HUAWEI Memperkenalkan Produk Berinovasi Berkonsepkan "Creation of Beauty'

Berkonsepkan "Creation of Beauty', HUAWEI Teknologi Sdn Bhd (HUAWEI Malaysia) telah memperkenalkan teknologi berinovasi tinggi menerusi empat produk terbaru yang pastinya dapat memenuhi keperluan pengguna dengan gaya urbanisasi  dalam meningkatkan produktiviti melalui pelaksanaan pelbagai tugasan. 


Antara produk tersebut adalah HUAWEI MatePad Pro 13.2”, HUAWEI MateBook D 16, HUAWEI FreeClip dan HUAWEI Watch GT 4 Light Gold.


HUAWEI MatePad Pro 13.2”
Produk HUAWEI MatePad Pro 13.2” memiliki peranti dengan ciri-ciri skrin OLED yang lebih fleksibel dan sistem audio terbaru bagi berinteraksi lebih mudah. Ianya juga dapat mendorang mencipta daya kreativiti manusia.


Menampilkan dua warna iaitu hitam keemasan dan hijau yang cukup anggun. Apa yang menarik paparan skrin juga lebih luas iaitu bersaiz 13 inci sememangnya sangat nipis. HUAWEI MatePad Pro 13.2”  juga sangat ringan iaitu hanya 580 gram sahaja.

Tablet ini berfungsi dengan lancar dengan peranti pengguna pertama di dunia yang dikuasakan oleh teknologi NearLink - stylus HUAWEI M-Pencil (generasi ke-3) yang dikuasakan oleh teknologi NearLink. Stylus ini dijual secara berasingan dengan  HUAWEI MatePad Pro 13.2".


Ini turut diperakui artis seni Karwai Chan yang cukup suka dengan ciri-ciri yang didatangkan bersama HUAWEI MatePad Pro 13.2” . Beliau boleh berekspresi dan melakar seni dengan lebih mudah dan penuh gaya. Bahkan hasil seni yang menggunakan HUAWEI MatePad Pro 13.2”  ternyata mempunyai ciri-asiri astetiknya yang tersendiri. Lebih kemas, mudah dan terperinci.


Harga yang ditawarkan bermula RM4,599 hingga RM4,999. Pra-tempahan HUAWEI MatePad Pro 13.2”  boleh dibuat mulai 9 Januari sehingga 25 Januari 2024.

Bonus bagi mereka yang mendapatkan  HUAWEI MatePad Pro 13.2” hari ini, terdapat pelbagai hadiah percuma bernilai RM3,145. Ini  termasuklah papan kekunci magnetik, HUAWEI M-Pencil, HUAWEI Frebuds Pro 2 dan juga HUAWEI Sounds Joy.

HUAWEI MateBook D 16 
Manakala HUAWEI MateBook D 16 generasi ke-13 merupakan inovasi terbaru dengan menyediakan sistem pemprosesan pantas menggunakan teknologi siri H Intel Core i9. Didatangkan bersama skrin besar berukuran 16 inci dengan ciri-ciri mudah alih dan ringan.


Dengan ciri Super Device membolehkan pengguna memanfaatkan kelajuan memproses peranti dengan pantas bagi meningkatkan produktiviti yang lebih cekap.


HUAWEI MateBook D 16 generasi ke-12 Intel Core i5 boleh didapati dengan harga bermula RM2,899 sehingga RM3,199 dan pra tempah boleh dibuat bermula 9 Januari sehingga 2 Februari 2024.

HUAWEI FreeClip
HUAWEI turut menampilkan produk FreeClip dengan teknologi audio yang lebih terbuka bagi memenuhi pilihan pengguna sama ada untuk bersukan, kegunaan korporat mahupun bersantai. Terdapat dua warna iaitu ungu serta hitam.


Inspirasi seni Baroque, produk tersebut turut menampilkan bentuk lengkungan telinga yang lebih dikenali sebagai ‘comfort bean’ yang lebih ergonomik. Dengan penggunaan bola akustik, ia membantu memberi keselesaan selain selamat dan mengikat fon telinga tanpa menyebabkan ketegangan pada kulit serta rawan telinga.


Dicipta melalui teknik kejuruteraan ketepatan dan berdasarkan bentuk telinga 10,000 pengguna, ia menempatkan 9 wayar teras dan wayar memori untuk pengambilan bunyi berkualiti tinggi dan boleh beroperasi mengikut gerak isyarat yang lancar.

 HUAWEI FreeClip boleh didapatkan pada harga RM899 dan kita boleh dapatkan secara terus tanpa membuat sebarang pra tempahan.

HUAWEI Watch GT 4 Light Gold
Huawei telah memperluaskan rangkaian HUAWEI WATCH GT 4 41mm siri dengan tambahan baharu kepada pengenalan  HUAWEI WATCH GT 4 41mm Light Gold. Ianya lebih inovatif dan bergaya. 


HUAWEI Watch GT 4 Light Gold yang boleh dibuat pra tempahan dengan harga RM1,299 bermula 9 Januari sehingga 1 Februari 2024.


Hadiah percuma bernilai RM516  diberikan termasuklah HUAWEI FreeBuds SE, HUAWEI EasyFit Fluoroelastomer Strap dan satu tahun jaminan lanjutan.

Banyak promosi dan hadiah menarik ditawarkan bersempena dengan pelancaran HUAWEI "Creation of Beauty", jangan lupa untuk dapatkan. Buatlah pra-tempahan dari sekarang!
HUAWEI Memperkenalkan Produk Berinovasi Berkonsepkan "Creation of Beauty' Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 10, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.