7 Sebab Kenapa Tilam ZINUS Menjadi Pilihan Keluarga Saya



7 Sebab Kenapa Tilam ZINUS Menjadi Pilihan Keluarga Saya- Sebagai ibu saya sentiasa mahikan yang terbaik untuk keluarga. Daripada perkara yang paling kecil sehinggalah sesuatu yang besar dan istimewa, sayalah ibu yang inginkan semuanya cukup sempurna. Ibarat 'Rumahku Syurgaku', bukan hanya menjadikan rumah tempat berlindung bahkan lebih daripada itu. Ini terutama di bahagian kamar tidur perlulah selesa terutama di tempat pembaringan dengan adanya tilam yang empuk yang dapat memberi rasa 'syurga' .


Mempunyai ahli keluarga yang ramai dan ditambah pula suami yang mengalami masalah tulang belakang, saya perlulah bijak mencari tilam yang terbaik. Diperkenalkan dengan jenama ZINUS, dengan lebih 1 juta review dari pengguna seluruh dunia merupakan jenama yang dipercayai keunggulan kualitinya.


Dan saya ringkaskan antara sebab kenapa tilam ZINUS menjadi pilihan setelah saya datang melihat dan mencubanya sendiri.  Apa yang boleh saya katakan memang sangat puas hati. Dari mula proses pembelian sehinggalah pemasangan, semudah ABC. 

7 Sebab Tilam Zinus Menjadi Pilihan Keluarga Saya
Berikut dibawah adalah 7 sebab yang saya ringkaskan kenapa tilam jenama ZINUS ini menjadi pilihan. 

1. World #1 Online Mattress & Furniture Brand serta World Largest Mattress-In-A-Box Manufacturer
Jenama ZINUS telah mendapat pengiktirafan peringkat global dengan 4.5 bintang diberikan. Selain itu jenama ZINUS ini juga telah dianugerahkan dengan World #1 Online Mattress & Furniture Brand serta World Largest Mattress-In-A-Box Manufacturer.

Untuk info, ZINUS diterajui oleh Mr Lee Yun-Jae pemegang Yonsei Political Science & Diplomacy berasal dari negara Korea malahan ZINUS juga antara syarikat tersenarai di Korea Stock Exchange (KRX).

2. Kepelbagaian Rekabentuk dan Saiz Tilam dan Katil Ditawarkan
Apabila berada didalam keluarga yang besar. Saya sentiasa untuk cuba memenuhi permintaan setiap hali keluarga. Apabila melihat pada siri tilam dan katil yang ditawarkan dari ZINUS memang ada kepelbagaian. Jadi memberi lebih banyak pilihan kepada ahli keluarga memilih.



Single Bed

Day Bed with Pull Out Bed

 day bed

Kita boleh memilih samada untuk katil dan tilam jenis saiz single, queen, king atau day bed dan double bed. Selain itu dengan kemasan metal dan kayu yang estetik begitu sesuai untuk dekorasi terutama yang bertemakan modern dan kontemporari. Tidak dinafikan rekaan yang sangat minimali menampakkan ruang kamar lebih kemas dan tersusun. Dan ZINUS mempunyai kriteria seperti itu!

3. Harga Berpatutan
ZINUS menawarkan tilam dan katil pada harga yang cukup berpatutan dengan memberikan revolusi teknologi terbaik. Ini sekaligus dapat meningkatkan nilai hidup penggunanya. Untuk info, jenama ZINUS sebenarnya sudah mendapat tempat dikalangan masyarakat Indonesia dan juga Singapura.


Harga yang ditawarkan adalah mengikut saiz katil dan tilam. Dan kita boleh dapatkan tilam pada harga serendah RM299. Memang sangat berbaloikan 😊

Sungguhpun masih baru di Malaysia, namun dengan harga yang cukup berpatutan kita boleh dapatkan secara terus melalui platform e-dagang Shopee dan LAZADA.


Tapi sekiranaya anda membeli tilam ZINUS dari laman web https://zinus.com.my/. Jangan lupa untuk masukkan kod AR25, akan ada lagi potongan sebanyak 25%. Memang sangat berbaloi!

