Anzo Menjadi Antara 8 Kaunter Saham Sarung Tangan Teratas di Bursa

Bloomberg melaporkan baru-baru ini pelabur telah membuat pelaburan sejumlah RM57.66 bilion ke atas tujuh kaunter sarung tangan iaitu Hartalega, Top Glove, Kossan, Supermax, Careplus, Rubberex dan Comfort. Ianya sebenar bermula sejak dari 1 Mac ketika pandemik Covid-19 berlaku di seluruh dunia.

Pada 6 Julai, perolehan tujuh stok saham industri sarung tangan itu sendiri menyumbang kepada 43 peratus atau nilaian RM5.07 bilion dari jumlah perolehan bursa saham tempatan. Ini jelas membuktikan bahawa permintaan untuk kaunter saham sarung tangan semakin meningkat.

Bemula dari 1 Mac hingga 6 Julai, perolehan RM57.66 bilion di antara tujuh saham tersebut mewakili sekitar 19.04 peratus daripada perolehan RM300.4 bilion di Bursa. Dan sejak akhir-akhir ini, pemain baru telah memasuki industri pembuatan sarung tangan seperti syarikat Anzo Holdings Bhd dan AT Systematization Bhd. Sekaligus adalah diharapkan ianya dapat meningkatkan perolehan harian kaunter saham sarung tangan.
Seperti yang kita maklum, Anzo Holdings Bhd bukanlah syarikat kecil. Syarikat ini telah menceburkan diri dalam pembuatan sarung tangan dan telahpun mendapatkan pesanan tempahan bernilai AS $200 juta dari Amerika Syarikat. Dan kontrak membekalkan sarung tangan untuk jangka masa 2 hingga 3 tahun. Anzo juga dikatakan telah  berjaya menarik dana global dari Hong Kong atau China serta sejumlah dana runcit. Selain itu mencari peluang untuk mendapatkan kontrak besar dari Amerika Syarikat.

Dari sumber Universiti Johns Hopkins, jumlah kes jangkitan virus karona global telah melepasi 12 juta pada hari Khamis, namun ianya masih bergantung dari data Kerajaan. Sehingga kini terdapat 548,799 kematian dengan 12,007,327 kes. Negara AS telah melepasi 3 juta kes pada hari Khamis.

Saham telah diniagakan pada paras tinggi pada bulan ini iaitu melebihi 20 sen. Ianya dijangkakan meningkat pada minggu ini. Jika dilihat sebenarnya ianya telah melonjak lebih dari 20 sen sejak bulan lalu ketika ianya diniagakan sekitar 4 hingga 5 sen. Dan Anzo telah menjadi salah satu saham paling aktif di Bursa dengan jumlah pelaburan aktif antara 150 juta hingga 400 juta.

Anzo Menjadi Antara 8 Kaunter Saham Sarung Tangan Teratas di Bursa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.