KL Bird Park | Menerokai Dunia Burung Yang Berwarna-Warni

KL Bird Park | Menerokai Dunia Burung Yang Berwarna-Warni - Picture of the day :-) . Ini merupakan kali pertama saya ke sini, KL Bird Park. Taman ini terletaknya berhampiran dengan bandar Kuala Lumpur (lebih kurang 10 minit perjalanan) berdekatan dengan Taman Botani, Masjid Negara dan Balai Polis Bukit Aman.
KL Bird Park mula dibuka pada tahun 1991 yang menempatkan lebih kurang 3000 burung daripada 200 spesis samada lokal mahupun daripada luar negara. Ianya dibuka setiap hari kepada pengunjung daripada 9.00 pagi sehingga 6 petang. Dan bersempena dengan pembukaan kembali KL Bird Park (setelah tutup selama 3 bulan disebabkan PKP), promosi harga tiket ditawarkan kepada semua pengunjung. Di mana RM6 untuk kanak-kanak dan RM16 untuk dewasa. Tawaran promosi ini sah sehingga 31 Julai 2020.

Pelbagai Spesis Burung Yang Cantik dan Unik

Burung merupakan antara hidupan muka bumi yang sangat cantik. Kita boleh lihat kecantikannya dari segi warna, bentuk, spesis yang unik dan 'rare' serta pelbagai lagi. Bayangkan bila berada di sini kita boleh lihat begitu banyak spesis burung yang ada di dunia.

Paling mengujakan, burung-burung yang jinak dibiarkan berkeliaran dan kita boleh berdiri pada jarak dekat bahkan kita boleh juga mengambil selfie bersama burung-burung di sini.

 Yara memang seronok bila berada di sini. Pengalaman pertama untuk beliau melihat pelbagai jenis burung dari jarak dekat.

Ini adalah burung merak hijau jantan. Biasanya jika ianya membuka kepaknya adalah tanda untuk menarik perhatian betina. Dikatakan untuk membezakan antara merak jantan dan betina adalah melihat pada bulunya yang mana jantan mempunyai bulu yang lebih cantik.

Helloooo merak!!


Keseronokan Anak Mengeksplorasi Dunia Burung

Saya selalu percaya tentang cara didikan yang terbaik buat anak-anak adalah melalui pendedahan pelbagai aktiviti dengan menerokai dunia kanak-kanak mereka dengan cara bermain dan pada yang sama dapat belajar sesuatu. 

Di Kl Bird Park menyediakan pelbagai info mengenai spesis burung yang kita boleh terangkan kepada anak. Ini terutama bagaimana hidupan ini tinggal, survive, makan dan sebagainya.

Ada burung yang dibezakan jantan betinanya melalui warna mata, jenis paruh, jenis ekor dan pelbagai lagi. Sememangnya ini sangat unik.

Sempat juga kami menonton pertunjukan istimewa di sini yang mana ianya akan diadakan setiap hari pada jam 12.30 tengahari. Gelagat burung mengikut arahan memang mencuit hati.

Pengalaman Dekati Burung Secara Dekat
 Berada di sini, kita boleh mengabadikan gambar kenangan bersama burung kakaktua di sudut photobooth.

 Nampak beranikan! Hahaha. Sebenarnya saya agak penakut juga. Tapi rugilah kalau tidak mengambil peluang bergambar di sini.

 Saya juga sempat singgah ke World of Parrots yang mana di sini saya berpeluang memberikan anak burung kakaktua minum susu secara dekat.

 Ok. Dah macam sepohon kayu yang rendang dengan burung-burung bertenggek di situ. Hahahaha. memang seronok! Bayangkan tiba-tiba semua anak burung berebut hendak bertenggek di badan kita. Untuk di ruang ini, hanya dibenarkan 5 orang sahaja pada satu sesi.

Black Swan memang legend. Kita mungkin sudah biasa dengan angsa warna putih. Dikatakan angsa hitam pertama kali ditemukan oleh Willem de Vlamingh pada tahun 1697. Dan kita boleh bertemu angsa hitam di sini.

 Sebab jarang jumpa. Haruslah berwefie sama. Heheh

Di KL Bird Park memang kita tidak boleh sebarangan memberi makanan kepada burung. Namun untuk kawasan tempat tinggal angsa dan itik kita boleh membeli makanan yang dijual di sini dan berikan haiwan ini makan. Oh ya ! Untuk mendadapatkan makanan ini, korang kena sediakan duit 50 sen baru 2 keping (50 x 2 = RM1).

Kita akan dapati terdapat banyak spot yang menyediakan feeding point untuk burung di kawasan tertentu. Makanan yang disediakan adalah mengikut diet spesis burung kawasan tersebut.

Contohnya ini adalah makanan untuk burung hornbill. Disebabkan haiwan ini adalah spesis omnivor, jadi burung ini makan daging dan juga buahan.

