Jom Sertai Wacana Srikandi Bersempena Dengan Hari Wanita Sedunia

Jom Sertai Wacana Srikandi Bersempena Dengan Hari Wanita Sedunia - Bersesuaian dengan tema Hari Wanita 2024, 'Memperkasakan Wanita, Mengarus Perdana Gender', SACC Convec San. Bhd. (SCSB) dengan penuh takzim mengumumkan pelancaran program yang julung kalinya diadakan iaitu Wacana Srikandi.


Program ini adalah bersempena dengan Hari Wanita Sedunia. Acara ini bakal diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 5 Mac 2024. Apa yang menarik acara penuh bermakna ini akan dirasmikan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan  Masyarakat, Yang Berhormat Dato' Seri Hajah Nancy Shukri. 

Program Wacana Srikandi bertujuan untuk memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan. Dengan tema 'Memperkasakan Wanita, Mengarus Perdana Gender', program ini menawarkan pelbagai acara menarik yang akan menyentuh aspek keusahawanan, seni dan pembangunan diri
ujar Puan Azlina, Ketua  Pegawai Eksekutif SCSB dalam sesi sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Penampulan Istimewa
Acara ini turut menampilkan secara eksklusif  artis terkenal seperti Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel. Ketiga penyanyi kesayangan wanita di Malaysia akan menyampaikan beberapa lagu hits mereka bersesuaian dengan Hari Wanita.


Antara intipati sepanjang program termasuklah forum dari tokoh-tokoh usahawan di Malaysia yang akan dikendalikan oleh personaliti terkenal iaitu Fedtri Yahya untuk membicarakan aspek ekonomi dan sosial.

Panel- panel yang bakal hadir ialah Aliza Ali (Pengasas Chatime Malaysia), Aleeya Zailan (Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd) dan penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor, Puan Mashitah Mohd Afandy.

Forum ini dijangka memberi pencerahan kepada para tetamu yang hadir mengenai peranan penting wanita dalam dunia yang kian mencabar ini.

Pusat Konvensyen Shah Alam akan furut menyajikan menu-menu istimewa yang dihasilkan oleh Cef terkenal bermula dari pembuka selera, hidangan utama hingga ke pencuci mulut.

Terdapat juga pertunjukan fesyen daripada pereka terkenal iaitu Jedan dengan rekaan eksklusif bertemakan Cahaya di Aidilfitri yang akan memperagakan 30 pasang baju raya dan ianya direka khas sempena program Wacana Srikandi ini.

Terima Kasih Penaja
Penganjuran acara lebih sukses dengan adanya  para penaja yang terdiri daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penaja utama dan para penaja lain iaitu Menteri Besar Incorporated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Argania, Ferraflora dan dengan kerjasama Thrillerz dan Ticket2u.


Buat wanita semua, jika berksempatan jomlah sertai program Wacana Srikandi ini bagi bersama-sama menyambut Hari Wanita Sedunia. Dengan pengisian yang cukup menarik. korang boleh buat  pembelian tiket melalui www.myticket.asia




Jom Sertai Wacana Srikandi Bersempena Dengan Hari Wanita Sedunia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 25, 2024 Rating: 5

1 comment:

  1. Dulu kan I ingat Hari Wanita Sedunia ni dalam bulan Ogos sebab jatuh tarikh yang sama dengan birthday kawan I tapi sekarang tak sambut bulan Ogos lagi ke?. Asal Ogos je I akan ingat la nak wish dia.....

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.