Raikan Merdeka Dengan Dua Konsert Bersifat Nasionalisme

Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan yang sangat dinantikan oleh masyarakat Malaysia. Bagi memeriahkan lagi bulan kemerdekaan tahun ini, Hype Global Adventures telah menganjurkan 2 konsert bersifat nasionalisme yang bakal berlangsung di Tawau Sabah dan juga The Mines Sri Kembangan,


Apa yang lebih menarik untuk dua konsert yang diadakan ini menggabungkan artis Malaysia dan juga artis yang sedang meningkat naik dari negara jiran, Indonesia. Ini adalah salah satu cari menyemarakkan lagi malam kemerdekaan begara sebagai lambang serumpum. 


Antara penyanyi yang akan terlibat dalam konsert ini seperti Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrella Zidan, Isnin Umbrella, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk. Semua barisan penyanyi yang bakal menghiburkan pengunjung ini mempunyai kelompok peminat mereka sendiri. Seperti contoh penyanyi dari Indonesia yang mempunyai tontonan lebih 100 juta di YouTube.

Malam Merdeka Bah Kita 2022
Untuk konsert Malam Merdeka Bah Kita 2022 akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 30 Ogos 2022. Konsert yang akan bermula pada 6 petang ini membariskan penyanyi seperti ISnin Umbrella, Hazama, Shidi data, Azan, Hafiz Umbrella, Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk.

Harga tiket : RM45, RM80, RM120


Hazama antara penyanyi yang membuat persembahan di Tawau

Konsert ini juga bersempena dengan karnival yang dianjurkan di Tawau selama 3 hari iaitu 28 sehingga 30 Ogos 2022. Terdapat banyak aktiviti yang disediakan oleh penganjur antaranya seperti pertandingan karaoke, bettle of the band dan jualan karnival. Terdapat juga cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama motosikal 250cc yang akan dicabut pada detik 12 malam 30 Ogos 2022.

Sidang media secara virtual dengan penyanyi Indonesia yang akan sertai persembahan

Malam Santai Musical The Mines
Bagi menyambung semarak nasionalisme, HYPE GLOBAL VENTURES mengadakan persembahan kedua di Uptown the Mines pada 2 September 2022. Persembahan akan bermula pada jam 9 malam dengan membariskan artis seperti Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suakan dan Valdy Nyonk.

Harga tiket : RM65, RM165

Apa yang menarik di tapak Uptown The Mines ini sudah mempunyai 400 kedai dan dengan adanya konsert ini dapat membantu menambah nilai promosi kawasan ini.

Jom sama-sama memeriahkan dia konsert yang dianjurkan oleh HYPE GLOBAL VENTURES 



Raikan Merdeka Dengan Dua Konsert Bersifat Nasionalisme Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 20, 2022 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.