Burung Enggang Badak atau Burung Enggang Kenyalang (Rhinoceros Hornbill) ialah salah satu daripada burung enggang terbesar, Burung Enggang Badak hidup dalam kurungan sehingga 35 tahun. 

 Ini adalah cara bagaimana kita beri makan kepada burung hornbill. Burung hornbill biasanya kita akan jumpa di kepulauan Borneo (Sarawak, Sabah, Brunei, dan Kalimantan), Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan Pulau Jawa. Cara nak membezakan hornbill jantan dan betina adalah melihat kepada warna mata. Hornbill jantan matanya berwana merah bata/kuning manakala betina matanya berwarna putih. Dan kedua tidak boleh diletakkan dalam satu kandang kerana kuat bertengkar/bergaduh.


Saya juga berpeluang memberi makana kepada ostrich/burung unta. Burung unta tidak mempunyai gigi yang kuat. Jadi kita tidak perlu risau. Dan Burung ini tidak boleh terbang.

Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang burung ini. Tidak hairanlah di setengah bahagian Afrika Utara dan Arab burung unta digunakan sebagai tunggangan lumba. 


KL Bird Park Menyediakan Pusat Pembelajaran Interaktif

 Bagi anak-anak yang dibesarkan di bandar seperti anak saya, pastinya akan teruja bila dapat melihat sendiri perkembangan hidupan haiwan contohnya seperti ayam. Dari proses telur, pengeraman sehinggalah menetas.

 Yara memang geram dengan kecomelan anak ayam di sini. Bulunya cantik dan nampak lembut. Biasanya Yara hanya melihat di tv dan kini dapat melihatnya secara realiti.

Dari proses pengeraman telur menggunakan inkubator. Kadar tumbesaran dan waktu penetasan anak ayam boleh diseragamkan tau!
Bukan sahaja Yara dapat belajar, saya juga dapat banyak pengisian ilmu di sini :-)

Ikut SOP Seperti Yang Digariskan Oleh Kerajaan

Berada di sini, kita perlulah patuhi segala peraturan yang ditetapkan. Ini terutama dari aspek kebersihan dan tingkah-laku. Ini bagi memastikan burung-burung di sini tidak terasa terancam dan tidak selamat.


Selain itu beberapa SOP yang telah digariskan oleh Kerajaan perlulah dipatuhi. Ini seperti penjarakkan sosial, menggunakan 'mask' serta membersihkan tangan dengan hand sanitizer yang disediakan di banyak tempat di KL Bird Park.

Yara yang kepenatan. Duduk di kawasan yang dibernarkan :p

Nikmati Hidangan Hebat di Hornbill Restaurant & Cafe

Setelah penat berjalan bolehlah singgah di Hornbill Restaurant & Cafe. Pelbagai hidangan menarik samada dari Asean mahupun Barat ada ditawarkan di sini. Portion yang diberikan memang sangat besar dan berbaloi dengan harga. Sambil menikmati hidangan di sini, jika bernasib baik kita akan dapat lihat burung hornbill akan datang berdekatan di restoran.


Penat berjalan, kita singgah di sini sambil lepak makan. Paling seronok dapat berborak sakan dengan teman-teman sepejuangan.

Sehingga jumpa lagi!

Memang best dan saya sangat rekomen terutama mereka yang mempunyai anak-anak untuk bawa mereka ke sini. Selain dapat mengenalki dunia burung, ini juga aktiviti yang dapat memberi manfaat bersama keluarga tercinta.

Keterangan lanjut boleh layari;
Laman Web

Instagram

KL Bird Park | Menerokai Dunia Burung Yang Berwarna-Warni Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 26, 2020 Rating: 5

9 comments:

  1. pernah dah 2,3 kali pegi sini. bebudak suka tgk burung2 kat situ sbb leh tgk dekat2

    ReplyDelete
  2. Seronoknya ke bird park. Ni antara lokasi saya bawa anak-anak berjalan. Birthday party pun buat kat sini. Best sangat. Lagi satu kat sini burung dia tak takut orang. Lagi lah anak saya suka. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Meriah je tengok taman burung ni. Mcm tk pernah singgah or dh improve byk tempat ni 😅. Kena bawak anak jalan sini ni, biar kenal flora n fauna

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi bawa ank. Biasa pergi zoo je. Ok jugak ni sbb burung kan cantik. Jinak plak tu. Ank mesti suka

    ReplyDelete
  5. Bestnya tengok! Kita belum pernah ke sini, tentu lebih seronok bawak anak-anak explore dalam ni. Nanti nak pegi laaa

    ReplyDelete
  6. Tak pernah pernah lagi sampai ke sini. Bila lah nak pergi ke sini agaknya. Yang best tu dapat ilmu juga kan sambil berjalan jalan sini.

    ReplyDelete
  7. Kita tak pernah sampai sini, walaupun takde anak kecik, tapi kalau ada peluang ke sini, memang akan pergi..seronok plak nengok...

    ReplyDelete
  8. Rugi nie kalau tak grab masa tengah promosi. murah sangat tu tiket nya. boleh bawa satu family datang

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.