Review Anak Rimau The Movie

Review Anak Rimau The Movie -Anak Rimau The Movie, mengisahkan anak-anak muda yang begitu meminati sukan bola sepak. Ditemukan dalam Akademi Bola Sepak dibawah pasukan ANAK RIMAU.


Masing-masung mempunyai  latar belakang yang berbeza tetapi dengan misi serta impian yang sama. Bermain bola sepak dan membawa nama Malaysia ke mata dunia.

Filem ini sarat dengan emosi. Seolah kita
menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium, setiap kali bola melepasi gawang lawan kita akan terus menjerit sama.


Anak Rimau The Movie bagus ditonton seisi keluarga. Ianya banyak  mengetengahkan nilai positif membabitkan semangat berpasukan, kegigihan dan sikap tidak berputus asa dalam kalangan generasi muda untuk berjuang mencapai cita-cita.

Sinematografi ketika di padang dan kampung nelayan memang sangat cantik. Ditambah pula dengan teknologi CGI menjadikan naskhah ini semakin menarik ditonton.


Kehebatan lakonan Beto Khusyairi sebagai Coach Zainal memang tidak boleh dinafikan. Begitu juga watak Ariff, Tuck, Badrol, Maru, Pak Arab dan ramai lagi semuanya dapat menjiwai peranan dengan baik.

Begitu banyak dialog sangat bersahaja dan sarat dengan kata nasihat yang bagus untuk anak muda fahami dan teladani.

Filem Anak Rimau The Movie berjaya mempertengahkan bakat baharu iaitu Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy.


Filem yang menelan belanja RM5.5 juta ini turut menampilkan aktor terkenal, Beto Kusyairy, Azhan Rani dan Adam Corrie.


Turut membintangi Anak Rimau The Movie, antara lain Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan barisan pemain bola sepak AMD iaitu Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli dan Adam Shauki Asmady.

Tidak ketinggalan, penampilan anak saudara Sultan Pahang, iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam.


Jom korang tonton Anak Rimau The Movie. Serius! Best dan puas hati. Secara privasi  bagi saya filem ini bukan sekadar mengenai sukan bola sepak bahkan Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn Bhd ini secara tersiratnya mengangkat semangat dan perjuangan generasi baharu dalam mengejar impian sebagai pemain bola sepak.



Review Anak Rimau The Movie Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 25, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.