Saham XOX Meningkat Dengan Adanya Pembiayaan Mikro Bernilai RM1 Bilion

Menurut New Straits Times (NST), XOX Bhd akan menawarkan pembiayaan mikro bernilai RM1 bilion kepada pemilik dan pengusaha perniagaan kecil, XOX telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Wetek Technology (M) Sdn Bhd, yang mana pengarahnya adalah Liang Zeng dan Howard Leung.
Pengarah Wetex Howard Leung

Untuk pengetahuan semua, Liang Zeng dan Leung bukanlah individu biasa. Leung adalah Pengerusi dan CEO Brilliant (Hong Kong) Holdings Ltd dan beliau yang bertanggungjawab dalam memperluaskan perniagaan secara strategik dan antarabangsa untuk syarikat tersebut. Dan Leung sedang mengenal pasti peluang pasaran di seluruh dunia. Dan beliau berminat untuk berkerjasama bersama XOX kerana keyakinannya apabila melihat syarikat tersebut antara tersenarai di Bursa Malaysia.

Pengarah Wetex Liang Zeng

Liang Zeng adalah usahawan internet dan venture capitalist. Beliau telah melabur dan terlibat dalam pemasaran digital, artificial inteligence dan perkhidmatan perusahaan. Liang pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan (VP) Kingdee International Software Group, VP Microsoft Greater China dan terbaru Presiden Kanan (VP) Baidu Inc. serta Ketua Pegawai Eksekutif Baidu Nuomi.

Melihat kepada kedua personaliti yang hebat dalam bisnes ini ternyata Wetek mempunyai sokongan kewangan yang kuat. Menariknya, Wetek telah memberikan komitmen sebanyak RM1 bilion untuk perjanjian pembiayaan mikro dengan XOX.

Pembiayaan mikro adalah kategori perkhidmatan kewangan yang mensasarkan individu dan perniagaan kecil yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan konvensional dan yang berkaitan. Perniagaan di Malaysia berkembang di segmen ini kerana bank biasa tidak dapat memberi pinjaman atau menyukarkan pihak PKS bagi mendapatkan pembiayaan untuk pengembangan syarikat

Sumber dari NST menyatakan, CEO XOX iaitu Ng Kok Heng memberitahu bahawa hala tuju syarikat bergerak ke arah ini adalah untuk memberi peluang kepada para pengusaha serta pemilik perniagaan kecil untuk medapatkan modal dan sekaligus mengembangkan perniagaan mereka. Tiada syarikat tersenarai Bursa lain yang melakukan inisiatif ini dan ini menjadikan XOX sebagai wira sejati di mata para pelabur.
XOX akan menggunakan 2.2 juta pangkalan pelanggannya untuk perniagaan ini dan tidak dinafikan bilangan pelanggannya bertambah setiap hari. Ini berikutan promosi pakej yang diperkenalkan oleh XOX dapat membantu pelanggan ketika waktu mencabar.

Pada tahun lalu, XOX telah mencadangkan isu hak dengan waran percuma bagi mengumpulkan hingga RM66 juta untuk membiayai pengembangan perniagaan e-dompet dan SIM elektronik (e-SIM). Syarikat itu telah memperuntukkan RM33 juta dari hasil yang dikeluarkan dari isu hak untuk memperluas fungsi e-dompetnya dengan mengembangkan aplikasi mudah alih baru untuk menyokong pembayaran mikro, penerbitan Mastercard dan transfer e-money peer-to-peer. Sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan untuk mengembangkan e-SIM sebagai alternatif kepada kad SIM tradisional.
Sememangnya syarikat XOX bertambah baik dengan adanya perjanjian pembiayaan mikro ini bersama Wetek yang mempunyai bahagian sebanyak 40 peratus. Untuk bahagian 40 peratus dalam perniagaan ini cukup baik bagi XOX mencatat keuntungan pada tahun kewangan semasa yang berakhir pada 30 September 2020.

Saham XOX meningkat ke tahap tertinggi dalam empat tahun ini kepada 12.5 sen dengan 622 juta saham diniagakan. Hakikatnya stok telah meningkat dalam 2 hingga 3 bulan terakhir kerana jumlah pelanggan telah meningkat ditambah dengan beberapa tawaran yang telah diumumkan oleh syarikat tahun ini. Dijangkakan saham akan diniagakan lebih tinggi pada hari esok dengan perjanjian RM1 bilion ini

Saham XOX Meningkat Dengan Adanya Pembiayaan Mikro Bernilai RM1 Bilion Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 16, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.