POLPERRO Prihatin di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Sungai Pinang, Klang

POLPERRO PRIHATIN anjuran Polperro Group Sdn Bhd bersama kakitangan sekali lagi telah mengadakan Program Amal iaitu aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Sungai Pinang, Klang. 


Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Polperro Group Sdn Bhd iaitu En El-Aziizie Bin Maskam bersama isteri Puan Nadirah Binti Nasir bagi menyokong program gotong royong yang dianjurkan.


Aktiviti gotong-royong telah bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 petang. Aktiviti ini disertai oleh 25 orang kakitangan Polperro Group Sdn Bhd dan turut serta 45 orang anak yatim. 


Antara aktiviti yang dilakukan adalah mencantikkan lagi kawasan asrama perempuan dan lelaki, membersihkan kawasan sekitar taman permainan, kawasan tandas, surau dan dewan serta memotong rumput bagi memastikan persekitaran benar-benar bersih dan selamat.


POLPERRO PRIHATIN adalah satu inisiatif Polperro dalam memberi balik kepada masyarakat (giving back to the society) dengan penganjuran program yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.


Di akhir program, pihak Polperro turut memberikan cenderahati kepada anak-anak yatim serta menyediakan makanan tengahari yang di masak khas oleh Chef dari Centre Kitchen Polperro Group Sdn Bdn.



Ternyata terpapar keceriaan di wajah penghuni-penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Sungai Pinang, Klang apabila disantuni dan sama-sama membantu mereka menjalani hidup lebih selesa.

Terima kasih diucapkan kepada Pengetua (Tuan Haji Bani Bin Saemin) kerana menerima kunjungan kami dalam Program Amal Gotong Royong pada kali ini. Pengalaman ini sangat bermakna, di mana kami dapat mempelajari pelbagai manfaat seperti nilai kasih sayang dan
tanggungjawab serta dapat mengeratkan siratullrahim sesama kita. Semoga Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Sungai Pinang, Klang dipermudahkan rezeki dan pertunuhan ini lebih maju selamanya. Insyaallah.

REZEKI KONGSI BERSAMA, BANTU KEPADA YANG MEMERLUKAN.
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin, Sungai Pinang telah ditubuhkan pada tahun 1949 hingga sekarang oleh Tuan Haji Sirat Bin Haji Ismail (Pengasas).


Manakala Tanah Tapak Bangunan Anak-Anak Yatim ini telah di wakafkan seluas satu ekar oleh Puan Hajah Sofiah Binti Haji Sulaiman ( isteri kepada Tuan Haji Sirat Bin Haji Ismail).

Pertubuhan ini dikendalikan secara persendirian tanpa bantuan daripada Kerajaan. Pertubuhan ini mengandungi 21 pelajar lelaki dan 22 pelajar perempuan yang terdiri dari umur 7-17 tahun.

Sumbangan sangat dialukan dalam apa jua bentuk samada kewangan, hartanah, peralatan dan lain-lain.

Sebarangan pertanyaan hubungi,
Pengetua Tuan Haji Bani bin Saemin
No Tel (Pej) : 03-3341 0362
Tel : 012-660 2274


POLPERRO Prihatin di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Sungai Pinang, Klang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 23, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.