AT Memperolehi 2 Bilion Tempahan Sarung Tangan Dari Amerika

Syarikat AT Systematization Bhd telah menerima tempahan bagi membekalkan sarung tangan perubatan/sarung tangan nitril sebanyak 2 billion yang bernilai sekitar US $ 200 juta ke Amerika Syarikat. Difahamkan syarikat ini mendapay kontrak bagi membekalkan sarung tangan untuk selama dua hingga tiga tahun.

Syarikat automasi kejuruteraan dan perindustrian ini telah mendapatkan pemilikan Pearl Glove Sdn Bhd (PGSB) dengan harga RM22 juta. Ini adalah sebaik sahaja syarikat ini membuat mengumumkan pada bulan lepas dan pesanan telahpun diterima.

Ironinya kes dan kematian jangkitan Covid-19 semakin meningkat di Amerika Syarikat. Dilaporkan di Amerika Syarikat terdapat lebih daripada 60,000 kes pada hari Selasa lepas. Dan ianya merupakan jumlah tertinggi sejak berlakunya wabak ini.

CNN melaporkan bahawa penyebaran pantas virus Covid-19 ini sememnagnya memeberi kejutan kepada para doktor. Merujuk kepada data dari Universiti Johns Hopkins terdapat lebih dari 131.000 orang mati akibat penyakit ini sejak Januari lagi. Di 35 buah negera di AS, kadar kes baru terus meningkat. Ini sekaligus memberi kesan terhadap peraturan yang yang menetapkan penduduk mereka perlu berada di rumah.

Amerika Syarikat termasuk negara lain seperti Eropah dan India membuat permintaan tinggi untuk medapatkan sarung tangan dan Malaysia merupakan pengeluar sarung tangan terbesar di dunia. Kemasukan AT ke dalam perniagaan pembuatan sarung tangan ini tepat pada masanya. Memandangkan pandemik Covid 19 ini tidak akan berakhir pada tempoh terdekat.

Saham ditutup setengah sen atau 5.26 peratus lebih tinggi semalam kepada 10 sen. Mankala saham tertinggi yang diniagakantahun ini ialah 16 sen iaitu pada 11 Jun. Dijangkakan saham akan meningkat pada minggu ini berikutan terdapat perjanjian untuk membekalkan sarung tangan perubatan kepada Amerika Syarikat .

Saham syarikat melonjak 31.82 peratus diniagakan pada pagi 29 Jun sehari setelah mengumumkan syarikat akan terlibat dalam industri sarung tangan. Didapati juga saham terus meningkat dari 3.5 sen kepada 14.5 sen. Ini menjadikan kapitalisasi pasaran kumpulan sebanyak  RM239 juta.

AT menyaksikan kira-kira 288.14 juta saham diniagakan, melebihi jumlah purata 200 hari pada 39.88 juta. Ia adalah kaunter yang paling aktif diniagakankan pada sesi dagangan awal.

Melihat kepada PGSB sebagai pengeluar sarung tangan keselamatan OEM / ODM memberi impak yang sangat positif. Ini kerana permintaan untuk sarung tangan keselamatan perindustrian meningkat setanding dengan peningkatan amalan tempat kerja dan keselamatan di seluruh dunia.
AT Memperolehi 2 Bilion Tempahan Sarung Tangan Dari Amerika Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.