GUARDIAN SEMARAKKAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DENGAN GLOWING BEAUTY, A HEALTHY JOURNEY

Guardian menyambut kedatangan Tahun Naga Tahun Baru Cina dengan pelbagai tawaran dan promosi produkterkini dan terhangat pada nilai luar biasa untuk semua pelanggannya.


Anna Ng, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, berkata;
Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan tahunan terrbesar dimana semua orang akan bersungguh-sungguh untuk tampil hebat dengan penampilan serta pakaian baharu terbaik mereka kerana ia adalah masanya untuk permulaan yang baharu.
Bertemakan ‘Glowing Beauty, Healthy Journey’ kami menguatkan lagi harapan Tahun Baru Cina (CNY) kami untuk para pelanggan dalam menyambut tahun baharu ini dengan tumpuan khusus terhadap penjagaan kesejahteraan dan kesihatan serta pengamalan gaya hidup yang harmoni dan seimbang.

Untuk itu, kami telah menyediakan rangkaian tawaran dan hadiah istimewa yang menarik untuk pelanggan kami untuk dijadikan hadiah buat orang tersayang, yang jauh mahupun yang dekat dan untuk diri mereka sendiri. Tawaran nilai istimewa ini terpakai untuk kebanyakan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkini kami, yang ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian, untuk membantu anda dan orang tersayang tampil dengan penampilan terbaik di Tahun baru Cina ini.

Untuk merancakkan lagi perayaan tahun ini, kami juga telahmemperkenalkan sebuah video muzik Tahun Baru Cina (CNY) yang ceria dan menghiburkan, menampilkan Jestinna Kuan, penyanyi dan Pencipta Kandungan Digital popular sertabeberapa watak lain termasuk pemenang Face of Healthy Beauty Guardian. 


Lagu multi bahasa yang rancak dalam bahasa Cina dan persembahan video yang menarik itu sangat menghiburkan namun bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang kepentingan memelihara hubungan baik dengan semuaorang, menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai dan menghidupkan tradisi budaya dan adat yang menjadikan sambutan Tahun Baru Cina begitu istimewa. Ini dipersembahkan menerusi watak Jestinna yang dikenali sebagai ‘Xiao Long Nu’.

Watak Xiao Long Nu yang moden dikunjungi oleh Xiao Long Nu Zaman Lampau yang mengingatkannya tentang tradisiTahun Baru Cina purba manakala Naga Guardian pula ialah penjaga kesihatan serta pelindung keluarga turun temurun. Xiao Long Nu moden turut menunjukkan beberapa petua menjaga kesihatan dan kecantikan menggunakan produk moden Guardian kepada Xiao Long Nu Zaman Lampau.

Untuk membantu pelanggan mendapatkan aura glamor berseri Tahun Baru, Guardian telah memperkenalkan ciri GlamAR pada Aplikasinya agar pelanggan dapat menerima nasihat pakar penjagaan kulit tentang produk yang paling sesuai untuk kulit mereka.

Ciri GlamAR akan menjalankan analisis kulit, menawarkan tip-tip penjagaan kulit seterusnya mencadangkan langkah penjagaan kulit dan produk yang sesuai untuk kulit anda. Pelanggan kemudiannya boleh membuat pembelian menerusi Aplikasi dimana produk akan dihantar ke rumah atau mereka boleh berkunjung sendiri ke stor fizikal untuk membelinya.


Pelanggan Guardian akan menikmati tawaran istimewa dari pada Pantene, Garnier dan Bio Essence disamping tawaran yang lain. Ini termasuk diskaun sehingga 50% untukproduk Kosmetik dan Penjagaan Kulit, potongan 60% untuk barangan kedua dengan SEMUA topeng muka kecantikan, balsem bibir dan semua warna rambut. Terdapat juga diskaun30% untuk semua produk pelangsingan badan, vitamin dan pemangkin kecantikan, serta Baucar Tunai Guardian RM20 dengan pembelian produk Penjagaan Kesihatan bernilaiRM188.




Dalam suasana perayaan yang penuh kegembiraan dan harmoni ini, pelanggan boleh membeli-belah di semua stor fizikal dan dalam talian Guardian untuk Pek Hadiah CNY yang memuatkan rangkaian produk kesihatan dan kesejahteraan mulai 27 Disember hingga 12 Februari 2024 untuk dihadiahkan kepada yang tersayang yang tinggal berjauhan. Ini termasuk Pek Hadiah CNY daripada Brands, Kinohimitsu, Ensure Gold dan Ecolite.


Jadikan Tahun Baru Lunar ini menakjubkan dengan mengunjungi stor Guardian terdekat anda atau dalam talian untuk mendapatkan hadiah CNY kesihatan dan kesejahteraan untuk diri anda dan yang tersayang.


GUARDIAN SEMARAKKAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DENGAN GLOWING BEAUTY, A HEALTHY JOURNEY Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 15, 2024 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.