Review Filem : Fanna (2023)

Fanna 2023 filem melayu diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS & PRODUCTION (M) SDN BHD telah menampilkan kelainan dalam dunia perfileman Malaysia dengan mempamerkan aksi dunia pemotoran dan gangsterisme mafia. 


Filem aksi romantik yang diterajui pelakon lama dan baru ini telah mendapat sentuhan dari penulis skrip yang cukup berbakat Azlina Pa'wan yang pernah popular dengan karya hebatnya seperti filem Kau Takdirku, drama Tentang Dhia dan banyak lagi.

Tarikh Tayangan: 28 September 2023
Durasi : 87 minit
Pengarah: Andy Weng Sum Liew
Produksi: Jaguar Lim Films & Productions Sdn Bhd
Pengedar : MIG


Barisan Pelakon
Fify Azmi sebagai Fanna
Syafie Naswip sebagai Shafik
Colleen Rosanna Augustin sebagai Sabrina
Andy Black Tan
Rashid Salleh
Charles Nilbert
Kenji Sawahii
Sahronizam
Roy Azman
Aleza Shadan

Sinopsis Fanna
Fanna seorang gadis lasak meminati dunia pemotoran. Hidupnya cukup bahagia bersama kedua ibubapanya yang sangat menyayanginya. Siapa sangka, pertemuan bersama Shafik anak ketua gengstar mendatangkan bibit-bibit cinta. 

Malangnya cinta mereka mula berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya telah merebak ke tahap yang lebih serius. Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black. Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna melarikan diri dan bersembunyi di satu lokasi rahsia.

Pelbagai rintangan yang perlu Fanna dan Shafik lalui, mencabar emosi dan jati diri. Kemunculan Mask Man menjadi tanda tanya setiap kali berlakunya pergaduhan kumpulan gengstar juga terus menjadi misteri. 

Dari benci menjadi cinta tapi mampukah mereka mempertahankan cinta yang dibina?

Review Saya
Sinemografi pada awal babak di waktu kemunculan Fanna memang sangat menarik dan cantik. Jalan cerita sebenarnya berat kepada tentang kasih kasih sayang keluarga dan perasaan cinta pada kekasih hati. Bagaimana kita boleh korbankan segala untuk melihat orang yang kita sayang bahagia.

Pengorbanan adik yang merahsiakan segalanya daripada abang demi kerana amanat dari seorang ayah. Begitu juga dengan keinginan ketua-ketua kumpulan gengstar yang ingin mempertahankan tahta mafia dan bisnes sehinggakan sanggup untuk melakukan apa sahaja.

Filem aksi ini memang menuntut banyak adengan pertarungan yang membabitkan Syafiq Naswip dan Colleen Rosanna Augustin. Jadi bagi mereka yang sukakan genre lagak aksi sebegini pasti akan teruja menonton filem Fanna.


Syafiq Naswip bagi saya cukup terkenal dengan membawa watak-watak sedih tapi untuk dalam filem ini ada kelainan sedikit dari watak yang pernah beliau bawakan. Lebih garang dan matang.


Fify Azmi atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi memang biasa membawa watak ala gadis tomboy. Karektor beliau sebagai Fanna lebih kurang sama dengan watak Zain yang pernah dilakonkan untuk filem WIRA. Lakonan hebat beliau dalam filem tersebut telah melayakkan beliau memenangi Anugerah Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-31.

Jom Tonton Filem Fanna 2023

Jangan lupa untuk tonton filem Fanna di pawagam yang berdekatan pada 28 SEPTEMBER 2023. Sama-sama kita sokong filem terbitan tempatan, hokay.







Review Filem : Fanna (2023) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 24, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.