Konsert HAVOC Tengah Malam Membariskan Antara Artis Hebat di Malaysia


Konsert HAVOC Tengah Malam Membariskan Antara Artis Hebat di Malaysia- Sememangnya HAVOC apabila artis-artis terbaik Malaysia bergabung membuat persembahan di satu panggung. Satu konsert tengah malam selama dua hari bakal diadakan di Dataran Karnival Shah Alam pada 3 dan 4 September 2022, dari jam 10 malam sehingga 12 tengah malam.


Antara artis yang akan sama-sama terlibat didalam konsert ini adalah Kugiran Masdo, Noh Salleh, Floor 88, Zynakal, Yonnyboi dan KClique. Dijangkakan setiap malam pengunjung akan dihiburkan dengan lebih kurang 10 lagu dari artis-artis yang terlibat.


Selain daripada persembahan terdapat juga artis-artis yang akan membuka booth jualan bagi mempromosikan produk-produk mereka. Oh ya! Untuk pembelian tiket 1000 orang yang pertama (early bird), harga ditawarkan hanyalah RM69 (harga asal RM120) di Normal Zone dan RM109 (harga asal RM199) di Rock Zone. 


Majlis Sudang Media dan Perasmian Konsert HAVOC
Satu majlis sidang media dan perasmian Konsert HAVOC telah diadakan pada 18 Ogos 2022 di Panggung Asia Kuala Lumpur. Selain daripada artis yang terlibat, turut hadir adalah Encik Firdaus Nasxaman, CEO Havoc Event & Management Sdn. Bhd dan juga Tuan Syed Yahya Syed Othman selaku Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia.

Tuan Syed Yahya Syed Othman, Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia.

Untuk info, penganjuran festival muzik sememangnya sentiasa mendapat sokongan daripada Program Cuti-cuti Malaysia dan juga pihak Tourism Malaysia sendiri, sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2019.

Namun untuk 2 tahun lepas, kebanyakan acara festival terpaksa diberhentikan memandangkan negara dilanda dengan isu Covid19. Apabila tahun 2022, keadaan sudah menjadi reda maka penganjuran festival ini mula dirancang dan diadakan.

Kugiran Masdo yang cukup popular dengan lagu Bunga, Janji Manis dan banyak lagi lagu best!

Salah satu inisiatif bagi membolehkan pemain industri seni negara bertemu dengan peminat yang menyokong mereka selama ini. Konsert HAVOC telah dianjurkan oleh Havoc Event & Management Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Havoc Food Festival.

Selain daripada Shah Alam, konsert tengah malam HAVOC juga akan diadakan di MITC Melaka dan juga Plaza Angsana Johor Bahru.

Yonnyboi in da' house yaww

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket mengikut harga pilihan dari :- www.ticket2u.com 

Konsert HAVOC Tengah Malam Membariskan Antara Artis Hebat di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 19, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.