Suria FM Perkenalkan 3 Penyampai Baru

Tahun baru, muka baru. Biarpun tidak semua tapi 3 penyampai baru telah diperkenalkan di Suria FM sebagai langkah strategik agar stesen radio ini terus relevan dan sentiasa diterima baik oleh masyarakat setempat serta pendengar Suria FM sendiri.


Antara barusan penyampai baru di Suria FM seperti Daro’ Fizz Fairuz, Chiwan Cilok dan Kai Hassan.


Dato’ Fizz Fairuz akan sertai Suraya dan Ajak di segmen Morning Morning Suria, Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam.


Manakala Kai Hassan akan ke udara di segmen Morning Morning Suria dan Carta Suria Top  40 sepanjang tempoh Suraya cuti bersalin.


Untuk segmen Suria Petang, Chiwan Cilok akan berganding bersama Rara (Sharifah Shahira) setiap Isnin hingga Jumaat, 3 petang sehingga 7 petang.

Terdapat pelbagai program disediakan kepada pendengar Suria FM. Antaranya seperti :-

Seikhlas Suria -  Wang tunai sebanyak RM24,000 bakal diberikan kepada pendengar setia Suria FM. Menarikkan! Bermula dari 22 Januari hingga 16 Febuari, pendengar hanya perlu menghantat Whatsapp bagi pendaftaran di segmen Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang atau Suria Cinta. Dan mereka yang berdaftar berpeluang memenangi RM300.

Ybae Suria Masuk Kampung - Satu program CSR bagi mendekatkan penyampai Suria bersama penduduk setempat. Di mana penyampai dan penduduk berpeluang untuk berbuka bersama. Cara penyertaan mudah sahaja, pendengar Suria boleh hantarkan penyertaan nana kampung dan kongsikan kenapa Ybae harus ke kawasan kampung anda.

Kempen Raikan Yang Dirai - Bersempena dengan kedatangan bulan ramadhan yang bakal tiba, Suria FM akan menghasilkan Drama Raya Suria 2024, lagu raya Suria dan pelbagai lagi.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web  suria.my ataupun ikuti media sosial Suria FM di IG, FB dan TikTok.

Moga terus sukses Suria FM!


Suria FM Perkenalkan 3 Penyampai Baru Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 19, 2024 Rating: 5

1 comment:

  1. Dato Fizz Fairuz jadi DJ pulak sekarang. all the best Suria FM

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.