Apa Yang Menarik di Netflix Bulan September

Netflix untuk bukan Septermber menayangkan siri dan kisah khas untuk kanak-kanak. Antaranya seperti Kung Fu Panda: The Dragon Knight: Musim 3 dan My Little Pony: Make Your Mark: Chapter 5 kembali dengan pengembaraan yang lebih menarik.

Spy Kids: Armageddon

Contohnya seperti Spy Kids: Armageddon menceritakan tentang kerjasama adik beradik dalam menyelamatkan ibu bapa mereka dan dunia. Menjadikan mereka perisik kecil yang berbakat besar. Untuk golongan dewasa boleh tonton Love at First Sight, Once Upon a Crime dan pelbagai lagi.

Untuk bulan September juga Netflix ada menayangkan kisah-kisah berkaitan tentang ikatan antara datuk, nenek dan anak. Banyak tauladan yang boleh diambil kira termasuklah didalam menjaga perhubungan bersama orang tua..

Is It Cake, Too?

Saya sendiri menantikan siri Is It Cake, Too? Rancangan realiti yang mencabar dan menduga kemahiran peserta untuk meneka realiti adakah ianya kek atau sebaliknya.  The Magician’s Elephant yang membolehkan kita melihat pemandangan yang cukup indah dan tidak dilupakan rahsia alam menerusi Our Planet II.

Rindu dengan Jennifer Garner dan Ed Helms? Boleh tonton Family Switch kisah lucu berlaku selepas badan mereka bertukar antara satu sama lain. Jangan lupa untuk ikuti kisah rakan Netflix iaitu Kaleena Figuracion dari Filipina yang ada berkongsi tentang pengalaman beliau dan keluarga bersama Netflix.

Apa Yang Menarik di Netflix Bulan September Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 04, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.