Tasneem Marketplace : Gabungan 5 jenama Bantu Jana Pendapatan

Tasneem Marketplace : Gabungan 5 jenama Bantu Jana Pendapatan- Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini memerlukan lebih ramai masyarakat di luar sana membuat lebih banyak kerja bagi menjana pendapatan keluarga. Ini terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga yang punyai lebih tanggungjawab dan banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Salah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan adalah dengan menyertai platform Tasneem Marketplace.


Apa Itu Platform Tasneem Marketplace ( TMP)

Untuk pengetahuan semua, Tasneem Business Legacy adalah sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi. Dan terkini  Tasneem Business Legacy telah menjalinkan usahasama baharu bersama  dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace.


Antara objektif usahasama ini adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana bagi menjana pendapatan tanpa modal dan pada masa yang sama berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi. Selain itu berpeluang juga mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.

Satu majlis tandatangani perjanjian telah diadakan dan dihadiri wakil-wakil dari jenama yang sama-sama ingin menyertai Tasneem Marketplace. Majlis ringkas yang cukup meriah menggabungkan jenama besar yang sama-sama menyokong baik membantu lebih ramai masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan.


Jom Jana Pendapatan Bersama Tasneem Marketplace
Selaras dengan  pengenalan Tasneem Marketplace (TMP) dapat membantu lebih ramai suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang. Paling menarik boleh berurusan dari rumah dan di mana sahaja. 

Pihak Tasneem Marketplace sememangnya sangat mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan Tasneem Marketplace (TMP) dengan mendaftar sebagai reseller TMP. Pendaftaran adalah percuma. Pihak Tasneem Marketplace (TMP) meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.


Jika anda berminat untuk sertai jemaah TMP., boleh sertai sesi preview dengan klik pada pautan ini : https://t.me/+WAWjyDQCeT0xMTA

Keterangan lanjut boleh layari:
www.tasneemmarketplace.com



Tasneem Marketplace : Gabungan 5 jenama Bantu Jana Pendapatan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 20, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.