Review Filem : Gadis Jolobu The Movie



Review Filem : Gadis Jolobu The Movie - Malaysia sebenarnya kaya dengan kenikkan budaya dan bahasa. Apatah lagi ianya berkait dengan adat dan juga orang lama. Yup! Inilah apa yang ingin ditonjolkan dalam  filem terbaru arahan CL Hor yang diterbitkan oleh syarikat terkemuka Asia Pasifik Zebra Studio dan Tremendous Entertainment. 



Filem ini mengisahkan 3 sekawan bujang terlajak yang berkawan sejak mereka kecil lagi iaitu Atan (Dato' Hattan), Acong (Joey Daud) dan Ajoi (Khir Rahman).  Kononnya mereka menjadi bujang terlajak disebabkan lambat bersunat di waktu masa kecil.

Biarpun menjadi bujang terlajak namun ketiga pemuda tersebut sudah mempunyai pilhan hati masing-masing iaitu anak gadis dari kampung yang sama iaitu Lijah (Ahirine), Milah dan juga Ain. 

Jalan cerita simple, lontaran dialog yang bersahaja. Kisah komedi ringan yang mengangkat budaya minangkabau dengan lenggok-lenggok bahasa Negeri Sembilan yang cukup menghiburkan.


Umpama seperti filem muzikal, sepanjang penceritaan didalam filem diselitkan juga lagu serta nyanyian dari Dato' Hattan. Antara kekuatan dalam filem ini adalah senimatografi yang dipersembahkan. Sungguh indah pemandangan dengan rumah kecil minangkabau, kawasan sawah padi yang menghijau benar-benar menghidupkan susasan penceritaan. Pengambaraan telah dijalankan di Kampung Lonek Negeri Sembilan.


Budaya di waktu kenduri, aktiviti gotong royong menjadi satu amalan. Dan kita akan dapat lihat wanita negeri sembilan akan memakai telepuk, sejenis tengkolok yang berupa ikatan kain di kepala. Memang unik, cara orang lama.

Sepanjang menonton filem ini kita bukan sahaja dihiburkan dengan lawak jenaka selamba terutama dari watak Pak Leman orang lama yang juga bujang terlajak dan pekak. Bahkan penggunaan dialek bahasa Negeri Sembilan sepanjang penceritaan juga memang seronok didengar. Dan saya banyak belajar beberapa perkataan baru dialek Negeri Sembilan selepas menonton filem ini.

Apa yang pasti menonton filem terbitan karya anak tempatan sendiri yang ingin mengangkat budaya tanahair satu usaha yang patut kita sokong dan raikan. Moga warisan, budaya dan adat pepatih Negeri Sembilan tetap diceritakan biar selama mana keturunan.

Malam Preview Gadis Jolobu The Movie Cukup Meriah


Malam yang cukup bermakna yang turut dihadiri para VIP, pelakon utama, pengarah dan penerbit Gadis Jolobu The Movie.


Antara pelakon yang hadir ke majlis tayangan preview Gadis Jolobu The Movie. Turut bersama di sidang media adalah Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim dan Ahli Lembaga Pengarah Tremendous Entertainment, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan.


Farid Kamil hadir memberi sokongan kepada rakan sepejuangan dan industri perfileman negara.


Tahniah Dato’ Hattan. Satu percubaan yang berani memegang watak utama dalam Gadis Jolobu The Movie. Muzik skor dalam filem ini yang mengembalikan lagu hebat Dato’ Hattan memang best!

Jangan lupa untuk tonton Gadis Jolobu The Movie di pawagam yang berhampiran okieee👌
Review Filem : Gadis Jolobu The Movie Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 22, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.