Siri vivo X50, Memberikan Pengalaman Profesional Fotografi Kepada Pengguna

vivo telah memperkenalkan rangkaian siri telefon pintar mereka X50 dan X50 Pro dalam satu majlis pengenalan di Kuala Lumpur pada 16 Julai 2020. Apa yang menarik dalam siri telefon terkini vivo telah memperkenalkan ciri-ciri fotografi dan penghasilan video yang hebat dan terkini. Ini sesuai di era zaman sekarang begitu ramai dikalangan kita yang sudah menjadi youtuber, tik tokers, blogger, instagramer dan pelbagai lagi dunia sosial media yang cukup unik serta menarik.
Antara VIP yang hadir ke majlis pengenalan hp viva terbaru X50 dan X50 Pro

Tidak dinafikan siri telefon terbaru diperkenalkan juga memang berbaloi untuk para 'gamers'. Teknologi yang diperkenalkan dapat menyokong permainan atas talian yang memerlukan kelajuan yang tinggi serta 'low latency' .

Rekaannya yang mempunyai ciri sleek design dan rekabentuk sangat nipis. Untuk X50 ketebalannya adalah 7.55mm dengan berat 174.5g, manakala X50 Pro menawarkan 8.04mm dengan berat 181.5g. X50 Pro juga mempunyai rekabentuk curved membolehkan ianya betul-betul fit untuk pegangan tapak tangan.

Selain itu dengan ciri Big Eye Camera diperkenalkan didalam siri kali ini. Dengan 4 lensa (48MP Main, 8MP Super Wide-Angle, 13MP Profesional Potrait dan 8MP 5x Telescopic Lens)  di bahagian belakang sangat membantu menghasilkan gambar yang sangat jelas. Terutama dalam pilihan gambar di waktu malam, kita boleh menggunakan fungsi Extreme Night Vision dan Starry Sky Mode.

Teknologi didalam X50 Pro 5x Telescopic Lens yang boleh menyokong sehingga 60x Hyper Zoom. Serius! Memang memberi gambar yang sangat jelas :-) Ciri yang diperkenalkan juga kita dapat gambar dan video seperti seorang jurugambar yang profesional dengan 120० Super Wide Angle dan juga fungsi Super Macro (menghasilkan kualiti gambar terbaik dalam situasi keluasan yang luas).

Selain itu, ciri yang menjadi perhatian dari siri ini adalah teknologi gimbal yang diperkenalkan. Satu-satunya jenama telefon di pasaran yang memperkenalkan teknologi yang dapat membantu menstabilkan video serta imej dalam apa jua keadaan seperti pergerakan berlari, menari, berpusing dan sebagainya.
Dengan cip Qualcomm Snapdragon 765G processor, X50 Pro memberi sokongan penuh terhadap kelajuan terutama didalam aktiviti yang 'multitasking'. 'Refresh rate' juga agak terbaik iaitu 90Hz! Wow, membuktikan telefon ini juga hebat untuk tontonan movie, imej dan permainan atas talian tanpa masalah kabur. Pengecasan juga sangat pantas iaitu 33W Flash Charge 2.0 .

Saya juga teruja dengan 3D sound tracking yang mana gadget ini mampu merakamkan dengan jelas suara/bunyi samada jauh ataupun dekat yang berada berhampiran dengan kawasan video di ambil.

 X50/X50 Pro didatangkan dengan 3 warna esklusif iaitu Frost Blue, Gloze Black, manakala X50 Pro adalah warna Alpha Grey . Warna esklusif memberi impak gaya mewah sesuai dengan ciri baru yang diperkenalkan.

Untuk pengetahuan semua, harga vivo X50 dan X50 Pro bakal diumumkan pada 21 Julai 2020 di FB vivo Malaysia. Dan sama-sama kita nantikannya ya!

Siri vivo X50, Memberikan Pengalaman Profesional Fotografi Kepada Pengguna Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 17, 2020 Rating: 5

18 comments:

  1. Alamak... dah sesuai untuk buat video, sesuai juga untuk gamers... sukanyaaa... makin lama makin confuse nak aim yang mana satu bila dah ada bajetnya nanti... hahaha... kebetulan, saya pun suka ambil video dan main game. huhu...

    ReplyDelete
  2. Wow dengan kelebihan sound tracking tu maka lebih baiklar kualiti untuk buat rakaman video.

    ReplyDelete
  3. kak ayu mungkin tersilap tulis tu, dia launch 21 julai 2020 kan. banyakny ciri menarik yang ada, lepas ni boleh ambil gambar sambil berlari.

    ReplyDelete
  4. hari tu phone saya rosak. memang sedang tercari-cari telefon baru untuk buat rakaman video. rugi la dah beli. brand lain. yang ni murah skit dan nampak cantik

    ReplyDelete
  5. Memang best fungsi baru Vivo ni. Harga pun bleh tahan mampu milik.

    ReplyDelete
  6. Wow tak sabarnya nak tau harga dia. Lama beno nak tunggu dia announce

    ReplyDelete
  7. Ok bab sesuai utk gamers i onz nak check it out.. Mmg tgh cari phone yg best utk main game online ni

    ReplyDelete
  8. Smart nya design dia. Suka screen besar camtu puas nak tengok. Berapa la tu harga keluar nanti kan?

    ReplyDelete
  9. Makin hari makain canggih woo handphone, Vivo ni pun sama gak, sebab ramai artis pakai kann... nanti nak gak le tengok secara live, jangan tersangkut udah hahahaa

    ReplyDelete
  10. Wah Tahniah la dapat hadiah... Ayu memang selalu lucky kan? X50 ni memang nampak memarik... harganya mesti dalam RM2k lebih ni.. jom teka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun selalu lucky juga hehehehe..btw tq kakak

      Delete
  11. vivox50 ni yang pertama Ada 5g telefon ke dekat Malaysia ni. wah menarik sangat

    ReplyDelete
  12. Menarik tu teknologi gimbal. Susah nak setting kalau dah amek video. Yelah malas re edit balik. Haha. 3d sound pon bagus. Utuber dan gamers sesuai grab ni

    ReplyDelete
  13. wahh cantiknya phone ni..iena masih ada pakai lagi phone vivo..gambar dia cantik

    ReplyDelete
  14. cantik ya smartphone ni hee. teknologi pun makin canggih :)

    ReplyDelete
  15. wahhh kalau dulu photographer bawak dslr tu sampai sakit tengkuk haa sekarang relaks je guna vivo ringan nipis macam ni. Cantik pulak tu design

    ReplyDelete
  16. Makin menarik ye spesifikasi telefon pintar sekarang kan. Rawlins rasa cam susah nak kejar perkembangan IT yang terkini kan

    ReplyDelete
  17. Sekarang ni telefon Vivo memang sangat memberi persaingan kepada pengeluar telefon yang ada kat pasaran dari segi teknologi dan juga harganya betul kita pun jadi rambang mata nak pilih mana satu ni hehehe tapi tips kita tengok bajet kita lah senang...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.