Review Filem Siku 12 : Langkah Derhaka


Review Filem Siku 12 : Langkah Derhaka-
Filem Siku 12 : Langkah Derhaka sebuah filem yang mempertengahkan seni mempertahankan diri iaitu muay thai dan juga persilatan melayu permainan 12. Bergenre aksi dengan penampilan pelakon Syafiq Kyle dan juga Zahiril Adzim sebagai teraju utama. Pengembaraan telah dijalankan di Pendang dan Alor Setar Kedah dengan pembabitan istimewa iaitu seramai 20 penari menora dari Persatuan Menora Kedah dan Menora Kham Kampung Khalai.

Naskhah Siku 12 : Langkah Derhaka mengisahkan tentang persahabatan yang telah terjalin sejak kecil iaitu Atid dan A-Wut. Walaupun Atid beragama Islam dan A-Wut berketerunan Siam tidak menghalang mereka untuk bergaul dan berlatih muay thai bersama-sama.


Atid dan A-Wut bercita-cita untuk menyertai pertandingan muay thai dan sama-sama ingin mencapai peluang ke peringkat akhir pertandingan ini. Apatah pertandingan ini akan turut disertai peserta hebat dari Thailand. 

Pada masa yang sama Husin Lang Merah telah membuat onar menyebabkan ayah Atid iaitu Ayah Man terpaksa mempertahankan diri dan menunjukkan langkah persilatan yang cukup hebat iaitu jirus Siku 12. Melihat kepada langkah persilatan Siku 12 yang dapat menumpas lawan dengan mudah, Atid bersungguh untuk memperlajarai langkah itu daripada ayahnya.

Pada awalnya Ayah Man tidak mahu menurunkan ilmu persilatan tersebut. Ini kerana pengalaman beliau sendiri yang telah menggunakan jurus silat Siku 12 menyebabkan berlakunya satu kejadian kematian dan kawan baiknya Harun mengambil tanggungjawab tersebut. Harun telah dipenjarakan seumur hidup dan meninggal di penjara. Rasa bersalah dan kekesalan menyebabkan beliau tidak lagi menggunakan langkah Siku 12 sehinggalah kejadian onar oleh Husin Lang Merah.


Tapi apabila melihat kesungguhan Atid akhirnya Pak Man akur beliau perlu menruunkan ilmu Siku 12 kepada Atid dan A-Wut. Tapi malangnya A-Wut telah tersilap sangka. Beliau merasakan Atid pentingkan diri hanya mahu membolot segala ilmu persilatan tersebut kerana ingin menjadi juara dalam pertandingan muay thai.

Bagaimanakah kesudahannya persahabatan antara Atid dan A-Wut? Naskah yang membawa kisah tentang maruah diri, dendam, cinta, takdir dan bagaiamana ianya berakhir. Untuk tahu kesudahannya kenalah tonton filem Siku 12 : Langkah Derhaka.

Review
Filem aksi ini sarat dengan kisah persahabatan  sejati. Bagaimana sukan Muay Thai ini mendekatkan mereka dan juga keluarga. Sepanjang menonton filem ini kita akan mendengar lenggok-lenggok bahasa Thai yang cukup indah diselang-seli dengan loghat bahasa utara. 

Selain itu seni silat pertahankan diri juga ada ditonjolkan dalam filem Siku 12 : lamgkah Derhaka. Setiap langkah memang sangat cantik dan secara tidak langsung menyuntik rasa keinginan didalam hati untuk mempelajari dan mengetahui tentang persilatan melayu.

Kawasan pengambaraan di Kedah yang banyak menonjolkan kawasan kampung dengan keindahan rumah serta alam sekelilingnya. Begitu juga dengan Pesta Songkrun (Pesta Air) yang cukup popular di Thailand di bawakan juga di dalam filem ini.


Filem Siku 12 : Langkah Derhaka adalah dibawah terbitan Power Team Entertainment akan mula ditayangkan diseluruh 66 pawagam di Malaysia bermula dari 27 Oktober 2022. Selain itu akan juga ditayangkan di 7 pawagam Singapura dan 1 pawagam di Brunei.


Jom sama-sama kita menyokong filem anak tempatan yang mempertengahkan seni mempertahankan diri.

Review Filem Siku 12 : Langkah Derhaka Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 19, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. mcm menarik gak ni..my boys sure suka genre gini hahaha i ler plak tak berapa

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.