Sanichi Mengesahkan Hub e-Dagang Bernilai RM1.5 bilion Di Johor Adalah Kerjasama Bersama Dengan PDZ

Sanichi Technology Bhd telah mengesahkan bahawa syarikat tersebu telah bekerjasama dengan PDZ Holdings Bhd untuk memperkembangkan lagi hub logistik e-dagang serantau di Johor, yang menelan belanja lebih dari RM1.5 bilion.
The New Straits Times (NST) melaporkan hari ini bahawa hub logistik dibina bagi menyokong aktiviti yang berkaitan dengan pengangkutan, pembahagian, koordinasi dan pengedaran barangan untuk transit samada tempatan dan antarabangsa. Ini adalah seperti Alibaba Group yang memfokuskan kepada rantaian pemain bekalan.

NST dikatakan telah melihat dokumen pemberitahuan bahawa hub tersebut dijangka akan dibangunkan di atas tanah seluas 234 ekar di Desaru, Kota Tinggi. Dan dikatakan juga syarikatb PDZ dan Sanichi akan bersama-sama memohon kelulusan daripada agensi kerajaan berkaitan di Johor bagi membangunkan pusat tersebut.

NST memetik bahawa Pengarah Urusan Kumpulan Sanichi, Datuk Sri Dr. Pang Chow Huat telah mengesahkan bahawa syarikat itu merancang untuk membangunkan hub logistik e-dagang bersama syarikat PDZ.

Menurut Dr. Pang hub logistik adalah pembangunan campuran, yang terdiri daripada pusat e-dagang, pusat pengedaran, gudang dan pusat transit dan "ia akan mencapai beberapa million ringgit."
Tambah beliau lagi, PDZ dan Sanichi turut merancang untuk mengembangkan hub logistik bagi mendorong pertumbuhan begitu pesat dalam perniagaan e-dagang di seluruh Asia. Perniagaan e-dagang melibarkan banyak syarikat di seluruh dunia telah berkembang dengan pesat sejak tercetusnya Covid-19. Semakin ramai orang membeli barangan rumah dari atas talian untuk melindungi atau mengelakkan diri daripada jangkitan Covid-19.

Sanichi adalah pemaju harta tanah. Pembangunannya yang giat dijalankan adalah Marina Point yang terletak di Melaka.

Saham naik 1 sen atau 13.33 peratus lebih tinggi hari ini untuk ditutup pada 8.5 sen dan dengan pemberitahuan dengan berita hebat ini, ia akan menjadikan stok semakin naik. Sebelum Disember 2018, saham diniagakan antara 10 sen dan 25 sen. Saham diniagakan pada tahap tinggi 50 sen hingga 80 sen antara Ogos 2015 dan Julai 2016.
PDZ terlibat dalam perniagaan kontena. Menurut laman webnya, ia mengoperasikan enam kapal yang meliputi perdagangan domestik dan serantau antara Malaysia, Brunei, Singapura dan Myanmar.

Saham syarikattersebut telah meningkat lebih daripada 200 peratus daripada sembilan sen pada 7 Julai kepada harga penutupan 24 sen hari ini. Sekaligus meningkatkan permodalan pasaran dari RM79.79 juta kepada RM208.35 juta. Saham juga naik 3 sen atau 14.63 peratus lebih tinggi hari ini, dan sejumlah 581 juta saham telah diniagakan hari ini.

Sanichi Mengesahkan Hub e-Dagang Bernilai RM1.5 bilion Di Johor Adalah Kerjasama Bersama Dengan PDZ Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 13, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.