Hub logistik bernilai RM1 bilion Akan Dibina Di Johor Hasil Kerjasama Daripada Syarikat PDZ, Sanichi dan Kerajaan Negeri

Terdapat hub logistik baru yang harganya lebih daripada RM1 bilion telah  dirancang di Johor oleh kumpulan perkapalan dan logistik PDZ Holdings Bhd dengan kerjasama Sanichi Technology Bhd. Dari sumber dipercayai, PDZ telah mengenal pasti keluasan 253 ekar tanah dan dikatakan juga kerajaan negeri Johor turut terlibat dalam pembangunan.
PDZ sememangnya telah berusaha untuk meluaskan perniagaan logistik dengan memanfaatkan pasaran e-dagang yang bernilai AS $ 4 bilion. Dikatakan pasaran ini juga akan mendapat permintaan yang tinggi disebabkan pandemik Covid-19. Akan lebih ramai rakyat Malaysia membeli barangan rumah dari pelbagai platform e-dagang, ini kerana ianya memang sangat memudahkan dan juga menjadi tabiat pembelian gaya baru.

Secara tidak langsung perusahaan logistik di seluruh dunia menjadi lebih menguntungkan kesan daripada pandemik Covid-19. Pasaran logistik global menyumbang sebanyak AS $ 11.7 bilion pada tahun 2020 dan dijangka mencapai AS $ 15.9 bilion pada tahun 2027. Di mana kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 4.5 peratus jangkaan masa hadapan.

Baru-baru ini PDZ dikatakan telah memenangi kontrak bernilai RM600 juta dari pengendali platform e-dagang di China. Platform e-dagang gergasi seperti Alibaba Group Holding Ltd atau Tencent Holdings Ltd kini menguasai pasaran e-dagang China dengan platform seperti Taobao dan JD.com Inc. Selain itu,  pengendali platform e-dagang gergasi di Amerika Syarikat turut berminat untuk menyertai PDZ bagi tujuan meluaskan perniagaan mereka di Asia, termasuk Malaysia.

Jutawan Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang sememangnya mempunyai perniagaan di pelabuhan dan logistik yang besar juga dikatakan mengintai kepentingan di dalam PDZ. Syed Mokhtar, dianggarkan bernilai AS $ 1.2 bilion. Manakala penilaian Forbes juga menyatakan bahawa Syed Mokhtar merupakan orang ke-13 terkaya di Malaysia (50 Terkaya Malaysia 2020). Apabila Syed Mokhtar berminat dengan  PDZ menunjukkan syarikat ini sedang merancang untuk memperluaskan empayar logistiknya.

PDZ terlibat dalam perniagaan kontena. Dari sumber laman webnya, syarikat ini menjalankan operasinya melalui enam kapal yang meliputi dagangan domestik dan serantau antara Malaysia, Brunei, Singapura dan Myanmar.

Syarikat ini juga mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi sebanyak RM1.22 juta untuk suku semasa yang berakhir pada 31 Mac 2020, berbanding tahun sebelumnya iaitu RM1.04 juta. Ini disebabkan oleh jumlah perkhidmatan pengangkutan kapal meningkat diantara Januari dan Mac.

Dari tinjauan mendapati PDZ mencatatkan keuntungan bersih selama tiga bulan berbanding tahun sebelumnya yang sama. Saham itu diniagakan pada 9 Julai dan harganya naik 11.5 sen atau 127.78 peratus kepada 20.5 sen. Ini menjadikannya modal pasaran sebanyak RM181.75 juta. Sebanyak 1.33 bilion saham diperdagangkan.

Seterusnya pada 10 Julai, saham jatuh kepada 16 sen tetapi naik semula menjadikannya 25.5 dengan hampir RM1 bilion saham diniagakan. Ianya ditutup 20 sen pada hari Jumaat.

Dijangkakan saham akan mencecah tinggi pada gelombang kedua minggu ini.

Hub logistik bernilai RM1 bilion Akan Dibina Di Johor Hasil Kerjasama Daripada Syarikat PDZ, Sanichi dan Kerajaan Negeri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 12, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.