Tahniah Kepada 10 Peserta Akhir Pencarian Wanita Melayu 2022 (PWM2022)



Tahniah Kepada 10 Peserta Akhir Pencarian Wanita Melayu 2022 (PWM2022)- Akhirnya setelah berminggu membuat pencarian,  hanya 25 peserta telah berjaya mara ke acara separuh akhir yang berlangsung pada 6 Ogos 2022 bertempat di ruang bawah tingkat LG Plaza Shah Alam Selangor.

Acara ringkas tetapi cukup meriah dengan kehadiran keluarga peserta serta pengunjung Plaza Shah Alam sendiri.


Untuk acara separuh akhir terdapat 4 juri dilantik untuk menilai dan memilih para peserat daripada 25 dan hanya 10 sahaja yang layak mara ke separuh akhir. Juri-juri tersebut adalah Kiffy Razak (editor Majalah Nona), Vanidah Imran (selebriti tanahair), Faizal Hamid (penyarasah UITM) dan Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan, Plaza Shah Alam).



Dan Fahrin Ahmad diberi tanggungjawab untuk menjadi pengacara sekali lagi bagi acara Pencarian Wanita Melayu 2022 yang bertempat di ruang legar tingkat LG Plaza Shah Alam Selangor.


Daripada 200 lebih penyertaan hanya 25 dipilih dan kini hanya 10 peserta akhir dicari bagi merebut gelaran Juara Pencarian Wanita Melayu 2022.


Agak sengit sebenarnya! Ini kerana ke semua 25 peserta mempunyai personaliti yang cukup menarik. Mereka bukan sahaja cantik bahkan sangat petah memberi respon dalam setiap soalan yang dilontarkan daripada juri. Walaupun ada yang pertama kali menyertai acara seperti ini, ada juga yang gugup namun semuanya berjalan dengan baik.

Apa yang pasti soalan-soalan yang dikemukakan memang berkait dengan isu wanita hari ini. Contohnya wanita dengan teknologi, isu pendidikan, perancangan jika mempunyai wang sebanyak RM100,000, mengangkat budaya dan pelbagai lagi.


Saya cukup tertarik dengan persembahan selingan daripada Kids Diva yang berumur diantara 10 dan 11 tahun yang ternyata adik ini sememangnya berbakat besar didalam bidang peragaan. Seusia muda ini mereka mampu berjalan 'catwalk' dengan baik dan begitu yakin. 


Bukan itu sahaja adik-adik ini juga berbakat didalam membuat persembahan tarian. Setiap langkah dan lenggok mengikut lagu melayu memang menghiburkan para tetamu yang hadir.


Sebelum pengumuman keputusan akhir, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan yang cukup bertenaga daripada Syafeek Ikhwan yang merupakan juara bagi rancangan program Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3). Syafeek telah menyampaikan 3 buah lagu dan salah satunya adalah lagu Anuar Zain.


Akhirnya 10 peserta finalis untuk Pencarian Wanita Melayu 2022 (PWM2022) diumumkan. Syabas kepada peserta berikut :-

  • Siti Aisyah binti Mohamed Zulkifli 
  • Yaserah Gohar Ali
  • Sabrina Nizam
  • Nur Shalia binti Shuid
  • Nur Diana Sri Tun Teja binti Mohd Johari
  • Nurul Azwani Salimen
  • Nurul Yasmin binti Amran
  • Nur Izzatul Aqma binti Ludin
  • Aqilah binti Afindi
  • Nurul Kamilia Afiqah binti Mohd Kamaruzaman


Biarpun hanya 10 peserta yang dipilih, namun begitu bagi yang tidak berjaya mara ke finalis tetap dirai dan mendapat pelbagai hadiah menarik daripada pihak penaja. Dan sebenarnya menjadi 25 peserta separuh akhir sudahpun meletakkan diri mereka yang terbaik kerana telah terpilih daripada beratus-ratus permohanan penyertaan.

Moga platform Pencarian Wanita Melayu 2022 ini menjadi titik tolak untuk semua peserta agar lebih yakin dan maju dalam apa jua bidnag yang ingin mereka ceburi.


Jadi siapakah yang bakal dinobatkan menjadi Juara Pencarian Wanita Melayu seperti Aini Sophie pada tahun 2019, sama-samalah kita nantikan acara peringkat akhir Pencarian Wanita Melayu 2022 pada 13 Ogos 2022 ini nanti.
 
Tahniah Kepada 10 Peserta Akhir Pencarian Wanita Melayu 2022 (PWM2022) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 07, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.