Meraikan Ulangtahun ke-5 Guardian Gaya Skuad

Meraikan Ulangtahun ke-5 Guardian Gaya Skuad- Bersempena dengan ulangtahun Guardian Gaya Skuad yang ke-5, satu majlis prebiu pengenalan lima jenama terbaharu di Guardian. Majlis esklusif ini dihadiri oleh semua blogger dan KOL yang pernah terlibat dalam aktiviti bersama Guardian Gaya Skuad.


Guardian Gaya Skuad merupakan sebuah inisiatif oleh Guardian Malaysia untuk membina hubungan dengan pelanggan menerusi media sosial kini menjadi sebuah saluran penyampaian utama untuk pelanggan mengakses idea dan maklumat untuk kehidupan yang sihat dan bijak.
Inisiatif Gaya Squad Guardian yang telah dilancarkan lima tahun lalu kini diterima secara meluas oleh pelanggan kami sebagai satu saluran untuk mendapatkan maklumat trend kesihatan dan kesejahteraan serta produk terkini.
Kami memulakan Gaya Squad Guardian sebagai satu saluran utama untuk memperkenalkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang dijual di stor untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran umum tentang jenama tersebut kepada pelanggan menerusi influencer media sosial yang dijemput ke sesi-sesi itu,
jelas Teo.


Sesi bersama Guardian Gaya Skuad biasanya akan dihadiri oleh influencer media sosial yang mana mereka diberi peluang untuk melihat sendiri, menyentuh, merasai dan mencuba produk jenama yang diperkenalkan dan lebih penting lagi jika ada sebarang kemusykilan mereka boleh bertanyakan apa sahaja soalan  untuk mengenali jenama dengan lebih baik. Dan seterusnya dapat dikongsi informasi  di media sosial dengantepat dan dapat memberi manfaat.

Dengan cara ini, pelanggan kami belajar lebih banyak tentang jenama yang kami tawarkan.a benar-benar satu inisiatif menang-menang untuk pelanggan kami yang akan mendapat maklumat lebih mendalam tentang jenama kesihatan dan kecantikan terkini di pasaran dan trend terkini manakala pemilik jenama pula mendapat pendedahan jenama untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentangnya


Antara Produk Baharu Yang Diperkenalkan di Majlis Ulangtahun ke-5 Guardian Gaya Skuad

Banyak sebenarnya produk baharu yang menarik di Guardian. antaranya seperti di bawah :-

LaF, Kundal (siri penjagaan tangan) dan Bigansui

Produk kecantikan wajah seperti Chriszen, Canmake

Produk penjagaan diri dari jenama Kundal, Shea Moisture dan juga Summerie.

Produk penjagaan diri dari dalam seperti Toujours, Nature’s Way dan Swisse

Tak sangka sebenarnya Nature’s Way ada suplemen kecantikan tambahan dalam bentuk gummies.

Sedap-sedap pulak tu ❤️

Begitu juga jenama dibawah label Guardian sendiri. Contohnya barangan mandian, berus gigi dan pelabagi lagi. Produk yang berkualiti ditawarkan pada harga cukup berbaloi.

Guardian Menyambut Ulangtahun ke 55
Bersempena meraikan Guardian Malaysia hari ini memperkenalkan barisan jenama baharu dan eksklusif sempena ulang tahunnya yang ke-55 pada Oktober 2022.

Apa yang mulanya hanya sebuah ruang perniagaan sekecil 200 kaki persegi di dalam pasar raya Weld, telah berkembang dalam 5 dekad lalu menjadi peneraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, yang telah dipilih sebagai jenama peruncitan nombor satu di Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini. Hari ini, Guardian memiliki lebih daripada 520 stor di seluruh negara, e-stor yang berkembang pesat serta aplikasi yang boleh diakses bila-bila masa
kata Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd.

Hari ini, sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-55 kami, kami menampilkan 24 ‘muka baru’ di stor kami dan kepada ahli Gaya Squad Guardian. Jenama-jenama baharu dan eksklusif ini merangkumi pelbagai segmen produk termasuk penjagaan kulit, penjagaan rambut, kesihatan dan kecantikan.
Selain itu, bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-55 ini, Guardian akan menawarkan promosi dan tawaran menakjubkan dari sekarang hingga 30 Oktober 2022. Malah, kami telah menawarkan 1,000 produk dengan potongan 55% untuk belian item kedua dan banyak lagi tawaran promosi hebat yang lain,
tambah Teo.

Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-55 kami, kami berbangga dengan apa yang telah kami capai selama ini dan akan terus bekerja bersungguh-sungguh kerana kami komited untuk membantu pelanggan kami mendapatkan kehidupan yang sihat dan Indah - setiap hari
Teo mengakhiri.

 

Terima kasih Guardian Malaysia atas jempitan. Pastinya saya memang teruja dan berbangga menjadi salah seorang Guardian Gaya Skuad. Tahniah untuk 5 tahun yang cemerlang!

Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY
#GuardianMYApp
#No1StoreMalaysia

Meraikan Ulangtahun ke-5 Guardian Gaya Skuad Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 08, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.