Variasi Hidangan Tradisi Bersempena Truly Malaysia Fest di Sofitel Kuala Lumpur Damansara


Variasi Hidangan Tradisi Bersempena Truly Malaysia Fest di Sofitel Kuala Lumpur Damansara- Sofitel Kuala Lumpur Damansara antara hotel 5 bintang yang cukup popular dengan kecantikan dan fasiliti yang disediakan memang terbaik. Salah satu restoran didalam hotel Sofitel Kuala Lumpur Damansara adalah kwee zeen by Asian Dining yang menawarkan pelbagai hidangan autentik dari Malaysia dan juga Asia. Terletak berdekatan dengan lobi hotel, ternyata restoran ini sentiasa menjadi tumpuan tetamu hotel terutama jika mereka ingin merasai hidangan tenpatan mahupun antarabangsa.


Terkini kwee zeen by Asian Dining Sofitel Kuala Lumpur Damansara menawarkan promosi Truly Malaysia Feast yang ditawarkan pada setiap malam Khamis bermula jam 6.30 petang sehingga 10 malam. 

Antara hidangan yang boleh dicuba seperti:

πŸ‘‰ Gulai Lemak Chili Padi Daging Salai (Negeri Sembilan)
πŸ‘‰ Botok-botok Sotong Kembang (Terengganu)
πŸ‘‰ Gulai Kambing Belimbing Muda (Perak)
πŸ‘‰ Opor Daging Wagyu (Pahang)
πŸ‘‰Pinasakan Sada Ikan Kod ( Sabah)
πŸ‘‰Mee Jawa (Sarawak)
πŸ‘‰ Chicken Curry Ala Kapitan (Melaka)

Botok-botok Sotong Kembang (Terengganu)

Gulai Kambing Belimbing Muda (Perak)

Opor Daging Wagyu (Pahang)

Ikan bakar

Pelbagai jenis gulai

Signature Udang Beradab by Chef Mizan

Korang kena cuba hidangan ini. Isi udang sangat berjus dengan gorengan bersama mentega yang menjadikan hidangan ini cukup sempurna.

Variasi roti

Daging bakar panas-panas

Kerabu di sini semuanya sedap dap ‘fresh’

Sate

Steamboat 

Hidangan melayu

Nasi ayam 


Spaghetti, mee dan pelbagai

Dimsum dan masakan Cina

Sushi 🍣 



Kek dan kuih muih

Buah-buahan tempatan

Air buahan segar

Serius! Terdapat pelbagai hidangan menarik citarasa rakyat Malaysia ditawarkan disini. Bagi saya pengenalan menu-menu ini bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk tempatan merasai pelbagai hidangan tradisi bahkan satu tarikan kepada pelancong dari negara luar.



Susunatur restoran sangat kemas dan cantik. Agak luas juga memudahkan lagi pergerakan tetamu yang datang untuk menikmati buffet yang disediakan.


Sambil menikmati hidangan, tetamu juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagiu klasik yang cukup memberi nostalgia dan juga lagu baru.


Memang sangat puas hati dengan hidangan-hidangan yang ditawarkan didalam buffet ini. Semuanya sedap dan menyelerakan.



Apatah lagi jika kita hadir bersama orang yang tersayang. Dapat menikmati lauk pauk lama yang cukup mengingatkan pada air tangan boda tercinta.

Jom cuba Truly Malaysia Feast hanya RM128 per pax di Sofitel Kuala Lumpur Damansara :-)

Variasi Hidangan Tradisi Bersempena Truly Malaysia Fest di Sofitel Kuala Lumpur Damansara Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 17, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.