Dengan GOGOPOT, Kita Boleh Makan Steambot dan BBQ Di Mana Sahaja!

Siapa kata kalau nak makan steamboat, kita kena makan di kedai sahaja. Hmmm. Sekarang dengan adanya GOGOPOT, memudahkan kita untuk menikmati steamboat di mana sahaja. Samada di rumah, di pejabat dan lain-lain tempat yang bersesuaian.

Pendek kata, lebih mudah dan selesa. Kita boleh makan santai-santai bersama orang tersayang. Tanpa perlu memikirkan lokasi restoran yang boleh memberi keselesaan, masalah kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Lebih menarik set pakej yang disediakan oleh GOGOPOT ini memang berbaloi. Bukan sahaja bahan makanan steamboat disediakan bahkan perkakasan memasak turut disediakan bersama sos. Jadi tidak perlulah kita mencari setiap bahan yang perlu dimasukkan dalam menu, alatan memasak dan sebagainya. Memang sangat praktikal!

Contohnya perkakasan yang saya dapat dari Set Combo Campur 2 ini 1 (Steambot dan BBQ). Senang dan mudah. Paling best! Didatangkan dalam kotak yang mudah dibawa ke mana sahaja.

Cantikkannnn warna pink, heheheheeh. Senang nak bersihkan dan saiznya juga kompak.

Antara yang saya suka pakej dari GOGOPOT ini, pembungkusannya sangat kemas. Diasingkan mengikut jenis bahan mentah samada daging, udang, sayuran, mee dan sebagainya. Begitu juga dengan sos, turut didatangkan bersama.

Untuk daging dan seafood memang dihantar bersama cooler bag untuk memberi jaminan kesegaran bahan mentah.

Begitu juga dengan bahan-bahan kering seperti sayuran, mee dan lain-lain diletakkan didalam bekas dengan teratur dan kemas. Ini juga menjamin dari segi etika kebersihan yang terbaik.

Serius! Tom yam sup GOGOPOT antara yang tersedap.

Perkakasan yang disediakan untuk memasak memang mesra pengguna. Senang untuk memhami kaedah penggunaan kerana kita perlu pasangkan plug dan hanya ada butang samada 'on' ataupun 'off'. Saya sendiri ketika waktu menikmati hidangan ini bersama keluarga di rumah, anak-anak remaja saya yang memasak dan menyiapkan hidangan steamboat dan BBQ untuk dinikmati untuk semua ahli keluarga. Sebab ianya ianya tidak 'complicated'.


Serius sedap dan memang puas hati. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Ada banyak pakej dan set yang ditawarkan. Korang boleh rujuk kepada laman web www.gogopot.net untuk maklumat lanjut dan pembelian. Antara pakej yang saya boleh kongsikan seperti:-












Banyakkan pilihan! Memang rambang mata nak memilihnya :-)


Jom berSTEAMBOAT dan BBQ sama-sama,
Banyak pilihan dari GOGOPOT.NET semestinya,
Pilih sahaja set mana yang kita suka,
Bayar dan tunggu tempahan di hantar terus di depan mata!

Untuk temopahan dan keterangan lanjut layari,
https://www.gogopot.net/
https://www.facebook.com/gogopot.net
https://www.instagram.com/gogopotdelivery/

Dengan GOGOPOT, Kita Boleh Makan Steambot dan BBQ Di Mana Sahaja! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 07, 2020 Rating: 5

16 comments:

  1. Eh. Macam nak makan semua plak. Nie sudah bagus nie jika daku teringin nak makan. Takyah lah daku beli kuali Korea tu kan.

    ReplyDelete
  2. wahh.. dah lama tak makan steamboat.. boleh la makan steambot sendiri lepas ni.. nak try gogopot ni.. tapi kat area kedah ada tak ye?

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada gogopot ini boleh masak sendiri tak perlular keluar untuk menikmati makanan sedap. :)

    ReplyDelete
  4. Nak makan semua la. Hahah setiap set amat menyelerakan. Boleh masak sendiri plak tu

    ReplyDelete
  5. wah menariknya gogopot ni. Nampak menarik menu menu yang ditawarkan.. Boleh la cuba nanti. Thanks for sharing kak :)

    ReplyDelete
  6. Wah senangnya ada gogopot ni. Boleh bersteamboat kat mana sahaja. Order online saja, semua jadi mudah..kalaubteringin nak makan steamboat boleh dah guna gogopot ni

    ReplyDelete
  7. Menariknya menu pakej yg ditawarkan.. Boleh buat steamboat sendiri kat rumah.. Boleh la order gak buat mkn santai sbil tgk drama Korea..

    ReplyDelete
  8. woow....so so tempting to order & enjoy at home sweet home, thanks for sharing ya
    cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Kalau Sis ni, kompom dekat sejak nak pilih ni hahahaha...tapi aduii senang gile laaaa nak bersteamboat...aishhh Johor ada tak ek...

    ReplyDelete
  10. Mudah betul ada GOGOPOT sekarang boleh makan steamboat kat rumah je dengan keluarga. Selalunya makan kat luar masa terhad. Nanti nak order bahan siap untuk kuah tu. Mudah kerja

    ReplyDelete
  11. Wow bestnya dia steamboat siap bagi tmpt masak cute plak tu.. Ni mmg favourite family bab2 steamboat ni. Hahha

    ReplyDelete
  12. wahhh sis. best betul dapat membako. senang dah kan sekarang. tak runsing dh. dekat rumah pn dah boleh makan steamboat

    ReplyDelete
  13. best yer ayu! berkenan betul dengan gogopot ni. mudah kan nak makan steamboat! harga pun berbaloi

    ReplyDelete
  14. Seronok bersteambot camni. Meriah semua ada. Hehehe.. sedap steamboat waktu cuaca hujan je sekarang ni.

    ReplyDelete
  15. Wahhhh best nye gogopot ni. Nak jugak lah memang seronok kalau dapat berkumpul family pastu makan steamboat ramai2

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.