Dana Global AS Membeli Saham di PDZ

Berita terkini dikatakan saham PDZ Holdings Bhd akan dibeli oleh dana global dari Amerika Syarikat. Dari satu sumber yang dipercayai, hasil dari perbincangan syarikat tersebut telah memenangi kontrak logistik bernilai RM600 juta menerusi pengendali e-dagang yang berpusat di China. Beberapa nama e-dagang telah muncul seperti Amazon dan eBay, platform atas talian yang cukup dikenali dan beroperasi melalui banyak segmen.

Sehingga hari ini, Amerika Syarikat (AS) merupakan negara yang paling maju di dunia dalam pasaran membeli-belah atas talian sejauh. Jadi apabila AS berminat mengambil bahagian dalam PDZ, ini bermakna mereka dapat melihat potensi yang besar dan mampu memperkembangkan lagi perniagaan logistik seluruh Asia.

Saham PDZ meningkat kepada 16 sen pagi ini sekitar jam 10.45 pagi dengan dianggarkan sebanyak 420 juta saham telah diniagakan.San saham PDZ antara kaunter yang paling aktif diperdagangkan di Bursa hari ini. Ini berikutan saham melonjak setinggi 7 sen daripada harga penutupan semalam iaitu 9 sen. Pelabur kebanyakan yakin saham tersebut akan meningkat lagi pada minggu ini. Ianya dijangkakan ketika saham diniagakan antara 5 sen dan 7 sen.
Kita masih berteka-teki siapakan syarikat yang PDZ bekerjasama di China tetapi nama yang disebut-sebut seperti Alibaba Group Holding Ltd dan Tencent Holdings Ltd. Kedua platform gergasi ini adalah yang terkini menguasai pasaran e-dagang China dengan platform seperti Taobao dan JD.com Inc.

Kontrak bernilai RM600 juta ini merupakan imbuhan besar bagi PDZ kerana ianya dapat membantu meningkatkan lagi pendapatan kewangan syarikat dan sekaligus mendapatkan pelabur baru. PDZ mencatatkan perolehan yang lebih tinggi sebanyak RM1.22 juta untuk suku semasa yang berakhir pada 31 Mac 2020, berbanding tahun sebelumnya iaitu RM1.04 juta. Ini juga disebabkan oleh faktor peningkatan dari syarikat tersebut  diantara Januari dan Mac.
Tinjauan juga mendapati syarikat telah mendapat keuntungan bersih selama tiga bulan berbanding tahun sebelumnya. Ini disebabkan perolehan pendapatan yang lebih tinggi dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah.

Perniagaan logistik dikatakan meningkat pantas kerana wabak Covid-19. Pasaran Logistik Global telah menyumbang $ 11.68 bilion pada tahun 2020 dan dijangka mencecah $ 15.88 bilion pada tahun 2027. Diramalkan pertumbuhan CAGR sebanyak 4.5 peratus.
Beberapa faktor utama yang mendorong pertumbuhan pasaran adalah kerana peningkatan penggunaan pengangkutan multimodal dan inovasi dalam teknologi mudah alih. Daris apek geografi,  Asia dijangka memiliki pasaran yang cukup luas. Ini disebabkan oleh faktor-faktor berlakunya banyak pangkalan pengguna untuk pembekal makanan dan minuman dan produk penjagaan kesihatan, permintaan LNG yang lebih besar daripada sebelumnya dan peningkatan jumlah kilang pembuatan kenderaan. Semua faktor ini menjadi penyebab kepada pertumbuhan pasaran logistik di rantau ini.

Nah! Tidak hairanlah platform e-dagang yang berpusat di AS sedang mencari peluang meluaskan perniagaan mereka di Asia.
Dana Global AS Membeli Saham di PDZ Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 08, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.