Berlangsungnya 'Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL' Sepanjang Ogos Di Lokasi Terpilih Seluruh Negara



Berlangsungnya 'Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL' Sepanjang Ogos Di Lokasi Terpilih Seluruh Negara- Pastinya peminat setia radio Suria FM pasti teruja dengan perkhabaran ini. Yup! Siri jelajah Suria FM kembali lagi setelah 2 tahun menyepi disebabkan penangan pandemik. Dan kali ini Suria FM bersama dengan jenama Kak ELL yang cukup popular terutama dikalangan mereka yang aktif di tik tok akan menemui peminat setia mereka di 4 lokasi berbeza di seluruh negara sepanjang bulan Ogos ini.


Berkonsepkan sentuhan 90an, para peminat boleh menemui dj Suria FM berserta dengan artis-artis yang dijemput untuk membuat persembahan di lokasi berikut:-
  • Kuantan City Mall - Sabtu, 6 Ogos 2022
  • Aman Central Alor Setar Kedah- 13 Ogos 2022
  • Paradigm Mall Johor Bahru - 20 Ogos 2022
  • IOI Mall 2, Putrajaya - 27 Ogos 2022
Acara akan dimulakan jam 1.45 petang dan dijangkakan berakhir pada jam 6 petang, menampilkan 33  artis popular termasuklah artis legend 90 an dan juga artis baru. Antaranya seperti Ziana Zain, Ella, Dayang Nurfaizah, Zamani Slam, Amir Uk's, Alim Kris, Liza Hanim, Amelina, Muss (Mus May), Safura, Hatta Junction, Kumpulan Boboy, Poey Stings, Renggo (Arrow), Rahmad Mega, Man Bai, Wan (lestary), Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Amir Masdi, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Ara Johari, Afieq Shazwan, Dolla, Tajul, Wany Hasrita, Yonnyboii, Insomniacks, Floor 88, Nabila Razali, Fieya Julia, Iman Troye dan ramai lagi.

Kehadiran penyanyi baru dan lama di satu platform ini secara tidak langsung dapat memenuhi pilihan lagu pelbagai generasi pengunjung yang datang. Bagi penyanyi betul-betul baru dalam industri seperti Farah Rose, Wan Shazwa, Ahmad Shafiq, Farra Ahmad, Hakim Khan, Aiman Zaidi dan Syeera Aziz, siri jelajah ini menjadikan medan terbaik bagi memperkenalkan lagu mereka.

DJ Lin mengalukan kedatangan semua pengunjung bagi memeriahkan acara dan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyaksikan pesembahan artis hebat membuat persebahan.

Tidak ketinggalan juga sepanjang siri jelajah, ke semua penyampai radio Suria FM akan turut menyertai sama. Pastinya kehadiran Ajak, Suraya Borhan, Sharifah Shahira (Rara), Feeya Iskandar (Cik Piah), Tyzo, Anna J dan DJ Lin akan memeriahkan lagi suasana acara di atas pentas.

Penaja Utama Kak ELL
Jenama Kak ELL cukup dikenali terutama dikalangan pengguna tik tok . Menawarkan produk penjagaan wajah yang berkualiti serta telah mendapat pengiktirafan dari pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Dan sehingga kini terdapat 50 produk penjagaan wajah dibawah label Kak ELL.


Menurut pengasas produk Kak ELL iaitu Puan Sharmila Johan, pembabitan jenamanya bersama Suria FM adalah hasil tinjauan yang dilakukan bersama pengguna. Didapati rata-rata pengguna memang menjadi sebahagian pendengar setia Suria FM.

Bertolak dari titik itu, pada tahun 2021 Kak ELL telah mendapatkan segmen tajaan di slot petang dibawah pengendalian penyampai radio Tyzo dan Rara. Pembabitan ini siapa sangka menampakkan hasil dengan adanya peningkatan permintaan terhadap produk dan paling penting jenama Kak ELL menjadi semakin dikenali. Sehinggalah langkah seterusnya Kak ELL terus menjalani kerjasama bersama Suria FM - 'Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL '.

Untuk info jenama Kak ELL adalah dibawah Armila Group yang telahpun mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare dari Global Branding Awards. Produk penjagaan wajah Kak ELL menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terpilih. Mementingkan kualiti ramuan menjadikan produk dari Armila adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Seiring dengan perlaksanaan strategi yang komprehensif dan proaktif, tidak hairanlah jenama Kak ELL standing dengan produk antarabangsa.


Hadiah Menarik Menanti Pengunjung Bertuah
Berita baik untuk semua pengunjung Siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL, bukan sahaja dapat mendekati selebriti kesayangan mereka secara dekat. Terdapat juga aktiviti pentas yang menarik termasuklah menampilkan kumpulan busker sebagai persembahan pembukaan dan juga sesi bersama pengasas produk Kak ELL yang turut menawarkan pelbagai hadiah istimewa.

Di setiap lokasi siri jelajah, pengunjung boleh didapatkan barangan esklusif Suria seperti Combo Sejati, Combo Jalan Pulang, Combo Baldu Biru dan pelbagai lagi pada harga promosi. Bahkan dengan setiap pembelian, melayakkan pembeli untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah seperti motosikal, basikal lipat (folding bike), barangan elektrik dan pakej percutian yang jumlah keseluruhannya bernilai lebih dari RM100 ribu ringgit

Jangan lupa juga untuk dapatkan produk penjagaan wajah Kak ELL di booth sepanjang siri jelajah. Bukan sahaja pembeli boleh menikmati diskaun sehingga 20% untuk pembelian produk Kak ELL bahkan berpeluang juga menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM1000.

Jom meriahkan siri "Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL"
Ada persembahan artis, ada DJ SuriaFM, ada cabutan bertuah, ada SALE!!

Untuk maklumat lanjut boleh layari suria.my atau ikuti laman media sosial suria fm, bereh!

#jelajah90suria
#jelajah90suriamemangcantikKakELL
#kakell
#memangcantik


Berlangsungnya 'Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL' Sepanjang Ogos Di Lokasi Terpilih Seluruh Negara Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 02, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.