Rosezie Collection Mengekalkan Rekaan Melayu Klasik Untuk Koleksi Raya 2024

Rekaan simple tapi tetap tampil esklusif. Sememangnya rekaan melayu klasik tidak akan lapuk dek hujan tak lekang panas. Masih relevan dari dulu dan sampai bila-bila. 

Rosezie Collection antara butik yang ada menawarkan koleksi-koleksi pakaian yang masih mengekalkan rekaan melayu klasik dalam setiap koleksi pakaiannya.


Diusahakan oleh seorang wanita yang cukup dedikasi, Puan Ruziyati Mohamed yang telah memulakan perniagaan pakaian sejak tahun 2012. Bermula dari perniagaan kecil-kecilan, membuka booth di acara jualan dan karnival, sehinggalah beliau berjaya memiliki kedai sendiri di Uptown Shah Alam.


Namun siapa sangka dengan penyertaan jenama Rosezie Collection bersama acara gergasi Starvendors, membuka peluang lebih besar dalam bidang pemasaran dan perniagaan pakaian yang diusahakan. Pelanggan bukan sahaja boleh dapatkan koleksi pakaian Rosezie Collectio daripada butik fizikal dan acara karnival. Bahkan jenama ini turut menawarkan jualan di atas laman web mereka sendiri di www.roseziecollections.com.

Harga yang ditawarkan cukup berpatutan. Boleh dikatakan harga setiap pakaian yang dijual memang mempu milik dengan kualiti pakaian yang terbaik. Pakaian yang ditawarkan dari Rosezie Collection ini juga bukan sahaja boleh digayakan di hari raya bahkan sesuai untuk sebarang acara keraian dan juga boleh dijadikan pakaian ke pejabat.

Koleksi Raya 2024
Untuk tahun 2024, Puan Ruziyati turut nelancarkan beberapa koleksi pakaian terbaru dari jenama Rosezie Collection. Ianya juga adalah serentak dengan jualan gudang di hadapan butiknya di Seksyen 7,  bagi membuka peluang pada mereka yang berminat untuk mendapatkan baju raya lebih awal.

Kurung Riau Kalsom Sulam


Selain kurung Riau Kalsom Sulam yang sudah 4 tahun diperkenalkan di pasaran, koleksi baju kurung pahang cekak musang Puspawangi, antara rekaan terkini yang diperkenalkan untuk koleksi raya 2024. Menggunakan fabrik cotton santana yang cukup sesuai dengan keadaan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun di Malaysia. Fabrik sejuk dan sangat selesa, paling penting tidak perlu beria menggosok (less ironing).

Cekak musang Puspawangi

Rekaan cekak musang Puspawangi adalah baju kurung pesak yang tidak terlalu kembang, ada sulam dibahagian lengan dan hadapan baju, leher cekak musang dan mempunyai butang dihadapan baju. Dengan rekaan kain ‘ Lipat Batik’ selisih dihadapan yang luas memudahkan setiap langkah pemakai apabila berjalan lebih berkeyakinan dan sofistikated.




Antara koleksi lain adalah seperti Moden Seroja, Moden Mawar, Ardini Lace, Kurung Elly, Kebaya Songket Tun Teja, Kebaya Salamo, Kebaya Shantung Fatima, Kebaya Che Som, Kaftan Simpul Kasih dan Jubah Abaya Saffiyah.

Kebaya Songket Tun Teja

Ardini Lace

Jubah Abaya Saffiyah

Jenama The Syed Menawakan Koleksi Pakaian Lelaki
Penambahan juga pada koleksi ibu dan anak dan seisi keluarga. Di mana pelanggan boleh sahaja boleh mendapatkan pakaian untuk anak-anak, bahkan untuk koleksi lelaki jenama The Syed turut diperkenalkan. Antara pakaian di bawah jenama The Syed seperti baju melayu (baju melayu Atma dan baju melayu Amsyar) serta kurta (kurta ideris, kurta alwi dan kurta azhan) ditawarkan pada harga bawah RM250.



Jenama The Syed ini diuruskan oleh anak lelaki Puan Ruziyati Mohamed yang sememangnya berminat dalam bidang perniagaan. Dengan adanya koleksi lelaki sekaligus membuka peluang kepada pelanggan Rosezie Collection untuk mendapatkan pakaian seisi keluarga dengan warna sedondon.


Saiz ditawarkan adalah dari kanak-kanak seusia 6 bulan sehingga dewasa 5XL. Pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan custome made memandangkan Rosezie Collection mempunyai tukang jahitnya sendiri.

Jualan Gudang dan Promosi
Bersempena di acara pengenalan koleksi untuk raya 2024, semua pakaian dibawah jeama Rosezie Collection diberikan diskaun 10%-15%. Turut hadir ke acara adalah pelakon Faezah Elai bersama suami, Dato' Ifa Raziah, penyanyi Sabhi Sadhi, Syean Mokhtar dan Kak Rose yang cukup popular sebagai perunding imej konsultan Air Asia.


Semoga jenama Rosezie Collection terus melangkah lebih jauh lagi dan konsisten sebagai jenama pakaian mampu milik yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Rosezie Collection Mengekalkan Rekaan Melayu Klasik Untuk Koleksi Raya 2024 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 29, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.