TOY EIGHT Memperkenalkan Teknologi Inovatif Yang Dapat Membuat Saringan Awalan Tumbesaran dan Perkembangan Kanak-kanak


TOY EIGHT Memperkenalkan Teknologi Inovatif Yang Dapat Membuat Saringan Awalan Tumbesaran dan Perkembangan Kanak-kanak- Tidak dinafikan tahun-tahun awal sangat penting dalam tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Ramai dikalangan kita hanya mentafsirkan tumbesaran kanak-kanak hanya membabitkan perubahan fizikal sahaja tetapi hakikatnya banyak aspek lain yang perlu diteliti juga

Alat saringan perkembangan yang diperkenalkan oleh TOY EIGHT dapat membantu menilai pertumbuhan 
dan perkembangan kanak-kanak. 

Bagi mendapatkan penilaian menyeluruh, TOY EIGHT sebuah syarikat pemula niaga (startup) teknologi pendidikan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dari Jepun menyediakan penyelesaian bagi semua kanak-kanak termasuk mereka yang kelainan upaya pembelajaran bagi meneroka kemahiran serta mendapat bantuan dan sokongan yang relevan apabila mereka memerlukannya.

TOY EIGHT terletak di The Gardens Mall, tingkat 3.

 Disebabkan pilihan saringan di Malaysia agak terhad, TOY EIGHT telah mengambil peluang untuk memperkenalkan program saringan digital pertama negara hanya menerusi peranti telefon pintar. 

Satu tinjauan lapangan (soal-selidik)akan dilakukan ke atas ibubapa. Dengan output dari ibubapa serta kepakaran yang dimiliki TOY EIGHT, satu program saringan ini akan menilai perkembangan kanak-kanak dalam lima bidang utama iaitu:-
  • Motor  Kasar
  • Motor Halus
  • Pertuturan dan Bahasa
  • Perkembangan Kognitif
  • Tingkah Laku Sosial/Adaptif
Saringan perkembangan merupakan satu kaedah untuk mengenal pasti sama ada anak anda berisiko mengalami perkembangan yang terbantut atau sebagainya. Seperti golongan dewasa, kanak-kanak juga akan membesar mengikut rentak mereka sendiri. Sebab itulah sangat penting untuk memantau kemajuan mereka kerana mungkin juga anak berpontensi membabitkan masalah tumbesaran dan perkembangan.

Cabaran Pendidikan di Malaysia
Malaysia dilaporkan menjadi antara negara tertinggi yang mengalami masalah keciciran pembelajaran di kalangan negara Asia yang sedang pesat membangun, demikian menurut penyelidikan Bank Pembangunan Asia

Contoh terdapatnya segelintir kanak-kanak tidak dapat mengenali huruf pada usia lima tahun. Ini adalah satu cabaran dalam kemahiran bahasa. Dalam sesetengah kes pula terdapay kanak-kanak tidak boleh menuruni tangga tanpa sokongan. Dan ini jelas anak-anak ini mengalami masalah kemahiran sosial dan emosi yang agak ketara.

Salah satu aktiviti yang diperkenalkan di TOY EIGHT

Perkembangan kanak-kanak berubah apabila mereka melalui beberapa peringkat perkembangan dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam memahami perkembangan ini. Pencapaian perkembanagn mereka termasuk perkembangan asas seperti langkah atau perkataan pertama mereka.

 Justeru, TOY EIGHT mengambil inisiatif memperkenalkan teknologi inovatif ini bagi memastikan setiap kanak-kanak mendapat manfaat daripada saringan ini serta membantu ibu bapa memahami perkembangan anak mereka.

TOY EIGHT Memperkenalkan Teknologi Berinovatif
Di kebanyakan negara maju, saringan sering dilakukan secara terus oleh pakar. Melalui penggunaan peranti telefon pintar tunggal yang menggabungkan permainan, TOY EIGHT telah memudahkan prosedur saringan yang boleh dipelajari ibu bapa bagi mengetahui tentang peringkat perkembangan anak-anak mereka dalam persekitaran yang biasa bagi mereka. Ia direka untuk menyediakan pemeriksaan tahunan bagi kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun.


