Review Filem : Mat Kola

Mat Kola merupakan filem komedi santai arahan Hafiz Nafiah, seorang pengarah baru namun mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang perfileman. Filem ini juga di bawah penerbitan pertama AA Success Pictures Sdn Bhd.


Idea asal filem Mat Kola adalah daripada Azman Ahmad selaku penerbit filem dan skripnya ditulis oleh Pijon yang sudah biasa menulis cerita dalam dialek utara (Kedah). Untuk info semua, filem Mat Kola memang mengggunakan hampir 100% dialek utara sebab itulah jika dilihat pada barisan pelakon memang semuanya anak jati Kuala Kedah.

Hafiz Teruja Kerana Pertama Kali Menjadi Pengarah

Saya harap filem Mat Kola akan menjadi titik permulaan untuk membuktikan kerjaya saya sebagai pengarah 

Bercerita pembabitan awalnya dalam bidang seni, menurut Hafiz, dia mula memasuki bidang seni sebagai penyanyi nasyid ketika masih menuntut di tingkatan empat.

Beliau pernah bekerja dengan kumpulan nasyid popular Rabbani selama dua tahun. Dan ketika Rabbani bernaung di bawah KRU,  beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pegawai perhubungan awam kepada Kumpulan Phyne Ballerz.

Selepas itu Hagiz pergi uji bakat di Metrowealth (MIG) dan mendapat tawaran watak ekstra dalam filem Kuliah Cinta arahan pengarah, Prof Madya Datuk A Razak Mohaideen pada tahun 2004.

Bermula dari situ, kata Hafiz, dia ditawarkan bekerja sebagai kru belakang tabir milik produksi A Razak.

Beliau bermula sebagai ‘runner’, pembantu produksi, ‘handyman’, pengurus produksi dan konti termasuklah terbabit dalam kumpulan teknikal dalam pelbagai jawatan sehinggalah diberi peluang menjadi penolong pengarah.

Hafiz juga pernah memegang jawatan penolong pengarah dalam filem A Razak. Antaranya, filem lakonan Datuk Aznil Nawawi dan Nasha Aziz.

Penggambaran filem membabitkan kos mencecah RM1 juta ini berlangsung pada Oktober 2021 dalam tempoh hampir tiga minggu.

Filem Mat Kola
Filem ini mengisahkan Mat Ki (Usop Mentor), Mat Yon (Azman Ahmad) dan Mat Not (Taiyuddin Bakar) yang masing-masing mahu bangkit dari kisah kegagalan mereka. Bagi memulakan kehidupan baru, mereka menyewa di rumah sewa Che Som (Rozita Che' Wan) yang mempunyai anak perempuan yang cantik Maliah (Putri Hanan).


Di sinilah mereka berpakat membuka gerai burger dan siapa sangka perniagaan mereka sukses. Banyak sangat perkara yang terjadi sepanjang mereka menyewa dan berniaga. Tidak dilupakan komflik cinta 4 segi mereka bertiga bersama Maliah.


Selain itu filem ini turut dibintangi oleh  Ropie, Fendi London, Mohd Hafeezul Yop, Abang Gee, Zainon Ismail, Suhaili Che Rus, Cikgu Akop dan Pak Akop.

 Review Saya
Filem ini agak santai jalan ceritanya. Sebagai seorang yang sukakan dialek Kedah, memang banyak juga part saya boleh gelak beria terutama apabila kemunculan Usop Mentor. Merupakan arahan pertama kali untuk seorang pengarah muda memang ada banyak kekangannya, namun secara peribadi untuk cerita komedi santai tidaklah mengecewakan.


Bagi saya lakonan Usop Mentor bakatnya memang boleh pergi jauh. Ini terutamanya dalam  bidang komedi. Sangat santai dengan mimik muka yang melucukan membuatkan kita tidak sabar menantikan kemunculan Usop setiap babak.


So korang bolehlah tonton Mat Kola di pawagam berhampiran bermula dari 21 September 2023.


 
Review Filem : Mat Kola Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 15, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. Kalau ada Che Ta movie ni mesti ada kelakar. Suka Che Ta berlakon.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.