JennOrtho Menawarkan Kasut Dan Sol (Insoles) Ortotik

JennOrtho letaknya di tingkat 2 di pusat membeli-belah Mid Valley ini menawarkan pelbagai jenis kasut dan sol (insoles) ortotik. Untuk pengetahuan semua, ortotik merupakan bidang yang melibatkan sains dan seni dalam perawatan pesakit melalui penggunaan ortosis.  Manakala ortosis merupakan alat yang dipasang pada bahagian luar anggota manusia bagi mengubahsuai struktur dan fungsi ciri-ciri sistem skeletal dan neuromuscular.  (Sumber : International Society of Prosthetic & Ortotic)
Zharief lifestyle blogger yang hot bersama dengan Dr. Edmund Lee

Dr. Edmund Lee, PhD, merupakan pakar ortotik cukup terkenal di Malaysia. Sebagai ahli ortotik dan prostetik generasi ketiga dalam keluarga, Dr. Edmund begitu komited untuk meneruskan generasi keluarganya dalam bidang perubatan ini. Ini kita boleh lihat dengan perkembangan LEE Prosthetics and Orthotics (LPOC) yang ditubuhkan pada tahun 1978. Seterusnya Dr. Edmund memutuskan untuk melangkah lebih jauh dengan menubuhkan MyORTHO pada tahun 2010.

Sebelum penubuhan MyORTHO, Dr. Edmund melanjutkan pendidikan yang lebih tinggi dalam bidang ortotik dan prostetik. Setelah menamatkan latihan ortotik dan prostetik selama empat tahun di University of Salford, UK, beliau telah menimba pengalaman dengan menyertai jabatan ortotik di Stoke-on-Trent di London, UK, selama dua tahun. Sekembalinya ke negara asalnya iaitu Malaysia, dengan pengetahuan dan pengalamannya  Dr. Edmund memulakan Pusat Pakar Kaki MyORTHO. Ianya juga merupakan pusat pertama ortotik di Malaysia yang diakreditasi oleh PFOLA (Prescription Foot Orthotic Laboratory Association).

Dr. Edmund sememangnya terus berusaha untuk mencipta kecemerlangan dalam bidang ini. Melalui pengkhususan dalam terapi manual serta mendalami bidang Biomekanik Kaki, Buku Lali dan Pengurusan Skoliosis, Dr. Edmund kini merupakan ahli didalam beberapa pertubuhan dan organisasi berkaitan ortotik bertaraf dunia. Antaranya seperti:-
  • British Association of Prosthetist and Orthotist (BAPO)
  • Pedorthic Footwear Association
  • Prescription Foot Orthotic Laboratory Association (PFOLA)
  • International Society of Prosthetics and Orthotics (ISPO)
  • Australian Pedorthic Medical Grade Footwear Association
Selain dari pusat rehabilitasi ortortik Sunfeet di Petaling Jaya, kini Dr Edmund membuka butik kasut JennOrtho yang baru sahaja mula dibuka kepada pelanggan secara rasmi pada 29 Jun 2020. Di JennOrtho menawarkan pelbagai kasut dan juga pelapik kaki/sol (insoles) ortotik samada ready made mahupun custom made. Lebih banyak rekaan kasut dan juga saiz ditawarkan juga.

Terdapat beberapa promosi menarik yang ditawarkan di JennOrtho, antaranya seperti:-
  • Konsultansi secara PERCUMA bersama Dr. Edmund
  • Pemeriksaan kaki secara PERCUMA menggunakan teknologi serba canggih
  • Promosi custom-made insole (Harga asal RM2399, Harga promosi adalah RM2199)
  • Program Famili ; Beli 2 PERCUMA 1
  • Promosi Sol (Insoles) ready made untuk JennKids (dengan kasut), Harga asal RM1299, Harga promosi RM899
  • Promosi Sol (Insoles) ready made untuk Dewasa, Harga promosi adalah RM999.


Pemeriksaan Kesihatan Kaki Secara PERCUMA 

Jika korang memang mempunyai masalah seperti kaki, tapak kaki, lutut, buku lali ataupun bahagian belakang badan sakit memang sangat disyorkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan kaki. Ini kerana kita sedia maklum tapak kaki merupakan anggota yang menampung berat badan.

Mesin yang digunakan memang berteknologi tinggi dan canggih mampu memberikan data screening kaki yang telah dilakukan.

Setelah dibuat pemeriksaan didapati kaki Ameer mempunyai masalah 'flat feet' yang agak ketara. Di dalam usia yang masih muda (baru berusia 6 tahun). Ianya boleh dipulihkan secara beransur. Ini adalah melalui penggunaan sol (insoles) yang betul dan boleh merawat keadaan kakinya.

Flat feet bermaksud tapak kaki kita akan mempunyai lengkuk yang kurang di bahagian sisi dalam kaki (A-C) ataupun tiada lengkuk (rata) apabila berdiri atau berjalan. Saya difahamkan lengkuk pada tapak kaki rata akan terbentuk sendiri apabila otot pada tapak kaki kita cukup kuat. Selain itu, ketinggian lengkungan tapak kaki akan berkembang dan meningkat sehingga umur 10 tahun.