Saringan boleh didapati di Taman Permainan TOY EIGHT di The Gardens Mall. Sebagai taman permainan pertama yang dikhaskan untuk perkembanagn kanak-kanak, ia menampilkan pakar perkembnagan tempatan di Malaysia dan Jepun yang menyediakan pilihan perkhidmatan Coffee Chat untuk perundingan tanpa dirancang pada harga RM50 bagi setiap jam. 

     



Selain itu, TOY EIGHT juga menyediakan pilihan Play Together Observation yang merangkumi pemerhatian tidak formal terhadap kanak-kanak yang bermain di taman permainan disini.


Aktiviti ini dapat melihat daya kreativiti anak-amak.

Di samping itu, ia juga mewujudkan program kepada Taska dan Tadika yang membolehkan saringan dilakksanakan di sekolah jika mereka telah mendaftar dengan TOY EIGHT.


Masaki Ishibashi (Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif TOY EIGHT) dan Shun Matsuzaka (Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Kreatif TOY EIGHT)

Kami percaya, memahami dan menerima tahap perkembangan semasa kanak-kanak adalah langkah pertama dalam ilmu keibubapaan dan pendidikan. Mengenalpasti di peringkat awal ciri-ciri dan tahap perkembanagan kanak-kanak adalah penting untuk ibu bapa dan guru membuat keputusan tentang cara membesarkan mereka. Hanya selepas itu seseorang boleh memutuskan cara untuk mengoptimumkan aspek pembelajaran. Dari sudut pandangan ini, kami bimbang dengan fakta yang dilaporkan bahawa kebanyakan negara Asia tidak memiliki sistem nasional untuk menyaring perkembangan kanak-kanak.
kata Masaki Ishibashi, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif TOY EIGHT.


Mengakui bahawa setiap kanak-kanak memiliki keupayaan berbeza, TOY EIGHT meraih sokongan daripada universiti-universiti terkemuka negara, Universiti Malaya dan Sunway University, bagi membangunkan alat saringan dan mewujudkan norma nasional untuk menjadikan saringan tersedia secara meluas di Malaysia. Seterusnya, ia mendapat membantu ibu bapa muda mengenali sifat anak mereka secara semula jadi dan mengembangkan potensi diri dengan memahami karakter unik anak mereka, di sampinng mengenal pastikeimbangan dan kelewatan supaya mereka boleh mendapatkan bantuan awal daripada profesionall. Alat saringan tempatan ini memberi tumpuan kepada keupayaan perkembangan awal kanak-kanak seperti motor halus, kognitif, bahasa reseptif dan ekspresif.

(Dari kanan) Masaki Ishibashi, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif TOY EIGHT; Dr Woo Pei Jun, Ketua Jabatan Psikologi, Universiti Sunway; Dr Ponmalar N Alagappar, Timbalan Pengarah Pusat Latihan Internship & Pengayaan Akademik Universiti Malaya; Encik Mah Chun Wai, Pengarah & Ketua Pasukan, Perhubungan Pelabur InvestKL dan Shun Matsuzaka, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Kreatif TOY EIGHT pada pelancaran program saringan digital TOY EIGHT.


Bagi memastikan ketepatan saringan, pasukan projek yang terdiri daripada Universiti Malaya dan Sunway University, dan pakar Jepu telah menghabiskan masa berbulan-bulan dalam memuktamadkan serta menyetempatkan item ujian, menjamin kriteria penilaian berkualiti tinggi, dan mewujudkan norma untuk meminimumkan kesilapan manusia. Laporan saringan TOY EIGHT diterjemahkan dengan cekap dan mudah difahami. Jika terdapat mana-mana bahgian yang perlu ditangani, laporan itu akan memberikan pengetahuan asas dan ibu bapa boleh menggunakannya sebagai langkah pertama untuk mendapatkan bantuan atau menjalani ujian tambahan.

