Jom dapatkan Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Ng & Singh

Klinik Pergigian Ng & Singh telah dibuka di Bukit Sentosa Rawang Selangor secara rasminya pada 6 Januari 2024. Ianya merupakan klinik pergigian pertama di bawah kumpulan Klinik Perubatan Ng & Singh yang sememangnya cukup popular di kalangan penduduk kawasan Rawang dan Serendah.


Dikendalikan sepenuhnya oleh Dr Alysharoop Kaur Gill yang cukup berpengalaman dalam bidang  orthodontics. Jika sebelum ini Dr Alysharoop mempunyai pengalaman bekerja dengan klinik kerajaan dan swasta, namun untuk tahun 2024 merupakan lembaran baru untuk Dr Alysharoop melangkah lebih maju ke hadapan dengan membuka klinik pergigiannya sendiri.

Dr Alysharoop Kaur Gill 


Atas sokongan suami dah ahli keluarganya maka terlahirlah Klinik Pergigian Ng & Singh yang menawarkan pelbagai rawatan pergigian dengan caj yang dikenakan cukup berpatutan. Ini juga antara impian Dr Alysharoop untuk memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat setempat yang ada masalah berkaitan dengan gigi.



Untuk info, Klinik Pergigian Ng & Singh dibuka setiap hari kecuali Isnin. Untuk hari bekerja Selasa sehingga Jumaat waktu operasi adalah diantara jam 9 pagi hingga 7 malam. Manakala pada hujung minggu dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari.



Lokasi Klinik Pergigian Ng & Singh  memang cukup strategik, berada di deretan kedai yang menyediakan kemudahan parkir yang cukup banyak. Memasuki ruang didalam klinik juga memberikan kita rasa cukup tenang dan selesa. Dekorasi minimalis dengan ruang yang agak luas menjadikan pesakit yang datang boleh lebih rasa santai untuk hadir membuat rawatan pergigian di sini.


Promosi rawatan pergigian juga cukup menarik. Contohnya seperti sekarang ada promosi Scaling & Polishing pada harga RM79 sahaja. Promosi sehingga 31 Januari 2024.  Memang sangat berbaloi dan murah.




Terdapat Whitening promo juga tau!
1 session RM199
2 session RM399
3 session RM599

Begitu juga dengan rawatan-rawatan pergigian yang lain seperti cabut dan tampal gigi, pemasangan braces, minor oral  surgery, crown dan bridge fabrication.


Jika korang berkesempatan jom dapatkan rawatan pergigian di Klinik Pergigian Ng & Singh. Untuk info pertanyaan, boleh hubungi melalui :-

Fecebook  : https://www.facebook.com/profile.php?id=100090235398754&mibextid=LQQJ4d

Improving Smiles Together :-)

"Improving Smiles Together"

Jom dapatkan Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Ng & Singh Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 08, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.