Pembukaan Rasmi Ibu Pejabat Speed Car Auto Parts Sdn Bhd

Speed Car Auto Parts Sdn Bhd peneraju dalam industri mesin dan alat gantian penyaman udara kereta melangkah satu tapak ke hadapan lagi dengan membuka ibu pejabat (HQ) secara rasminya di Kawasan Perindustian Alam Impian Shah Alam. Ini adalah sejajar dengan misi syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan (pemilik bengkel) dalam perkhidmatan penyaman udara kereta.



Seperti yang kita maklum, Malaysia adalah negara tropika yang cuacanya panas dan lembap sepanjang tahun. Pastinya penghawa dingin telah menjadi "keperluan" yang sangat penting dalam kehidupan orang Malaysia. 

Hampir setiap jenis pengangkutan sangat perlukan penghawa dingin. Oleh itu, untuk memastikan kelancaran operasi penghawa dingin, penyelenggaraan berkala amat penting. Ini bukan sahaja boleh memanjangkan hayat perkhidmatan penghawa dingin, tetapi juga dapat mengelakkan perbelanjaan wang dan tenaga yang banyak ketika mesin tergendala.



Mesin penyelengaraan yang ditawarkan oleh Speed Car Auto Parts Sdn Bhd dapat mengesan bahagian mana penghawa dingin dalam kereta perlu dibersihkan. Ini sekaligus dapat mempertingkan lagi efisien dari segi kerja servis penyaman udara kereta.

Penubuhan Speed Car Auto Parts Sdn Bhd
Speed Car Auto Parts Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2018 dengan memberi tumpuan kepada pemborongan, pembersihan dan kitar semula sistem penghawa dingin serta mesin dan alat ganti penyaman udara automotif dalam industri alat ganti kereta Malaysia. 

Yap Kwee Heng, salah seorang pengasas Speed Car Auto Parts Sdn Bhd berkongsi bahawa tumpuan asas syarikat tersebut pada permulaannya adalah dalam perniagaan alat ganti penyaman udara automotif. Apabila jualan meningkat, beliau menyedari bahawa apabila pelanggan menghadapi masalah dengan mesin pembersh penghawa dingin yang dibeli, pihak lain tidak dapat memberikan perkhidmatan dan pembaikan serta merta, dan ini memberi inspirasi kepada beliau untuk berfikir memperkembangkan perkhidmatan dan kebolehan syarikatnya.


Beliau telah membuat keputusan untuk memperkenalkan mesin ini ke pasaran dan menyemak setiap bahagian mesin serta pengurusan produksi untuk memastikan bahawa setiap butiran telah disemak dengan teliti. Selain itu, syarikat beliau turut membuat keputusan strategik berorientasikan menang-menang dengan tawaran pilihan penyewaan atau pembelian mesin untuk mengurangkan beban pengguna.

Dalam konteks persaingan pasaran yang sengit, apabila kesedaran pengguna terhadap perlindungan hak mereka semakin meningkat, serta konsep penggunaan mereka turut berubah, mereka tidak lagi hanya memberi tumpuan terhadap produk itu sendiri, tetapi lebih bersedia untuk memilih syarikat yang menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang.

Ini juga selaras dengan prinsip operasi syarikat, bahawa perkhidmatan jualan ditetapkan sebagai piawai terpenting. Yap menekankan bahawa: 
Walaupun proses membeli sebuah mesin adalah mudah, tetapi perkara yang selalu membimbangkan pelanggan adalah kekurangan perkhidmatan dan pembaikan yang tepat pada masanya apabila berlaku masalah dengan mesin. Oleh itu, penyediaan perkhidmatan pembaikan mesin adalah amat penting bagi saya

Speed Car Auto Parts Sdn Bhd telah mencapai kedudukan sebagai peneraju pasaran industri dalam tempoh yang singkat disebabkan profesionalisme dan dedikasinya kepada pelanggan, serta impak dari tindak balas pasaran yang pantas.

Mengimbas Kembali Tahun 2023
Tahun 2023 merupakan tahun yang amat mencabar bagi Speed Car Auto Parts Sdn Bhd dengan perpindahan mereka dari sebuah kedai kecil ke kilang serba baharu mereka sendiri. Sehingga kini Speed Car Auto Parts Sdn Bhd telah berjaya menembusi pasaran 8 negara iaitu Malaysia (MY), Singapura (SG), China (CN), Taiwan (TW), Filipina (PH), Thailand (THA), Brunei (BRU), sehingga Indonesia (INDO). Satu pencapaian yang cukup luar biasa hasil dari  kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan.


Walau bagaimanapun, Speed Car Auto Parts Sdn Bhd akan terus menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta memperkenalkan produk baru yang inovatif untuk memberi khidmat kepada masyarakat dengan produk yang lebih praktikal.


Speed Car Auto Parts Sdn Bhd berdiri di atas misinya untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan terbaik dengan mengkaji keperluan pelanggan, menambah baik produk secara berterusan, dan menggunakan teknologi terkini untuk memenuhi keperluan pengguna sambil mengukuhkan daya saingnya dalam industri. 

Bermula dari syarikat kecil dan kini sudah mempunyai empayar perniagaannya sendiri. Usaha dengan komitmen yang cukup luar biasa menjadikan Speed Car Auto Parts Sdn Bhd terus berkembang maju. Kini dengan adanya ibu pejabat yang tetap dan besar dapat memenuhi segala keperluan serta perkhidmatan pelanggan dalam mendapatkan mesin dan alat gantian penyaman udara dengan lebih mudah dan yakin bila berurusan.

Pembukaan Rasmi Ibu Pejabat Speed Car Auto Parts Sdn Bhd Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 22, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.