JOM SERTAI PERADUAN “CUTI-CUTI MALAYSIA BERSAMA GUARDIAN”

Terkini Guardian ada melancarkan kempen “Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian”, dengan kerjasama bersama Tourism Malaysia bagi tujuan untuk mempromosikan pelancongan domestik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang destinasi pelancongan tempatan.


Kempen ini berlansung dari 4 September hingga 1 Oktober 2023, selama sebulan menawarkan hadiah bernilai sehingga RM200,000 untuk dimenangi. Serius, hadiah yang ditawarkan memang cukup menarik.

Caranya mudah sahaja dengan hanya berbelanja sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit . Layari laman web https://campaign2023.guardian.com.my/ 

Masukkan info peribadi serta gambar resit. Mana tahu ada rezeki memenangi hadiah yang ditawarkan. Antaranya seperti hadiah utama sebuah Basikal Brompton C-Line, Basikal Lipat Keluli Klasik, baucar pelancongan domestik bernilai RM12,000, Sunway Camp Out 2Hari1Malam dan pas masuk Sunway Lagoon, bagasi Samsonite dan banyak lagi hadiah menarik yang lain. 


Anna Hull, Pengarah Komersial Malaysia & Brunei, Pengarah Jenama Sendiri Asia Tenggara
Guardian berkata: 
Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia untukmembantu memantapkan pelancongan domestik di Malaysia. Saya sendiri sebagai seorang ekspatriat yang telah beberapa tahun menetap di Malaysia, boleh memberi jaminan bahawa Malaysia sememangnya mempunyai beberapa destinasi percutian terbaik di dunia. Pasti ada sesuatu untuk semua orang di sini.

Dan kami ingin rakyat Malaysia tahu bahawa dimana sahaja anda berada di Malaysia, Guardian sentiasa bersedia untuk menyediakan segala keperluan kesihatan dan kecantikan yang anda perlukan untuk percutian anda.

Kami memiliki lebih 600 stor di seluruh Malaysia, yang menyediakan pelbagai jenis produk farmaseutikal, kesihatan dan kecantikan, jadi stor kami pastinya boleh ditemui dimana sahaja lokasi yang anda lawati di negara ini. Jika anda memerlukan pelindung matahari untuk percutian pantai, snek sihat untuk anak-anak atau sebarang ubat-ubatan untuk luka dan lebam, kami mempunyai produk yang anda perlukan di stor kami.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Dr Ammar Abd Ghapar, yang hadir di majlis
pelancaran tersebut menambah:
Kempen promosi bersama Guardian yang tepat pada masanya ini bertujuan untuk
menonjolkan keunikan budaya serta keindahan semula jadi yang terdapat di Malaysia dan
seterusnya, membantu memperkasakan ekonomi setempat yang dimakmurkan dengan
adanya pelancongan domestik. Dan memandangkan orang ramai perlu kekal sihat dan
cergas semasa melancong, tiada cara yang lebih baik daripada bekerjasama dengan
Guardian Malaysia yang memiliki stor di setiap destinasi pelancongan di seluruh negara.
Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Guardian yang menyediakan pelbagai
produk kesihatan dan kecantikan untuk semua jenis perjalanan, contohnya seperti percutian
pantai peranginan, percutian keluarga, percutian tanah tinggi dan percutian penggemar
makanan.

Anna berkata bahawa waktu kempen ini diadakan iaitu pada bulan September juga sangat
bermakna kerana ia adalah bulan sambutan Hari Malaysia.
Ia sememangnya waktu yang baik untuk menyambut Hari Malaysia dan menunjukkan
semangat cintakan tanah air dengan berkunjung ke lokasi-lokasi menarik yang terdapat di
Malaysia pada musim cuti. Di samping menikmati juadah dan kudapan yang lazat, pada masa yang sama kita membantu menaikkan ekonomi tempatan. Lebih ramai orang melancong di dalam negara, lebih banyak mereka akan berbelanja dan membantu penduduk setempat
jelas Anna.

Sehubungan dengan itu, Anna turut berkongsi bahawa Guardian akan bekerjasama dengan
beberapa pempengaruh media sosial yang akan turut terlibat dalam penghasilan kandungan
untuk mempromosikan kempen pelancongan domestik ini.

So korang jangan lupa untuk sertia jom “Cuti -Cuti Malaysia Bersama Guardian” 

Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY
#cuticutiMYbersamaguardian
#GuardianMYApp
#guardianMy
#malaysiatrulyasia


JOM SERTAI PERADUAN “CUTI-CUTI MALAYSIA BERSAMA GUARDIAN” Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 06, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.