4. Jaminan Keselesaan Dengan Teknologi Tilam Terbaik
Lebih daripada 260 paten dan tanda dagangan yang inovatif dihasilkan oleh jenama ZINUS. Apa yang lebih menarik dengan teknologi  lateks semula jadi, memory foam dan beratus independent pocketed springs ianya dapat memberi keselesaan dan kesesuaian mengikut bentuk badan anda. 


Dengan adanya independent pocketed springs dapat memberi sokongan yang stabil, memastikan anda sejajar dan bebas tekanan bagi mendapatkan kualiti tidur yang terbaik. Lapisan lateks semulajadi pula  membantu mencegah rasa sakit dan memberi rasa kelegaan. Manakala memory foam, akan mengikut lekuk badan anda, menjadikan tidur malam yang lebih tenang. UKeunikkan ini menjadikan anda lebih ceria dan segar sebaik sahaja bangkit dari tidur.

5. Pemasangan Mudah dan Praktikal
Apa yang lebih unik, tilam dan katil ZINUS ini didatangkan di dalam kotak yang saiz sederhana benar yang dikatakan mampu memuatkan tilam  setebal 12" saiznya.  Jadi bagi mereka yang tinggal rumah di bangunan strata seperti kondominium, pangsapuri dan sebagainya tidak akan mengalami apa-apa masalah untuk membawa tilam dan katil ZINUS naik ke atas rumah. 

Dengan teknologi "compressed technology" tilam akan kembali ke bentuk asal setelah 72 jam anda membukanya.

Konsep DIY turut diperkenalkan oleh ZINUS. Ini kerana telah disediakan tunjuk ajar cara pemasangan tilam yang cukup mudah difahami. Kit ahanya ikut araham yang diberikan. Ternyata konsep yang diperkenalkan memang sangat praktikal dan menyenangkan pembeli.

6. Penghantaran PERCUMA
Kebiasaannya apabila kita membeli barangan online, paling ditakuti adakah caj penghantaran yang dikenakan. Bayangkan jika jarak dan berat menjadi isu setiap kali pembelian atas talian dilakukan. Tapi di ZINUS, kos penghantaran adalah PERCUMA seluruh Malaysia. Dan penghantaran adalah melalui kurier yang dipercayai.

7. Jaminan 100 Hari, 10 Tahun Waranti
Produk di ZINUS Malaysia mempunyai waranti selama 10 tahun. Bayangkan korang boleh mencuba selama 100 hari untuk tempoh percubaan *tertakluk terma dan syarat. Jaminan ini bagi memastikan pelanggan benar-benar berpuas hati dengan setiap pembelian daripada ZINUS.


ZINUS juga menawarkan selama 10 tahun waranti untuk setiap pembelian tilam di bawah jenama mereka. Serius! Sangat berbaloi dan best. Bayangkan dalam tempoh 10 tahun ianya masih didalam waranti syarikat. Sekiranya ada apa-apa masalah kita boleh merujuk kepada pihak ZINUS. 

Jangan Lupa Dapatkan Tilam ZINUS Untuk Keluarga Anda
Jika anda tinggal berdekatan dengan Lembah Klang dan punyai masa, apa kata datang singgah ke ruang pameran ZINUS yang terletak di Puchong (bersebelahan dengan IOI Mall Puchong).

Alamat:
ZINUS,
No 1-1, Jalan Merbah 1, 
Jalan Puchong Jaya, 47170 Puchong, 
Selangor. 

Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat - 10am-8pm 
Sabtu/Ahad/Cuti Umum  - 12pm-8pm. 

Talian Pelanggan: 
011 3129 9882.


ZINUS menjadi pilihan keluarga,
Kualiti terbaik tidur lebih lena,
Harga promosi jimat belanja,
Pemasangan sendiri penghantaran percuma.

7 Sebab Kenapa Tilam ZINUS Menjadi Pilihan Keluarga Saya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 22, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.