Menerusi kerjasama ini, kami menyasarkan untuk menangani isu sosio-pendidikan di Asia Tenggara dengan menjadikan penilaian perkembangan ini berpatutan dan boleh diakses sambil meningkatkan fahaman terhadap perkembangan kanak-kanak dengan pantas dalam komuniti dan kawasan berbeza.
kata Masaki.

Kemunculan TOY EIGHT 


Seperti namanya, angka lapan melambangkan tanda infiniti yang apabila diterbalikkan membawa maksud keupayaan dan potensi kanak-kanak yang tidak terbatas. 

Sifat paling berharga dalam kehidupan adalah pendidikan, namun persoalan kritikal di sini ialah mengapa anak-anak diwajibkan belajar tanpa memahami kebolehan mereka.


Oleh itu, idea di sebalik TOY EIGHT adalah untuk menjangkaui kehebatan seorang guru menerusi teknologi AI bagi meneroka keupayaan setiap kanak-kanak. Dalam masyarakat di mana pengiktirafan adalah terhad, TOY EIGHT percaya bahawa mereka boleh membina dunia di mana semua boleh menzahirkan bakat mereka.


Ramai pendidik di tadika menyatakan bahawa kesan positif ke atas laporan saringan ini terhadap komunikasi ibu bapa sekali gus membuktikan tahap keberkesanan TOY EIGHT. 

Apabila perubahan termasuk unsur-unsur yang tidak baik, segelintir ibu bapa merasa sukar untuk menerimanya, dan dalam situasi tertentu, guru turut menerima aduan meskipun kegagalan tidak selalunya berpunca daripada kekurangan perkembangan. Laporan saringan telah membantu mereka menyampaikan perkara ini dengan berkesan dan sewajarnya, di samping membantu mereka mendapatkan sokongan ibu bapa.


Memacu pasukannya ke tahap lebih tinggi, TOY EIGHT juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Greater Kuala Lumpur (GKL) Live Lab yang telah diperkenalkan oleh InvestKL, agensi berkaitan pelaburan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Inisiatif ini dibangunkan sebagai konsep bandar dengan menggunakan GKL sebagai tempat ujian bagi menjalankan aktiviti berintensitif pengetahuan dan inovatif, sambil mewujudkan kerjasama antara peserta industri serta institusi akademik.

Adalah penting untuk mengiktiraf dan menghargai semua anak muda. Kami telah memulakan saringan di peringkat pra sekolah. Kami akan bekerjasama dengan kerajaan, hospital, sekolah, dan pelbagai pihak berkepentingan untuk meningkatkan pemahaman ibu bapa dan mencapai keputusan yang diinginkan. Tiada sesiapa akan tercicir
kata Shun.

TOY EIGHT SolusiTerbaik Untuk Ibubapa
Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak berusia antara 3 hingga 5 tahun, saya yakin anda juga seperti saya yang sentiasa ingin mentahui mengenai perkembangan dan pertumbuhan anak. Ini terutamanya persoalan adakah anak kita benar-benar membesar mengikut umurnya - fizikal dan mental.

Apabila saya melihat sendiri bagaimana program saringan digital ini berfungsi. Saya yakin kita dapat jawapan yang dicari tentang pertumbuhan anak selama ini. Kaedah yang diperkenalkan juga menjadikan anak begitu selesa dan mereka akan melakukan aktiviti seperti yang dilakukan setiap hari secara semulajadi. 


Begitu juga dengan fasiliti yang disediakan di kawasan permainan TOY EIGHT. Terdapat banyak aktiviti disediakan bagi memudahkan pakar-pakar dari TOY EIGHT membuat penilaian menerusi tingkah laku dan respon terhadap aktiviti yang anak lakukan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.toyeight.com atau kunjungi mereka di tingkat 3, The Gardens Mall.



TOY EIGHT Memperkenalkan Teknologi Inovatif Yang Dapat Membuat Saringan Awalan Tumbesaran dan Perkembangan Kanak-kanak Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 15, 2022 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.