1.3 Bilion Saham Diniagakan di PDZ| Adakah Esok Lebih Tinggi Diniagakan?

Hari Rabu 18 Julai, harga saham PDZ Holdings Bhd meningkat sebanyak 155.5 peratus atau 14 sen kepada 23 sen dengan 1.33 bilion saham telah diniagakan.

Berkemungkinan saham diniagakan lebih tinggi pada hari Khamis 9 Julai berikutan operator yang mengendali platform e-dagang di Amerika Syarikat telah membeli saham di PDZ. Secara tidak langsung, mereka juga berpengaruh dengan e-dagang tempatan. Ini juga menjelaskan antara sebab saham yang diniagakan di PDZ minggu ini agak tinggi. Di mana 8 Julai, dianggarkan sebanyak 1.33 billion saham telah diniagakan.

Didapati pasaran e-dagang Malaysia dianggarkan bernilai AS $ 4 bilion akan terus meningkat kesan daripada pandemik Covid-19. Ini adalah kerana lebih ramai pelanggan akan membeli produk atas talian. Walaupun Covid-19 sudah berakhir, tabiat membeli-belah atas talian tetap tinggi memandangkan pembelian ini lebih mudah.

Jualan tahunan juga telah meningkat sejak tahun 2015 dan peningkatan sebanyak 47.8 peratus pada tahun 2017. Pasaran dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan komposit dari 24 peratus hingga 2021. Dijangkaka lebih dari tempoh itu memandangkan kita juga tidak boleh menjangkakan bila keadaan Covid-19 ini akan berakhir.

Dengan lebih ramai pelanggan yang membeli-belah atas talian menjadikan kadar penggunaan internet yang lebih tinggi, sekaligus menjadikan nilai pasaran e-dagang di sini melebihi AS $ 4 bilion. Ini juga membantu meningkatkan pendapatan syarikat seperti PDZ yang terlibat dalam perniagaan pelapik kontena.
PDZ telah memulakan langkah mengembangkan syarikatnya. Di mana syarikat ini berjaya mendapatkan kontrak logistik bernilai RM600 juta dari operator e-dagang gergasi yang berpangkalan di China. Antara syarikat e-dagang yang disebut menpunyai kontrak logistik bersama PDZ bernilai RM600 juta termasuklah Alibaba Group Holding Ltd dan Tencent Holdings Ltd yang kini menguasai pasaran e-dagang China dengan platform seperti Taobao dan JD.com Inc.

Perolehan pendapatan PDZ pasti akan meningkat dengan kontrak ini dan boleh memperolehi keuntungan fiskal yang lebih tinggi pada tahun semasa dan seterusnya. Syarikat ini juga mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi sebanyak RM1.22 juta untuk suku semasa yang berakhir pada 31 Mac 2020, berbanding tahun sebelumnya yang sama iaitu RM1.04 juta. Ini disebabkan oleh jumlah yang lebih tinggi dapat dicapai syarikat pada Januari dan Mac.

Tinjuan juga mendapati syarikat memperolehi keuntungan bersih selama tiga bulan berbanding dengan tahun sebelumnya. Ini juga disebabkan oleh perolehan pendapatan yang lebih tinggi dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah.

1.3 Bilion Saham Diniagakan di PDZ| Adakah Esok Lebih Tinggi Diniagakan? Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.