Juara Pencarian Wanita Melayu (PWM) 2022 Akhirnya Telah Dinobatkan

Pencarian Wanita Melayu (PWM) 2022 melabuh tirainya pada 13 Ogos 2022, apabila Juara untuk acara ini telah ditemui. Syabas diucapkan buat Aqila Afindi yang merupakan pelajar Mass Comm dari UITM. Gadis yang baru berusia 21 tahun ini mempunyai ciri-ciri Ikon Wanita Melayu iaitu mempunyai personaliti yang menarik, beretika, bijak dan memiliki pemikiran seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini.

Aqila telah menerima hadiah yang merupakan wang tunai RM10,000, barangan kemas tajaan HABIB, jam Ice Watch dan pelbagai lagi hadiah daripada penaja bersama.

Hadiah telah disampaikan oleh Ikon Wanita Melayu 2019 Aini Sophie dengan diiringi bersama Pengurus Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer , Puan Azura Mokhtar, Pengurus Kanan Plaza Shah Alam  serta Puan Yan selaku koordinator acara .

Perjalanan Program PWM 2022
Bertempat di pentas utama Plaza Shah Alam, seramai 10 finalis Pencarian Wanita Melayu (PWM) 2022 bersaing sengit bagi merebut gelaran Ikon Wanita Melayu 2022. Menjadi 10 finalis sudahpun meletakkan  diri yang terbaik. Bayangkan daripada 200 jumlah penyertaan. Disenarai pendek menjadi 25 peserta di acara separuh akhir. Dan akhirnya 10 finalis berjaya mara ke peringkat akhir.


Untuk PWM 2022, finalis yang terpilih adalah Siti Aisyah (26), Puteri Ermisha Qistina (19), Nur Yasmin (24), Nur Iaazatul Aqma (20), Nur Shalia (26), Aqila Afindi (21), Yaserah Ali (25), Sabrina Nizam (24), Nur Diana Tunteja (21) dan Nur Athiyah Hazirah (26).


Selepas acara separuh akhir, 10 finalis berkampung selama seminggu di Plaza Shah Alam dan perlu menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur. Antara aktiviti yang diikuti seperti Etika, Perundingan Imej, Grooming, Solekan, Fitness, berkebolehan memasak dan juga aktiviti bersama pihak penaja. 


Pada acara akhir semua finalis perlu menjawab soalan yang diajukan oleh juri-juri jemputan. Antara barisan juri seperti Vanidah Imran (aktres), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UITM), Kiffy Razak (Pengarah Urusan Majalah Nona), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam) dan Mas Idayu (Selebriti). 

Dan finalis juga perlu membuat persembahan kebudayaan dari negeri-negeri yang telah diberikan kepada setiap peserta.

Tahniah Kepada Semua Pemenang Utama


Tahniah kepada semua peserta yang berjaya mendapat tempat 3 teratas dan juga pemenang kategori yang dipertandingkan. Difahamkan agar sukar juga bagi juri membuat penilaian dan pemilihan memandangkan semua finalis yang bertanding memang hebat-hebat.

Untuk info, HABIB telah menggandakan tajaan barangan kemas kepada peserta sebagai tanda sokongan kepada PWM 2022 dan juga diharapkan dapat memotivasikan semua peserta agar lebih bersemangat agar mereka dapat memberikan yang terbaik.

Bukan itu sahaja, pemilihan menjadi wajak kempen HABIB adalah dibuka kepada semua 25 peserta. Tidak hanya terhad kepada peserta akhir mahupun pemenang utama sahaja. 

Juara PWM 2022 Aqila Afindi
Membawa pulang wang tunai RM1000 berserta hadiah dari HABIB dan juga hadiah iringan daripada penaja. Juara turut dinobatkan dengan tiara Mutiara dan berlian bermilai RM156,400

Naib Juara PWM 2022 Nur Athiyah Hazirah
Membawa pulang RM5000 berserta hadiah dari HABIB dan daripada penaja

Hadiah Ketiga PWM 2022 Siti Aisyah
Membawa pulang wang tunai RM3000 berserta hadiah dari HABIB dan daripada penaja

Miss Photogenic PWM 2022 Tun Teja
 Memenangi wang tunai RM1000 berserta hadiah iringan dari penaja

Miss Personaliti PWM 2022 Sabrina Nizam
 Memenangi wang tunai RM1000 berserta hadiah iringan dari penaja


Majlis Akhir Yang Cukup Meriah
Majlis akhir yang berlangsung hampir 3 jam ini cukup meriah dengan persembahan para peserta finalis serta artis jemputan bersama dengan juri Mas Idayu. Satu kejutan buat pengunjung di acara akhir apabila Mas Idayu sendiri bersetuju untuk menyampaikan satu lagu dangdutnya yang cukup popular.


PWM 2022 tahun ini sukses atas kejayaan bersama antara penganjur iaitu Plaza Shah Alam dengan sokongan daripada penaja utama HABIB dan ICE WATCH, begitu juga penaja bersama yang lain seperti Anytime Fitness Plaza Shah Alam, Anas Abdullah, Twenty Skin Care, Shes, Seri radiah Songket, Eyrafadz Wedding, Mumtaz Perfume, Breylee, Lanbena, Schatz, Carya Cosmetic, Ani Katering Wedding Planner dan MC Vogue Plaza Shah Alam.

Syabas buat Aqila, moga terus sukses dan terus menjadi inspirasi buat anak-anak muda di luar sana.

Tahniah juga buat  Fahrin Ahmad selaku pengacara majlis dan Yann Rifft Resouces atas kerja keras serta komitmen sebagai koordinator sepanjang acara PWM 2022 berlangsung.

Juara Pencarian Wanita Melayu (PWM) 2022 Akhirnya Telah Dinobatkan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 14, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.