Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON Big Danau Kota Dengan Kerjasama KPDNHEP WPKL

Berkesempatan  menghadiri ke Program Jualan Keluarga Malaysia bertempat di AEON Big Danau Kota memang saya tidak lepaskan. Apatah lagi terdapat pelbagai barangan keperluan harian yang ditawarkan sepanjang acara karnival. 

Acara yang dijalankan hanya selama 2 hari ini iaitu 13 dan 14 Ogos 2022 merupakan koloborasi diantara AEON BiG bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP WPKL). 

Selain itu turut diadakan acara konvoi 300 buah motosikal “Kembara Fun Ride” yang berlepas dari Stadium Bolasepak Kuala Lumpur ke AEON BiG Danau Kota. Memang meriah apabila kelihatan konvoi motor bergerak masuk ke tapak acara karnival. 

Untuk info program ini dijalankan juga bersempena dengan bulan kemerdekaan yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti jualan oleh AEON BiG dan pembekalnya, cabutan bertuah, pemberian produk sampel, pemeriksaan kesihatan dan pelbagai lagi.

Untuk rekod, AEON BiG telah bekerjasama dengan KPDNHEP sejak 2021 lagi bagi menjayakan Program Jualan Keluarga Malaysia. Program peringkat Wilayah Persekutuan ini secara rasminya bermula pada Disember 2021. Dan sehingga kini program ini masih berlangsung di mana akan dijalankan selama dua hari bagi setiap minggu yang terpilih.


Pengunjung yang hadir ke sini boleh mendapatkan pelbagai pilihan barangan keperluan asas yang dijual pada harga yang cukup berpatutan. Ini sebagai tanda usaha AEON BiG untuk terus membantu rakyat mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga lebih murah daripada pasaran.

Contohnya seperti ayam yang siap dipotong untuk 1 pek hanya RM10 sahaja. Sayuran didalam pek RM3, beras basmathi RM44 dan pelbagai lagi.


Tuurt ditawarkan beg Jimat Poket yang menawarkan produk-produk asas dari jenama terkemuka seperti Nestle, Yeos dan  pelbagai lagi yang dijual secara bundle didalam satu beg.

Istimewanya Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG Danau Kota ini melibatkan seramai 16 pembekal dan agensi Kerajaan yang akan membuat penjualan barangan keperluan pengguna pada harga yang lebih murah.  

Yang Berbahagia Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, KPDNHEP bersama Sheikh Farouk Sheikh Mohamed selaku Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn Bhd turut hadir memberi sokongan kepada Program Jualan Keluarga Malaysia.


Memahami dengan situasi  ekonomi semasa, AEON BiG sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyokong inisiatif bagi memudahkan pihak pelanggan mendapatkan barangan keperluan dengan mudah dan murah. Produk yang berkualiti dengan harga yang lebih rendah sentiasa menjadi matlamat utama untuk pelanggan, Secara tidak langsung dapat mengurangkan beban masyarakat setempat.

Apa lagi, jom sama-sama kita meriahkan Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON Big Danau Kota :-)

Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON Big Danau Kota Dengan Kerjasama KPDNHEP WPKL Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 14, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.