PDZ Menarik Perhatian Tan Sri Syed Mokthar Albukhary ??

Berita tentang PDZ Holdings Bhd semakin hari semakin hangat! Dikatakan hari ini hartawan di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mungkin sedang berminat dengan saham PDZ. Ini setelah pemegang saham terbesar PDZ, iaitu Pelaburan Mara Bhd telah melupuskan keseluruhan pegangan sahamnya yang bernilai 50.62 juta atau 5.71 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut.



Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 9 Julai, PDZ telah menyatakan bahawa penjualan saham tersebut dilakukan di pasaran terbuka pada 3 Julai. Menariknya, penjualan oleh Pelaburan Mara tidak menghalang corak pembelian dalam stok. Saham tersebut masih diniagakan secara aktif pada hari Khamis (9 Julai). Ianya juga merupakan saham yang paling aktif diniagakan di bursa saham.

Saham PDZ telah diniagakan dalam jumlah yang terbesar. Dan harganya meningkat 11.5 sen atau 127.78 per sen kepada 20.5 sen. Ini menjadikannya kapitalis dalam pasaran iaitu RM181,75 juta. Saham naik setinggi 23 sen pada dagangan awal pagi dan sejumlah 590 juta saham telah diniagakan.
Pada hari Rabu (8 Julai) sejumlah 1.33 bilion saham bertukar tangan. Dagangan pada 8 Julai ini turut terkesan dengan berita syarikat PDZ telah memenangi kontrak bernilai RM600 juta di China dari pengendali platform e-dagang gergasi.

Saham yang diniagakan pada harga tiga sen di akhir 2019, telah meningkat pada suku pertama berakhir 31 Mac 2020 dengan keuntungan bersih sebanyak RM130,000. Ini berbanding kerugian bersih sebanyak RM437 , 000 tahun pada sebelumnya.

Kembali kepada kisah Syed Mokhtar, berkemungkinan berminat dengan syarikat PDZ apabila melihat nilai sinergi antara syarikat dan MMC yang mampu membantu meluaskan empayar perniagaannya.

PDZ juga terlibat dalam perniagaan logistik kapal kontena. Sumber dari laman web syarikat ini menjalankan operasi enam kapal yang meliputi perdagangan domestik dan juga serantau antara Malaysia, Brunei, Singapura dan Myanmar.

Perniagaan MMC di bawah bahagian pelabuhan dan logistik merangkumi operasi Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd, Johor Port Bhd, Northport (Malaysia) Bhd, Penang Port Sdn Bhd, Tanjung Bruas Port Sdn Bhd dan Kontena Nasional Bhd.

Manakala di peringkat antarabangsa, MMC turut menyertai Arab Saudi melalui Red Sea Gateway Terminal Company Ltd iaitu sebuah  terminal pelabuhan kontena di Pelabuhan Islam Jeddah
PDZ Menarik Perhatian Tan Sri Syed Mokthar Albukhary ?? Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.