Gelombang Ekonomi Baru di Kawasan Lembah Klang - Misi Rakyat Petaling Jaya (MRPJ)

Program pertama bagi Tahun 2024 membuka tirai dengan Majlis Mini Karnival melibatkan Golongan Belia dan Komuniti Petaling Jaya.


Tapak lokasi Program yang sangat strategik untuk Belia dan Masyarakat Petaling Jaya hadir untuk makan minum dan berhibur bersama-sama keluarga mahupun rakan. Peniaga - peniaga yang terlibat juga agak ramai dan akan berniaga di kawasan yang bersih serta lanskap yang sangat menarik dan indah.

Tarikan Kepada Masyarakat Setempat
Berdekatan dengan pintu masuk Utama Universiti Malaya ( UM ) dan MAHSA University. Ini memberi kan kelebihan kepada

pelajar - pelajar untuk keluar makan bersama sama rakan atau lebih mudah hanya tempah makanan melalui sistem 

Makanan yang ditawarkan di Apps  MiSi menawarkan harga yang cukup murah dan berbaloi sesuai untuk pelajar. Apps Misi LOKAL yang satu-satunya  mengekalkan harga makanan minuman sama harga di kedai.

Selain itu penganjuran Program Mini Karnival ini bertujuan untuk meraikan kemenangan pemain pemain bolasepak Maxiborn disamping itu mempromosi Apps Misi dan Tapak Evo PJ City, Petaling Jaya.

Kemunculan Tetamu Istimewa 

Kehadiran Fredo Flybaits memeriahkan lagi suasana Program Mini Karnival ini dengan Persembahan yang bertenaga dan kemerduan suara emas Lagenda 80an ini pastinya menjadi tarikan pengunjung.

17 Pengurus  wakil kawasan misi Lembah Klang hadir

Fredo juga akan menyampai kan Sijil Penghargaan kepada 17 Wakil Pentadbir Kawasan Misi Rakyat seluruh Malaysia. 

Selain Fredo, YB Dr Afif juga hadir memberi suntikan semangat kepada Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn dan MiSi Rakyat Petaling Jaya.

Ianya sebagai tanda sokongan dalam memajukan sukan dan ekosistem Ekonomi di Petaling Jaya. YB Dr Afif turut menyampaikan hadiah kepada semua pemain Maxiborn FC.

Founder Misi

 Tuan Pengasas Misi Yakni Nur Ahmad Faiz bin Mohd Azmi ( Founder Misi ) turut hadir ke Majlis Mini Karnival. Kehadiran beliau memeriahkan lagi suasana dan di sambut dengan penuh kegembiraan dan keceriaan. 

Barisan Pentadbir Pengurus MiSi Kawasan Petaling Jaya

Ariff Fadli mewakili Pentadbir Kawasan Petaling Jaya (MRPJ) dan juga Presiden Kelab  memyatakan bahawa program seperti ini dapat mendekat kan kita kepada golongan Belia dan Komuniti. Oleh itu Program Seterusnya akan diadakan pada bulan Februari 2024 akan menjadi lagi lebih besar dan hebat. Program ini akan dapat mempromosi kan Aplikasi Misi dan juga sukan secara meluas dengan lebih baik lagi. Rakyat sihat dan kuat maka Rakyat Bijak dalam berbelanja hanya di Apps Misi. 

Pendaftaran adalah PERCUMA

Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn bersama Pentadbir Kawasan Petaling Jaya (MRPJ) amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Program Mini Karnival Belia dan Komuniti Petaling Jaya. Terutama kepada Pengurusan Tapak Evo PJ City,  Petaling Jaya dan Fredo Flybaits kerana memberi sumbangan Besar kepada Program dalam menjayakan penuh penghormatan dan kelancaran program.

Gelombang Ekonomi Baru di Kawasan Lembah Klang - Misi Rakyat Petaling Jaya (MRPJ) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 10, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.