsapuri selama enam hingga tujuh tahun. Wah! jumlah pembinaan tersebut agak besar juga.

Memang tidak dinafikan Permaju dapat melakukan pembinaan dengan terbaik dalam membina semua unit tersebut apabila melihat prestasi dan kreadibiliti syarikat tersebut. Dijangkan akan dibina menara tertinggi yang mempunyai lebih dari 50 tingkat. Ini sekaligus menjadikannya sebagai struktur tertinggi di kawasan Seri Kembangan / Serdang.

Permaju akan menyediakan kontrak pada struktur reka bentuk dan binaan dan keseluruhan projek dan akan menghasilkan nilai pembangunan kasar sekitar RM2.4 bilion. Projek ini diluluskan pada tahun lalu tetapi pembinaannya bermula tahun ini kerana keadaan pasaran yang lembap.
Syarikat Permaju juga terlibat dalam perniagaan kenderaan bermotor, pembalakan, pembinaan, dan pembangunan harta tanah. 

Terbaru syarikat ini telah mengumumkan isu hak di mana mereka berhasrat untuk mengumpulkan sejumlah wang untuk pertumbuhan syarikat. Permaju yang telah disenaraikan di Pasaran Utama baru-baru ini menjadi tajuk utama yang menarik.

Pada 7 April, Permaju menyatakan pihaknya sedang meneliti pembotolan dan pengedaran Penaclo, sebuah firma produk pembersih di Hong Kong, bagi tujuan pasaran Asia Tenggara di ketika berlakunya Pandemik Covid-19.

Seterusnya pada 28 April, Permaju telah menandatangani memorandum persefahaman dengan sebuah firma tempatan untuk menjual produk pembersih udara khas untuk sektor automotif. Ini kerana Permaju merasakan terdapatnya permintaan eksponensial terhadap produk tersebut.

Bulan lalu Permaju memberitahu Bursa Malaysia bahawa mereka telah memasukkan syarikat bernama Permaju Glove Sdn Bhd (PGSB) bagi menceburkan diri dalam perniagaan pembuatan sarung tangan.

Kegiatan utama PGSB yang dimaksudkan adalah untuk membuat, mengedar, membeli, menjual dan secara amnya menguruskan produk getah bagi tujuan perindustrian dan produk komersial. Saham Permaju telah diniagakan secara aktif dalam beberapa minggu terakhir. Dan pada hari ini saham meningkat kepada 33.5 sen daripada nilai terendah 24.5 sen dua minggu lalu.

Syarikat Permaju Memenangi Projek Pembinaan Bernilai RM1.2 Billion Dari Pemaju Terkemuka Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.