Menurut Dr. Edmund jika tidak dirawat dari kecil, boleh menyebabkan (asbab) tulang belakang menjadi bengkok. Saya difahamkan selagi umur kanak-kanak belum menjangkau usia 10 tahun bentuk kaki anak yang rata masih boleh dipulihkan.

Sumber dari https://www.realisationoutreach.com/ menyatakan kebanyakan kanak-kanak dengan tapak kaki yang rata tidak akan mempunyai apa-apa gejala atau aduan sakit tetapi sesetengah kanak-kanak mungkin akan mengalami:
  • Kaki sakit (tumit kaki atau bahagian lengkuk kaki)
  • Kaki semakin sakit apabila melakukan aktiviti
  • Buku lali bengkak
  • Tidak suka mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal
  • Tendon Achilles yang tegang
  • Perubahan dalam gaya berjalan
  • Tapak kaki menghala ke arah luar semasa berjalan atau berdiri
  • Kaki bengkok ke dalam (knock knee)
Ada pelbagai rawatan akan doktor syorkan, antaranya adalah memberi sokongan untuk tapak kaki rata (arch support) . Caranya dengan meletakkan sol (insoles) di dalam kasut bagi mengurangkan sakit dan seterusnya menyokong memperbaiki tapak kaki rata

Selain itu penggunaan kasut yang bersesuaian juga penting. Digalakkan memakai kasut sukan atau kasut yang mempunyai sokongan untuk bahagian lengkuk kaki. Elakkan pemakaian selipar yerp..

JennOrtho Pusat Ortotik Anda!

Begitu banyak pilihan kasut dan sol ortotik samada ready made mahupun custom made. Terpulang kepada bajet dan keperluan pelanggan/pesakit.


Istimewanya di sini ada kasut yang memang khas buat mereka yang mempunyai masalah flat feet. Di mana kasut yang direka memang selesa berdasarkan kepada kondisi tapak kaki,


Pelbagai info dikongsikan di sini yang mana banyak membantu saya memahami lebih jelas tentang masalah yang dihadapi oleh anak saya, Ameer.


Lebih best! Kalau dapat custom made sendiri sol (insoles) kita sendiri. Ianya boleh betul-betul ikut saiz/bentuk kaki serta saiz badan. Memang sangat rekomen pada mereka yang bermasalah sakit belakanng, sakit kaki, lutut dan sendi.

Not bad! Pilihan kasut kesihatan di sini. Ada untuk kegunaan kasual mahupun formal.

Remedi kaki pun ada ditawarkan. Segalanya berkaitan dengan kesihatan kaki :-)

Nak buat pemeriksaan kesihatan kaki, konsultansi dengan Dr Pakar sekaligus mendapatkan produk kasut dan sol (insloes) ortotik, jomlah ke ...

JennOrtho
S011 2nd Floor, 
Mid Valley Megamall. 
10am-10pm

Keterangan lanjut boleh layari,

http://www.jennortho.com.my/
#DrEdmundLee 
#JennOrtho

JennOrtho Menawarkan Kasut Dan Sol (Insoles) Ortotik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 27, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. inforasi berguna kak, saya pon terjebak ke sini sebab nak periksa kaki

    ReplyDelete
  2. Ok. Rawlins pun nak pergi check la sebab selalu sakit kaki bila pakai kasut baru. Kekadang tu penat tak tentu pasal. TQ share info

    ReplyDelete
  3. wahhhh selama ni ingat semua tapak kaki sama bentuk je rupanya ada yang lain dan bermasalah. So far tak pernah lagi alami masalah macamni

    ReplyDelete
  4. okay nnti bolehlah check kaki dekat sini. banyak juga perkara tentang kaki yang boleh dapat tahu bila ke sini kan? :)

    ReplyDelete
  5. Bagus akak dah mula jaga kaki anak dr dr kecil. Kasut yang selesa memainkan peranan penting.

    ReplyDelete
  6. Wah... 1st time tahu tentang ini. Bagusnya ada penjagaan kaki sebegini. Ada bajet why not disalurkan untuk kesihatan diri yang lebih baik kannn

    ReplyDelete
  7. Mmg bagus utk kesigatan kaki, kena ambil berat psl kaki dari kecil kdg2 kita tak tau yg kita kita ada masalah jd elok dtg ke sini buat pemeriksaan

    ReplyDelete
  8. Wahhh menarik ni boleh screening kaki. Pemilihan kasut yabg sesuai tu penting tu penting. Blh la gi mid nty usha kdai ni

    ReplyDelete
  9. i was there to check out their shoes too and it indeed help my 100% flat feet... should get at least foot check to know the condition of our leg first.

    ReplyDelete
  10. Dekat Johor ada ke tak ek? Sis tengah cari kasut untuk kaki yang sesuai gak ni, akhir-akhir ni sakit tumit laa pakai kasut yang biasa guna tu...

    ReplyDelete
  11. Sangat bagus.. Boleh custom kasut ikut kesesuaian kaki.. Baru la kaki xsakit.. Nanti nak bawa anak2 ke sini la.

    ReplyDelete
  12. bagus ya kalau dpt buat mcm ni :) takda la kaki tu sakit bila pakai kasut

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.