Prasekolah Todak Kids Cyberjaya

Tidak dinafikan semua ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Terutamanya didalam bidang pendidikan. Pemilihan pusat pembelajaran terbaik dari awal pendidikan sentiasa diberi penekanan. Menyedari tentang keperluan ibubapa hari ini, prasekolah Todak Kids cawangan Cyberjaya telah diperkenalkan.


Tidak dinafikan pendekatan belajar sambil bermain di tadika  atau taska memang sangat diterima oleh masyarakat di Malaysia. Pendekatan ini dilihat sangat berkesan dalam membantu kanak-kanak dalam pembelajaran dan perkembangan mereka berbanding pembelajaran secara formal. Menyedari keperluan tersebut, prasekolah Todak Kids dilancarkan yang memfokuskan 3 elemen utama. Ini termasuklah :-
  • Islamik
  • Pembelajaran berasaskan permainan digital 
  • Alam semulajadi
Pembelajaran Permainan Digital
Todak Kids merupakan antara prasekolah pertama di Malaysia yang menggunakan pembelajaran permainan digital/ computer (Game Based Learning) sebagai elemen pembelajaran utama.


Ini adalah satu pembelajaran interaktif yang dapat membantu kanak-kanak dalam pendidikan awalan mereka.  Permainan digital bukan sahaja mudah diikuti bahkan boleh menarik minat kanak-kanak.


Suasana kelas juga sangat kondusif. Perletakan alat bantuan pengajaran, susunatur perabot sangat kemas dan tersusun.






Hari Terbuka Prasekolah Todak Kids
Bagi memberi peluang masyarakat setempat untuk mengetahui lebih lanjut tentang prasekolah ini. Todak Kids telah mengadakan hari terbuka pada 13 Januari 2024.


Acara hari terbuka ini juga telah dirasmikan buat julung kali oleh Ketua Pengarah Todak Holding Sdn Bhd, En Khairul Azlan dan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy, En.Mohamad Taufik Rizal Aminuddin 


Di majlis perasmian tersebut ibubapa yang hadir berpeluang menonton demo game based learning dan enrichment program yang diperkenalkan dalam silibus pembelajaran Todak Kids.


Kehadiran karakter kartun Didi and Friends sememangnya memeriahkan lagi majlis hari terbuka yang dianjurkan.  Anak-anak yang hadir pastinya begitu teruja dapat sama-sama menyanyi dengan karektor kartun kegemaran mereka.

Para ibubapa yang ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Todak Kids cawangan Cyberjaya boleh menghubungi Pn Shikin +60 12 227 1041 dan boleh juga lawati IG dan FB rasmi Todak Kids.

Prasekolah Todak Kids Cyberjaya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 14, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.