Raihan Menganjurkan Garis Masa Concert Bersempena Dengan 25 Tahun Perjalanan Dalam Bidang Muzik


Raihan Menganjurkan Garis Masa Concert Bersempena Dengan 25 Tahun Perjalanan Dalam Bidang Muzik - Kumpulan nasyid Raihan bukanlah asing dalam dunia muzik tempatan. Sudah 25 tahun Raihan bertapak dalam industri ini sejak tahun 1996 lagi. Sehingga kini masih lagi ramai dikalangan masyarakat kita yang menyanyikan lagu-lagu Raihan, daripada generasi lama sehinggalah yang muda.

Raihan yang membawa maksud tumbuhan harum atau bunga syurga ini pernah memecah rekod penjualan album sehingga mencecah 750,000 unit dibawah album berjudul Puji Pujian. Dan sehingga kini bilangan ini masih belum lagi dapat dipecahkan lagi oleh mana-mana artis.

Terkini anggora Raihan yang hanya dianggotai 3 ahli asal iaitu Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dam Amran Ibr ingin meraikan 25 tahun perjalanan mereka dalam industri dengan mangadakan  Garis Masa Concert yang bakal berlangsung pada 26 November 2022 bertempat di Stadium Melawati Shah Alam,


Persembahan yang dijangkakan mengambil masa 90 minit ini akan bermula jam 8,45 malam, dimana peminat Raihan berpeluang mendengar sendiri lagu-lagu hits kumpulan ini dinyanyikan secara LIVE seperti Puji Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Thank You Allah, 25 Rasul, Syukur, Bismillah dan Senyum.

Seleksi lagu-lagu yang penuh nostalgia ini pasti memberikan momen indah buat peminat Raihan terutama buat mereka yang membesar dengan lagu-lagu ini. Garis Masa Concert juga akan membawa kelainan terutama dalam penggunaan kepelbagaian instrumen yang akan menjadikan seni lagu yang disampaikan lebih menarik.

Judul Garis Masa Concert ini juga diilhamkan melihat kepada tempoh masa pada peminat yang meminati lagu-lagu Raihan sejak dulu sehingga kini. Dan lebih menarik lagi lagu-lagu Raihan ini digemari bukan sahaja bangsa melayu bahkan turut diminati bangsa-bangsa lain tidak kira jantina dan usia.

Harga tiket adalah seperti berikut:-

Tiket (dewasa) : RM95, RM110, RM170, RM200, RM250, RM300, RM350, RM450 dan RM500
Tiket (Kanak-kanak) : RM66.50, RM77, RM119, RM140, RM175, RM200, RM245, RM315 dan RM350

Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my
Raihan Menganjurkan Garis Masa Concert Bersempena Dengan 25 Tahun Perjalanan Dalam Bidang Muzik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 27, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.