Jovian Melancarkan Korset Wonder Suit Sesuai Untuk Lelaki dan Perempuan

Jovian Melancarkan Korset Wonder Suit Sesuai Untuk Lelaki dan Perempuan- Jovian jenama yang cukup dikenali dikalangan masyarakat Malaysia kini melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan produk baharu yang memfokuskan pada pakaian, Wonder Suit. Korset Wonder Suit yang dihasilkan melalui penyelidikan yang begitu teliti mengambil kira segala aspek ini diperkenalkan bagi menyokong rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat. Apatah lagi korset ini sesuai digunakan oleh lelaki mahupun perempuan.


Sebagai perintis dalam industri fesyen RTW di Malaysia, salah satu perkara yang paling biasa kita dengari adalah bagaimana mereka menghadapi masalah dengan figura mereka. In terutama untuk menggayakan baju yang kita suka ada sedikit potongan badan.


Dengan pengenalan Wonder Suit yang telah melancarkan produk pertama mereka iaitu korset yang direka untuk meningkatkan bentuk badan  bukan sahaja boleh mengempiskan perut, bahkan memakainya seharian juga dapat memberi keselesaan. Paling penting ianya dapat memberi sokongan postur badan jika dipakai seharian setiap hari. Direkomen untuk dipakai selama 8 jam sehari.

Difahamkan penghasilan korset Wonder Suit ini juga adalah inspirasi daripada pelanggan-pelanggan setia (Jovianista) dan juga pengalaman Datuk Jovian Mandagie yang mengalami masalah tulang belakang. Datuk sememangnya disarankan oleh doktor untuk memakai korset bagi membantu memberi keselesaan dan menjaga postur badan.


Diperbuat daripada bahan berkualiti premium yang menyejukkan, ia mempunyai 3 baris cangkuk boleh laras untuk muat ultra yang selamat dan 16 panel tulang fleksibel dalam ikat pinggang yang membantu untuk mencapai postur yang lebih baik dengan lebih mudah yang membolehkan kita kebebasan maksimum untuk bergerak.


Penjagaan juga sangat mudah. Hanya cuci tangan menggunakan pelembut serta detergent yang biasa digunakan. Bilas dengana ir bersih dan jemur seperti biasa. Tidak perlu dihantar ke dry cleaning dan sebagainya.

Untuk bentuk badan yang lebih diingini, korset Wonder Suit ini juga dilengkapi dengan tali pinggang boleh tanggal yang mencengkam bahagian pinggang yang membantu menghasilkan bentuk badan yang ideal.Bagi permulaan hanya tersedia dalam warna "Beige". Manakala saiz adalah sehingga 3XL


Koleksi korset Wonder Suit ini juga telah mendapat kerjasama dari lima selebriti terkenal Malaysia untuk menjadi wajah kepada Wonder Suit dan mereka ialah Ifa Raziah, Ning Baizura, Rozita Che Wan, Sherry Al Hadad dan Dolla.

Biarpun beraktiviti aktif seharian, Wonder Suit tetap memberi keselesaan

Lelaki juga boleh menggunakan Wonder Suit

Ada pelbagai saiz dari S sehingga 3XL

Berharga RM149, Wonder Suit by Jovian kini boleh dibeli melalui:
💓Platform Instagram Selebrity 
💓Ejen dan stokis selebriti


Sehingga kini Wonder Suit telah mempunyai lebih kurang seramai 2500 agen di seluruh Malaysia/ Pelanggan juga boleh mendapatkan produk Wonder Suit ini dari semua JStores, Jovian Pop Up Booth, dan Shopee menjelang 1 September 2022 dalam saiz dari S hingga 3XL.

Korset ini juga boleh digunakan untuk ibu selepas melahirkan anak bagi tujuan mendapatkan kembali potongan badan asal 👌

P/S: Saya dah dapatkan satu dan tak sabar nak pakai setiap hari. Moga cepat slim dan punyai postur badan yang cantik serta sihat :-)

Jom pakai Wonder Suit, 
Untuk kelihatan lebih susut!

Jovian Melancarkan Korset Wonder Suit Sesuai Untuk Lelaki dan Perempuan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 18, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.