Movie Review : Pendekar Awang - Darah Indera Gajah

Pendekar Awang : Darah Indera Gajah merupakan filem biopik yang mengangkat sejarah epik pahlawan yang tidak didendang. Filem yang berdurasi 110 minit ini merupakan filem terbaru terbitan Studio Kembara dan bakal memasuki pawagam pada 11 Januari 2024. 

Naskah yang mendapat sentuhan dua pengarah iaitu Shahruddin Dali dan Saiful Reza ini mengangkat kisah perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang berani bangkit mempertahankan tanah melayu.


Penceritaan tentang “Pendekar Awang” ini berlaku selepas kebangkitan pahlawan melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. Ianya dikatakan sekuel filem Mat Kilau, tentang apa yang terjadi kepada Pendekar Awang selepas kematian dua sahabatnya..

Sinopsis Filem
Mengisahkan tentang Pendekar Awang bersama pahlawan yang lain membantu melindungi Tok Gajah ketika British secara besar-besaran memburu Tok Gajah.


Apabila British mendapat tahu Tok Gajah meramcamg ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah. 

Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong (ayah mertuanya) yang telah ditangkap British dan pada masa yang sama beliau juga perlu memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. 


Dalam usaha Awang mahu menyelamatkan Haji Sulong dan Tok Gajah, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. 


Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?

Kalau nak tahu cerita selanjutnya kenalah tonton filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah.

Watak dan Pelakon Yang Menjayakannya

Pendekar Awang - Fattah Amin
Sayang - Nur Fazura
Tahir - Nadhir Nasar
Tok Gajah - Wan Hanafisu
Hj. Sulong - Nam Ron
Andak - Amir Ahnaf
Siti - Heliza Helmi
Minah - Hazwani Helmi
Besah - Tissa Biani
Tobah - Amerul Affendi
Kapten Syers - Geoff Andre Feyaerts
Kodi - Hasnul Rahmat
Jalak - Ruzaidi Rahman
Nadim - Syed Ali Murtadha
Brahim - Ali Karimi

Pendekar Awang (Fattah Amin)

Antara yang rapat dengan Mat Kilau satu masa dulu dan merupakan anak didik Tok Gajah. Seorang pahlawan yang cukup garang, tegas, berani dan hebat memanah. 

Sayang (Nur Fazura)

Anak perempuan Haji Sulong yang merupakan isteri kepada Awang. Seorang yang tegas dan menjadi ketua srikandi yang hebat dalam silat dan memanah. Sayang seorang isteri yang cukup memahami isi hati dan pejuangan suaminya.

Tahir (Nadir Nassar)

Tahir merupakan dik kepada Sayang, anak lelaki Haji Sulong. Minatnya terhadap ilmu alam sangat disokong kakaknya Sayang dan Awang. Anak lelaki muda yang berfikiran jauh, hebat dalam ilmu tabib, ilmu alam, ilmu hayat dan punyai bakat dalam survival skill.

Review Saya
Pendekar Awang Darah Indera Gajah. Bukan kisah sebarang pendekar. Ianya adalah inspirasi dari kisah sejarah di waktu penjajahan satu masa dulu.

Filem biopik yang mengangkat seni silat dan memanah ini cukup menarik. Apatah lagi dengan kemunculan watak-watak srikandi mencantikkan lagi naskhah ini.


Semua pelakon ternyata menjiwai watak dengan baik.  Gabungan Fattah sebagai Pendekar Awang bersama Sayang iaitu Fazura mengembalikan kerinduan peminat untuk melihat pasangan ini dalam satu naskah yang sama.


Saya paling suka dengan watak Tahir lakonan Nadhir Nassar. Biarpun ini filem pertama beliau, namun tidak dinafikan bakat anak muda ini ternyata mampu pergi lebih jauh. Harap lepas ini dapat jumpa ‘Tahir’ di layar perak yang lain.

Begitu juga dengan watak Kapten Syers, Tobah, Haji Sulong, Tok Gajah, Andak dan ramai lagi. Watak-watak yang dapat membuatkan kita rasa sedih, marah dan kagum.


Menonton filem ini sedikit sebanyak dapat menyuntik sentimen sayangkan tanahair dalam diri. Sebagaimana pejuang dulu bermatian mempertahankan sehingga titis darah terakhir, begitulah kita generasi yang masih di bumi bertuah -  Tanah Melayu.

Kredit juga perlu diberikan pada pengarah aksi atas segala bunga silat yang tak pernah lapuk dek hujan, seni pertahanan diri yang menjadi kebangaan dari dulu sehingga kini. Begitu juga dengan sinematografi filem yang sangat cantik. Nampak aura klasik pemandangan yang cukup indah sekali.

Jom tonton filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah di pawagam yang berdekatan!


Movie Review : Pendekar Awang - Darah Indera Gajah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 04, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.