Movie Review : Pagari Bulan

Pagari Bulan merupakan filem melayu dibawah genre aksi, sejarah dan romantik. Filem arahan pengarah tersohor Raja Mukriz ini adalah dibawah terbitan Eleven Field Creative Sdn Bhd. Idea naskhah asal adalah dari Ellyna Ahmad. Penggambaran telah dilakukan di 25 lokasi bagi menghidupkan era penjajahan Jepun di Tanah Melayu.


Senatrai pelakon:
Nazeera Sardi - Bulan
Trisha Ooi - Sui Li
Aniq Durar - Miura
Alvin Wong - Kuzawa
Putri Irin - Kasih
Andy - The Azu
Wan Azli Wan Jusoh - Ismail
Michael Ang - Ah Leong
Laila Nasir - Hasnah
Chelsia Ng -  Momo-san
Hazi Juzaili - Nida
Azlan Komeng - Jali
Helmy Hakim - Masri


Sinopsis
Di dalam era 1940-an,  seorang gadis bernama BULAN yang berjuang untuk hidup ketika berada di tahanan dan dijadikan Comfort Woman untuk tentera Jepun. Pelbagai rintangan yang perlu dilalui demi untuk kembali kepada keluarganya yang sedang menanti.

Nazeera Sardi sebagai Bulan

Aniq Durar sebagai Miura

Ketika di dalam tahanan BULAN telah berkenalan dengan MIURA, seorang leftenan Jepun yang begitu mengambil berat tentang dirinya. Kagum dengan personaliti dan pendirian BULAN, MIURA cuba untuk membantu BULAN berhubung dengan ibu bapanya.

 
Dalam diam SU LI kawan baik BULAN mempunyai perancangan untuk membalas dendam pada tentera Jepun. Namun adakah segala perancangan yang direncana berjaya. Dapatkan BULAN kembali pada keluarganya. Dan bagaimana pengakhiran hubungan cinta yang terjalin antara BULAN dan MIURA?  Semuanya akan terjawab jika korang menonton filem Pagari Bulan.


Review Saya
Menonton filem Pagari Cinta mengingatkan saya terhadap filem Embun lakonan Umie Aida dan Akashah. Jalan cerita agak berbeza tapi skop cerita lebih kurang sama kerana mengisahkan zaman penjajah Jepun. Membezakan hanyalah watak Embun pejuang kepada kebebasan abangnya yang ditangkap tentera Jepun, manakala Bulan memperjuangkan nasibnya dan wanita lain yang dijadikan hamba Jepun (Comfort Woman). Namun kedua cerita ini masih mengekalkan kisah cinta antara anak dara melayu bersama orang Jepun. 

Bagi saya penerbit dan pengarah filem Pagari Cinta memang cukup berani kerana mempertengahkan hampir 70% muka-muka baru dalam layar perak ataupun lebih tepat baru berjinak dalam dunia lakonan. Namun setelah melihat sendiri persembahan mereka dalam naskah ini ternyata ianya langsung tidak mengecewakan.

Sepanjang cerita Bulan bermonolog, menzahirkan rasa ketidakpuastian, kesedihan dan keazaman yang terbuku di hatinya. Banyak bermain emosi sebenarnya . Saya juga sangat tertarik persembahan sinematografi yang ditonjolkan oleh pengarah Raja Mukriz dalam semua babak - suasana kampung, hutan, hujan dan seni persilatan. Sangat cantik dan menyenangkan.

Menggunakan loghat kelantan dalam lontaran dialog juga agak unik.Sesuai dengan gambaran peristiwa yang berlaku adalah di jajahan Kota Bharu. Jadi apabila orang kampung hendak meluahkan rasa marah, carutannya agak halus walaupun makna disebaliknya memang kasar. Contohnya 'nate berok', 'baso berok'

Kisah pejuangan dan sejarah sememangnya agak jarang diangkat ke layar perak. Bukan mudah apabila pelbagai perkara perlu diambil kira seperti busana, skrip, situasi dan persekitaran. Namun kisah Comfort Woman di Tanah Melayu adalah kisah sejarah yang tidak boleh dilupakan serta diabaikan.

Pagari Bulan bukan sekadar tentang cinta sesama manusia bahkan ianya adalah coretan seorang wanita yang memperjuangkan hak kebebasannya di zaman penjajah. Keberaniannya menjadi inspirasi untuk semua wanita di luar sana. 


Filem yang memperkasakan wanita, Pagari Bulan ini akan memasuki seluruh panggung bermula dari 5 Oktober 2023.

Jangan lupa tonton!

Movie Review : Pagari Bulan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 29, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.