Makan Santai-santai di Rasa Viet Bersempena Hari Merdeka

Sebagai anak Malaysia, saya cukup berbangga dengan pencapaian negara hari ini. Hidup berbilang kaum, dibawah satu pentadbiran yang cukup harmoni menjadikan kita rasa bertuah di lahirkan di bumi Malaysia.


Tidak dinafikan budaya dan makanan antara yang dapat menghubungkan silaturrahim sesama kita. Berkongsi rasa dan minat pada makanan yang unik dan autentik bukan sahaja makanan lokal bahkan hidangan dari negara di Asia seperti Vietnam adalah sesuatu yang memberi keseronokan pada perut :-)

Saya jika teringin menikmati hidangan Vietnam yang enak, pastinya Restoran Rasa Viet sentiasa menjadi pilihan. Kepuasan dari segi kesedapan dan saiz hidangan yang besar memang tiada bandingan. Dan baru-baru ini saya dan beberapa rakan kembali ke Rasa Viet lagi untuk sesi makan-makan santai bersempena dengan sambutan Hari Merdeka. 

Menu Kegemaran Saya di Rasa Viet
Ini adalah antara menu kegemaran saya di Rasa Viet. Memang sangat rekomen dan saya sangat sarankan korang untuk mencuba sama apabila datang ke sini, okie.

Drip Coffee With Milk

Kopi Vietnam ni is a must hokay! Minuman yang cukup popular di Vietnam, cara renihan kopi dan bila digabungkan dengan susu, kenikmatannya memang luar biasa. Cara bancuhan tradisi yang menjadi kunci kepada gabungan rasa kopi dan susu yang cukup sempurna.


Boleh dinikmati secara sejuk mahupun panas-panas. Kedua cara pun terbaik.

Assorted Spring Roll Platter

Spring roll atau popiah sememangnya antara hidangan yang cukup popular dari Vietnam. Buarpun bukanlah menu berat namun menikmatinya lebih dari 1 roll memang menjadikan kita kenyang.  Di Rasa Viet ada menawarkan platter yang mengandungi Summer Roll Tofu, Fried Roll, Fried Netted Roll Sweet Potato & Yam dan Fried Netted Roll Mayonnaise Prawn. 

Ianya juga didatangkan dengan 3 jenis sos pencicah iaitu sos kacang buatan sendiri, sos cili dan dan sos ikan. Sedap!

Beef Pho 

Menu wajib yang dicuba tentulah Pho Noodle di Rasa Viet. Sememangnya Beef Pho adalah kegemaran saya. Tidak pernah akan menolak untuk merasai hidangan ini jika ianya ada di dalam menu ya!

Sangat sedap dan begitu nikmat apabila dapat hirup sup panas-panas. Untuk info, sup yang disediakan perlu direneh lebih daripada 10 jam. Bertambah sedap jika dinikmati bersama cuka cili dan dipping sauce. Makan sampai angkat kening, hokay, hehe.

Traditional Caramel Pudding


Pencuci mulut yang dinikmati secara sejuk-sejuk. rasa lemak-lemak manis yang cukup membahagiakan perut dan tekak.

Fried Jackfruit Cempedak, Coconut Ice Cream


Saya memang hantu cempedak. dapat pula cempedak goreng panas-panas dinikmati bersama ais krim kelapa. Terus.... "nikmat mana yang harus kau dustakan".. Gitoh, sedapnya sampai ke jiwa.


Saya dah cuba. korang bila pula? Jomlah menikmati hidangan Vietnam di Rasa Viet

RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH
UNIT NO. G-3A, LEVEL GROUND,
THE SPHERE,
59200 KUALA LUMPUR
TEL: 03-2242 1880


LAMAN SESAWANG RASMI
https://www.rasaviet.com

LAMAN FACEBOOK RASMI
https://www.facebook.com/RasaViet

LAMAN INSTAGRAM RASMI
https://www.instagram.com/rasa.viet

Selamat Hari Merdeka yang ke 66!
Makan Santai-santai di Rasa Viet Bersempena Hari Merdeka Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 05, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. Sally mmg suka makan dekat RasaViet...mmg asli menu Vietnam dia~

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.