Kempen #GetActive Fest Zumba Party Bersama Watsons


Kempen #GetActive Fest Zumba Party Bersama Watsons- Setelah 2 tahun menyepi tanpa sebarang acara zumba besar-besaran, tahun 2022 Watsons Malaysia kembali lagi menganjurkan acara tahunan mereka #GetActive Fest Zumba Party. Antara objektif festival ini adalah untuk mengajak lebih ramai masyarakat Malaysia untuk terus menjalani gaya hidup aktif.


Bertempat di Surf Beach Sunway Lagoon, acara bermula jam 5 petang menyaksikan begitu ramai peserta yang hadir beramai-ramai samada datang bersama keluarga mahupun bersama rakan. Terdapat banyak booth dibuka dari jenama yang berkolaborasi menyediakan pelbagai aktiviti menarik serta hadiah yang boleh dimenangi. Memang sangat meriah!



Setiap pengunjung yang hadir juga berpeluang mencuba produk terbaru di pasaran. Selain daripada mendapat info mengenai produk daripada setiap jenama yang terlibat.


Tidak kira bangsa dan agama, tua dan muda masing-masing begitu seronok berjalan dari satu booth ke booth yang lain. Terdapat juga acara cabutan bertuah yang membolehkan pengunjung memenangi pelbagai hadiah yang cukup lumayan daripada jenama yang mengambil bahagian.


Setelah dapat penuhkan chop di kad kupon, kita boleh menebus hadiah istimewa daripada Watsons.


Acara yang dinantikan tentulah berzumba. Bersama koordinator Zumba Duo iaitu Alex Phang dan Deno Au yang cukup berpengalaman menjadikan ramai peserta begitu bersemangat melakukan aktiviti berzumba bersama-sama. Selain itu terdapat juga persembahan daripada Meer Nash, Gadys, Razzuan Rosly dan ramai lagi.

Aktiviti ini sebenarnya memang menyeronokkan selain daripada dapat menjaga kesihatan secara fizikal, berzumba juga dapat mengurangkan rasa stress dalam diri. Zumba memerlukan kita menari mengikut rentak muzik sememangnya ianya satu  aktiviti senaman yang menyeronokkan.

Terbaik Watsons Malaysia, jumpa lagi di #GetActive Fest Zumba Party tahun depan.

P/S: Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disalurkan ke program pemulihan semula 2000 pokok di Lower Kinabatangan Sabah.



Kempen #GetActive Fest Zumba Party Bersama Watsons Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 17, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.